06 January 2014

Demam Piala Dunia FIFA

Assalammualaikum...
Huh! Mabuk ke apa Maksue ni kan... awal tahun dah demam piala dunia FIFA atau FIFA World Cup ni apa kes kan.... Musim piala dunia lambat lagi ni takkan dah demam kot.

Hehehe sebenarnya Maksue jeles tgk member Maksue dpt bergambar dengan piala world cup sempena misi jelajah FIFA World Cup kat PWTC ahad hari tu. Pergh bukan main berlagak lagi dia. Tapi takpelah dah dia memang gigih berasak2 kat PWTC tu. Kalau Maksue tak sanggupnye....

Sebenarnya FIFA World Cup 2014 ni lambat lagi. Jadual perlawanannya bulan Julai nanti tu haaa... tapi sekarang ni dorang dlm rangka promosi le tu, buat misi jelajah World Cup kebeberapa negara sempena FIFA World Cup 2014 yang akan berlansung beberapa bulan lagi. Dan Malaysia tidak terkecuali sebagai negara bertuah tempat persinggahan piala tu. Hehehe tak dapat masuk world cup, jadi tempat singgah piala pun jadilah kan. At least jejak jugak piala tu ke tanah Malaysia ni.

Untuk FIFA World Wup 2014 atau piala dunia FIFA 2014 kali ni akan beraksi di Brazil. Agak2 tahun ni pasukan mana ye yang akan menjulang piala berprestij ni? Maksue tetap setia dengan pasukan favourite Maksue Argentina.

Hehehe korang sokong pasukan mana pulak untuk FIFA World Cup 2014 kali ni?

0 comments:

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template