23 January 2014

Sweet

Assalammualaikum....

Bila time bulan mengambang, antara makanan kegemaran Maksue adalah yang suwit2 jer... bila dapat makanan yang manis tu rasa nikmat sangat... mengunyah tu sambil pejam2 mata menikmati kemanisan tu.

Antara makanan kegemaran Maksue adalah coklat. Kalau boleh setiap jam nak mengunyah coklat. Ada orang kata makan coklat ni menggemukkan. Ada yang kata tidak... hehehe tak kisahlah kan... kalau betul makan coklat ni menggemukkan Maksue tak heran pun. Tak makan coklat pun badan memang dah comel gitu...


Korang suka coklat tak?? Maksue paling suka mkn coklat yang ada nuts dalam tu. Sambil kunyah2 tu ada bunyik crunchy2 gitu. Selain mitos2 kata coklat ni menggemukkan, sebenarnya ada banyak kebaikan coklat yang kita tak tak tahu. Antaranya adalah :-

  1. Coklat boleh mengelakkan stress.
  2. Coklat juga membantu meningkatkan pengaliran darah kerana koko mempunyai anti-pembekuan darah sama seperti aspirin.
  3. Coklat boleh membantu meningkatkan kadar penglihatan kerana ia boleh meningkatkan pengaliran darah ke retina mata.
  4. Coklat boleh membuatkan anda bijak.
  5. Coklat boleh memberikan mood yang baik kepada pengemar coklat.
  6. Coklat juga boleh menlindungi kulit anda.Coklat gelap baik utk kulit anda kerana ia mempunyai anti-oksidan bernama Flavonoid dimana ia melindungi kulit dari kerosakan UV matahari.
  7. Coklat boleh menigkatkan sensitiviti insulin dlm badan dimana ia mengurangkan risiko diabetis.
  8. Coklat mampu bertindak melawan peradangan seperti merendahkan tekanan darah,kadar kolestrol dalam badan dan risiko menghidap penyakit jantung.
  9. Coklat boleh mengurangkan kadar serangan strok.
  10. Khas utk wanita yang mengamalkan diet,ia mampu membuat anda kenyang dan kurang lapar.Sebaiknya pilih coklat gelap berbanding coklat susu.

Haaa lepas ni jangan teragak2 kalau nak mkn coklat tau hehehehe....

1 comments:

Phy said...

Salam maksue. Sapa ckp x suka coklat tu tipuuu. Hehe.. Sy suka makan milk choc. Sedap sangat. Tp skrg cuba beralih ke dark coklat sebab baik utk kesihatan. ^^

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template