08 September 2013

Pendermaan Organ

Kita biasa didedahkan dengan pendermaan wang ringgit, makanan mahu pun keperluan asas. Di Malaysia, pendermaan organ bukanlah suatu perkara yang asing. Pendermaan organ merupakan salah satu kaedah perubatan yang boleh diterima dikalangan masyarakat kita walau pun masih ada segelintir yang masih tidak dapat menerimanya terutama pendermaan organ bagi mereka yang telah meninggal dunia.

Dari sudut Islam, pemindahan organ hukumnya adalah harus berserta dengan syarat-syarat seperti di bawah:
  • Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit 
  • Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima organ. 
  • Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah S.W.T.
  • Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.
Fatwa asas mengenainya telah dibuat sejak pada tahun 1970 lagi. Jawatankuasa Fatwa Bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam mesyuaratnya yang pertama pada 23 & 24 Jun 1970 telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung daripada orang mati kepada orang hidup hukumnya harus.


Sejak tahun 1999 kad Pengikrar Penderma Organ telah dilancarkan sebagai kad indikasi pendaftaran seseorang itu sebagai pengikrar penderma organ.  Bagi mereka yang mempunyai niat yang ikhlas untuk menderma, mereka boleh berdaftar sebagai penderma. Dan bagi yang telah mendaftar adalah penting untuk memaklumkan kepada ahli keluarga bahawa mereka adalah penderma organ yang berdaftar. 

Sebagai penderma, mereka boleh memilih organ atau tisu yang henda didermakan. Untuk organ, antara yang boleh didermakan adalah hati, paru-paru, jantung dan juga buah pinggang. Manakala untuk tisu pula adalah mata (kornea), injap jantung, kulit dan juga tulang.

Untuk pengetahuan, pendermaan organ terbahagi kepada 2 iaitu :-

Pendermaan organ kadaverik
Penderma Kadeverik adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat digalakkan dan diutamakan di negara kita. Ianya tidak memberikan risiko kepada penderma.

Pendermaan organ semasa hidup

Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan sum-sum tulang sahaja. 

Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada 2 jenis iaitu: 
•    Pendermaan ada pertalian saudara (Living Related
•    Pendermaan tiada talian saudara (non-living Related

Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri sahaja. Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang dan, atau sebahagian hati sahaja.

Terima kasih kepada mereka yang telah mendaftar sebagai penderma. Semoga niat murni anda itu dapat menyelamatkan nyawa bagi mereka yang memerlukan.

0 comments:

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template