03 January 2013

Welcome 2013

Hari ni dah masuk hari ke 3 tahun 2013. Maksue baru gedik2 nak update blog. Mood tahun baru tak sampai lagi. Kepala masih berserabut menyelesaikan beberapa perkara tahun lepas yang tak selesai2 lagi. Harap dalam minggu ni semuanya berjaya dilangsaikan.

Sempena menjelang tahun baru ni ramai orang bercerita  pasal azam. Maksue macam biasalah, azam setiap tahun tetap sama sebabnya setiap tahun azam tak pernah tercapai sepenuhnya. Jadi kenalah carry forward hehehehe...

Selain azam, ibu2 bapa2 sibuk menguruskan anak2 masuk sekolah. Yang lebih bestnya kalau ada anak2 yang 1st day nak masuk sekolah tadika.... 1st day nak masuk tahun 1. Masa ni lah ramai parents ambil cuti menguruskan anak2. Dan masa nilah kalau pergi ke sekolah2  macam2 ragam anak2 yang boleh kita lihat. Indahnya jadi ibu bapakan. Untuk adik2 yang baru menempuhi alam sekolah tu belajar rajin2 tau...

Apa2 pun Maksue nak ucapkan selamat datang tahun 2013. Semoga tahun ni menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Insya Allah :)


Nota Kakiku : dah 3 hari masih berjaya menahan nafsu dari bermesra2 dengan NASI.

0 comments:

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template