10 December 2010

Cop Mohor Peribadi

Salam Jumaat....

Dah 2 hari mood bekerja sangat2 merudum. Walau pun banyak task yang berlu diselesaikan tetapi tahap kemalasan masih menjuarai untuk mengusai mood bekerja saya. Apa yang peliknya, mood untuk melakukan aktiviti2 yang tidak sepatutnya dilakukan semasa waktu bekerja sangat membuak2... harap2 tidak ada technical person di unit saya ini yang memantau IP lappy saya untuk mengetahui dunia cyber mana saya saya jelajah :)

Oh ya, saya sangat gemar untuk bermain2 dengan adobe photoshop walaupun tahap kemahiran saya sangat2 amatur. Sudah lama saya meninggalkan kegemaran saya yang satu ini tapi sejak semalam saya mula berjinak2 semula. Saya mula mencipta2 sesuatu yang saya rasa sangat berguna untuk menjaga hakmilik peribadi saya diruang cyber ini. Gambar2 peribadi misalnya.... saya mula gatal2 tangan untuk mencipta 'cop mohor' untuk koleksi gambar masakan saya. Walau pun gambar tersebut tidaklah berkualiti mana pun tapi saya perlu menjaganya daripada dikidnap atau diguna sewenang2nya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Walau pun bunyinya agak poyo tapi itu saya punya sukalah kan.....

 Inilah hasil keras tangan saya dengan kerjasama tahap pengetahuan yang sangat2 amatur. Jadi selepas ini, mana2 gambar masakan saya yang akan saya kongsikan di dunia cyber ini akan saya copkan dengan cop mohor saya yang sangat comel ini. Yer... memang comel pada pandangan mata saya... pada pandangan mata orang lain mungkin ini biasa2 saja... tapi ada aku kesah :)
Selepas ini, mencuba2 lagi untuk menghasilkan cop mohor untuk personal blog saya pulak. Dan jika tahap kerajinan saya agak meninggi saya akan menghadiahkan juga untuk rakan2 blog saya yang lain. Tapi mungkin mengambil masa sedikit sebab saya ini tidak dianugerahkan dengan daya kreativiti yang tinggi.

Dan ini pulak contoh gambar yang telah dicop dengan cop mohor cute saya itu. Untuk tidak menampakkan sangat saya kabur2 skit supaya ianya tidak menenggelamkan gambar yang asal. Oh tiba2 saya rindu dengan CINTA hati saya dalam gambar disebelah :( Apa agaknya yang dibuat sekarang ni yer???

0 comments:

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template