21 February 2011

KWSP Umum Kadar Dividen 5.8 Peratus

Wah pencarum2 KWSP mesti tersenyum lebarkan bila KWSP mengumumkan kadar dividen yang tinggi tahun ni... Jadi kepada semua ahli  bolehlah mendapatkan Penyata Kira-Kira KWSP mereka untuk menyemak pengkreditan dividen 2010 melalui Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 21 Februari 2011. Ohh untuk makluman, berita ini bukan berita gembira untuk saya kerana saya tidak ada wang simpanan di KWSP :)


Pembayaran tertinggi RM21.61 bilion, meningkat 11.55 peratus berbanding 2009

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan tahun lalu, meningkat 15 mata asas, berbanding 5.65 peratus dibayar pada 2009.

Ia adalah bayaran dividen tertinggi oleh KWSP, iaitu RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding dividen RM19.37 bilion pada tahun sebelumnya.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan semalam, berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan dengan pendapatan pelaburan kasar mencecah rekod tertinggi dalam sejarah RM24.06 bilion.

“Ia peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar dicatatkan pada 2009. Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada 2010 dijana terutama daripada prestasi pelaburan ekuiti.

“Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun.

“Bayaran dividen ini diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran," katanya.

Samsudin berkata untuk bayaran dividen 2010, KWSP memerlukan RM3.73 bilion bagi membayar setiap satu peratus kadar dividen berikutan peningkatan bilangan ahli, meningkat 8.67 peratus berbanding RM3.43 bilion yang dibayar untuk satu peratus kadar dividen pada 2009.

Beliau berkata walaupun KWSP optimis momentum yang positif akan berterusan pada 2011, namun prospek untuk tahun ini akan terus bergantung kepada kekukuhan ekonomi domestik dan antarabangsa.

Sumber : Berita Harian

0 comments:

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template