02 October 2013

Gelisah

Assalammualaikum....

Dari pagi hati Maksue rasa gelisah je... Mcm ada yang tak kena. Call mak, dia kat hospital teman ayah buat regular check up. Rupanya ayah Maksue tak sihat. 2 hari dah demam. Pergi hospital doctor bagi nap sbb athma dia datang. Patut pun hati ni rasa resah gelisah je. Maksue risaukan parents kat kampung. Dua2 selalu tak sihat. Ayah Maksue tu deman dia on off je... sihat sehari dua demam balik. Maksue tahu mak pun tak sihat. Tapi dia buat2 sihat takut ayah susah hati tengok dia nanti. Hmm pengorbanan isteri... Sayu betul hati Maksue bila ingat mereka berdua kat kampung tu. Ajak duduk rumah anak2 tak mahu berlama. Kalau duduk dengan anak2 kan terjaga makan minumnya.. agaknya Maksue pun mcm tu juga nanti bila dah tua kan.... apa2 rumah sendiri jugak yang selesa.

Berjauhan macam ni buatkan Maksue tak keruan. Kalau terjadi apa2 memang payah. Tapi nak buat macam mana, Allah dah tentukan rezeki Maksue di sini. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk mak ayah Maksue. Pelihara mereka berdua dari sebarang kesulitan. Ameen ya Allah!



0 comments:

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template