08 April 2011

AWAS! Tiruan!

Sekarang heboh berkenaan dengan telur tiruan buatan China. Hai  China ni memang inovatif betul ler.... selain dari meniru peralatan2 lain sampai telur pun dia mampu buat tiruan. Bagi penggemar2 telur, lepas ni kena berhati2 ketika membeli telur. Hai macam2 manusia, demi mengaut keuntungan sanggup menggadai nyawa orang lain.

Telur tiruan ini ditemui di Georgetown, P. Pinang yang menyerupai telur ayam gred A dan dikatakan mengandungi bahan kimia berlebihan. Pendedahan ini juga telah dibuat oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Telur ayam tiruan yang diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang. Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar. Jadi lepas ni, kalau nak beli telur yang dijual dengan harga murah, pastikan anda membelek telur itu satu persatu. Kalau telur yang mahal mcm yang ada Omega3 ke tu susah sikit le kot dia nak tiru. Jadi, berhati2lah yer...

PEGAWAI penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang memeriksa telur ayam di Pasar Pulau Tikus hari ini berikutan pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung penjualan telur ayam tiruan di pasar itu semalam. Sebanyak 270 butir telur ayam dari tiga gerai di pasar berkenan disita dalam pemeriksaan itu. - Foto BERNAMA

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi kelmarin, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.

Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.

Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.

Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.

Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar


Cara mengenal telur tiruan:

  1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Sumber : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)


2 comments:

mizzura said...

kisah telur buatan cina ni dah lama kuar kat internt...tak sangka stoknye dah sampai ke malaysia...yang risau ialah pekedai2 restoren yang tak amik pusing pasal telur ori vs tiruan ni...risaukan ...


|Malay Wedding Ekspo @ Mid Valley|

Maksue said...

Itulah.. sekarang ni manusia dah tak fikir keselamatan orang lain dah. Asalkan mendatangkan untuk yang lain belakang kira.

Kena lebih2 berhati2...

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template