18 March 2011

Tandas Mengundang Padah

Cara penggunaan tandas yang salah boleh membawa kecelakaan kepada diri sendiri. Apa yang menjadi kebiasaan kita ialah untuk tandas yang jenis duduk tetapi  kita bertinggung di atasnya. Saya adalah salah seorang daripada kalangan mereka yang menjadikan amalan seperti itu sebagai satu kebiasaan. Biasanya apabila berkunjung ke tandas awam, amalan bertinggung di atas tandas duduk merupakan satu fenomena biasa bagi sesetengah kita. Mungkin disebabkan jijik untuk duduk atau pun memang sudah jadi satu tabiat. Sebenarnya tanpa kita sedari, amalan seperti ini boleh mengundang padah kepada diri kita sendiri. Saya juga seringkali hampir terjatuh bila mula memanjat di atas tandas tersebut disebabkan selipar yang agak licin. Tapi masalahnya saya masih tidak mengambil iktibar dan masih menjadikan amalan bertinggung di atas tandas duduk sebagai satu kebiasaan. Untuk tandas jenis ini, saya hanya akan duduk untuk tandas di rumah saya sahaja. Kalau tandas di rumah orang atau pun tandas awam memang saya akan bertinggung walau pun saya tahu bahaya yang menanti.

Tapi pagi ini dapat email dari sahabat saya mengenai padah bertinggung di atas tandas duduk membuatkan saya hampir pitam. Ya Allah... ngerinya!!! Moga menjadi pengajaran kepada diri saya yang suka bertinggung di atas tandas duduk ni. Lepas ni kalau nak guna tandas awam, kenalah cari tandas yang jenis leper tu!

Agaknya orang ni tengah bertinggung atas tandas tu dan tandas tu runtuh agaknya... lahai ngerinyaaaa!!!



0 comments:

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template