03 October 2013

Being S.I.N.G.L.E

Ramai orang tanya kenapa tak kawen lagi? Umur dah makin meningkat... takkan takde orang berkenan kot? Rupa takdelah buruk sangat... kerjaya dah stabil... hidup pun dah stabil. Nak kata berharta sangat tidak ler tapi nak hidup selesa tu Alhamdulillah.

Mesti ramai kita diajukan soalan yang sama mcm kat atas tu kan? Kenapa tak kawen lagi? Ni mesti sbb memilih sangat ni... lahaii nak respon apa ye bila dapat soalan cepu emas macam tu? Kadang2 Maksue senyum je bila dapat soalan macam tu. Bukan apa tak tahu nak respon dengan jawapan apa sebenarnya.

Dalam hati Allah je yang tahu. Siapa yang tidak mahu kehidupan yang lengkap. Ada teman yang menjadi pelindung. Tapi jodoh itu ketentuan Allah. Siapalah kita untuk mempersoalkannya. Percaturan hidup kita sudah cukup cantik... cuma kita tidak boleh mengagak apa yang ada dihadapan.

Kalau dulu bila dapat soalan-soalan macam tu Maksue rasa tertekan jugak. Tapi lama2 dah lali dah. Bak kata orang alah bisa tegal biasa. Tapi jauh disudut hati sentiasa mendoakan semoga dihujung perjalanan Maksue akan bertemu seseorang yang benar2 boleh menjadi teman sehidup semati Maksue. Yang benar2 ikhlas terhadap diri Maksue. Seseorang yang boleh Maksue bergantung harap.

Ramai yang bertanya, sekarang takkan tak ada sesiapa? Hmm macam mana nak cakap yer? semuanya masih samar2... lebih2 lagi dengan apa yang berlaku sekarang menjadikan Maksue makin tidak pasti dengan pengakhiran yang ada. Apa yang Maksue boleh simpulkan... andai keikhlasan itu benar2 ada, apa jua ujian yang mendatang, keutuhan untuk bertahan itu pasti ada. Tapi andai keikhlasan itu hanya sekadar kata, sedikit dugaan pun kita sudah goyah... mula mencari dahan lain untuk berpaut. Kita akan mencari pelbagai alasan untuk mengukuhkan mengapa kita bertindak begitu... walau pun kita tahu tindakan kita itu akan melukakan ramai pihak tapi sedaya upaya kita mempertahankan tindakan kita itu dan menampakkan kita adalah mangsa. Wallahualam.... hanya kita yang tahu apa yg kita lakukan. Tindakan dan mulut mungkin mampu menipu tapi hati kita hanya kita tahu tahu....

Untuk perjalanan hidup Maksue... segalanya Maksue serahkan kepadaNya. Maksue sudah berusaha sebaik mungkin dan sudah bertahan selama mungkin. Teguh berdiri walau pun dugaan yang datang kadang-kadang rasa tidak tertanggung dengan kudrat yang ada. Tapi bila melihat balik, apa jua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. 

Sebenarnya hidup sendiri ni takdelah menakutkan sangat. Cuma kadang2 rasa sunyi itu datang. Dan rasa ketidaksempurnaan hidup itu terasa apabila melihat insan2 disekeliling kita ada keluarga sebagai pelengkap hidup. Rezeki masing2kan...


0 comments:

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template