04 January 2013

Gaya Hidup Sihat

Antara azam setiap tahun yang susah sangat nak capai adalah nak kuruskan badan. Maksue ni bukanlah dari golongan manusia yang tinggi lampai, jadi bila badan naik skit mulalah nampak mcm nangka bergerak jadinya. Bila badan naik mulalah satu2 anggota badan ni mula memprotes. Lepas tu rasa malas pun menjadi2. Jadinya, macam tahun2 sebelum ni Maksue teruskan juga niat nak turunkan skit berat badan. Maksue tak nak berangan tinggi2 sangat. Kalau dapat kurangkan dalam 5 kg pun dah syukur alhamdulillah. Kalau boleh kurangkan berat lebih daripada 5 kg tu kira bonuslah ya.

credit : google.com


Bila nak kurus ni Maksue tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Nak kurangkan makan, mula2 ni memang payah skit. Dah lah perut Maksue ni memang perut Melayu sejati yang memang tak boleh jauh dari nasi. Kalau sehari tak makan nasi mahu menggigil kepala lutut Maksue ni haa... Tapi untuk permulaan ni mungkin boleh kurangkan jumlah makan kot ye.... hehehe  yang penting jgn cepat mengalah. Kalau boleh Maksue tak naklah tergoda dengan pelbagai produk untuk pelansing ni. Satu takut effect dikemudian hari. Satu lagi Maksue ni jenis kedekut nak keluarkan duit nak cuba perlbagai jenis produk pelansing ni. Setakat ni alhamdulillah lagi masih boleh bertahan walau pun byk jugak pujuk rayu member2 untuk beli produk tu produk ni. Biarlah dorang slim cepat. Maksue slim pelan2 takpe hehehe 

Satu lagi Maksue nak amalkan gaya hidup sihat. Nak bersenam paling tidak pun sekali seminggu jalan2 gedik kat padang UKM tu. Dapat berjalan setengah jam jadilah kan. Lepas tu nak kurangkan makan fast food, nak kurangkan mengunyah jajan. Yang penting stok sayur kena sentiasa ada dalam peti sejuk. Maksue akan pastikan yang ni akan bertahan. Tak nak hangat2 taik ayam dah. 

Maksue risau sebenarnya, semenjak badan naik ni tangan asyik kebas2 je. Risau aliran darah tak betul sebab lemak banyak sangat sana sini. Demi untuk hidup sihat, Maksue kena berkorban skit. Insya Allah boleh kan heheheh....

Nota Kakiku : Rasa lama dah tak makan Kenny Rogers... Nyummm!

0 comments:

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template