23 August 2013

Don't Look Back

Anda penggemar Korean Drama macam Maksue??  Kalau ngadap drama Korea berjam2 pun Maksue tahan.. lebih2 lagi kalo heronya jambu2 gitu kan... hahahhaa

Oh ya berbalik dengan drama Korea, salah satu drama yang Maksue sangat2 suka adalah drama Don't Look Back: The Legend of Orpheus atau kalau kat Korea yang dikenali dengan tajuk Shark. Selain dengan heronya yang hensem tu Maksue suka sangat dengan jalan cerita dia. Drama yang agak tragik skit. Penuh dengan dendam dan yang pasti ada diselitkan kisah2 cinta yang buat hati Maksue jadi cair seketika. Hero dia Kim Nam Gil memang sangat2 psiko le watak dia.  Muka pun kadang2 macam takde perasaan je tapi tetap maintain jambu hehehe.... geram tau Maksue tengok muka dia tu. Rasa nak geget2 je hahahaha


kredit : www.google.com

Maksue bukan nak cerita sangat pasal drama tu tapi yang Maksue nak kongsi ni adalah lagu tema drama tu Between Heaven and Hell. Lagu nyanyian BoA sangat2 menggigit2 jiwa Maksue bila layan lagu ni. Walau pun tak faham lirik dia tapi melodi dia sangat2 umph! Lagu dia sedih gile lebih2 lagi dengan suara BoA yang sgt2 syahdu tu. Kalau dengar tengah malam leh leleh airmata tau! hahaha sangat drama queen kan!!!



kredit : www.youtube.com

Bila cari kat youtube, nasib baik jumpa yang ada translet. Wahh memang syadis ler lirik dia. Cer tengok muka hero dia tu psiko kan?? Apa2 pun drama ni memang best lah!!!

Ketuk2 Keyboard!

Assalammualaikum...

Alhamdulillah syukur! Pejam celik pejam celik dah berada dipenghujung Ogos. Maksudnya  ada 4 bulan lagi nak melangkah ke tahun baru. Hehehe nampak gayanya janji Maksue nak menulis sekerap yang mungkin kat blog ni masih tidak kesampaian. Janji tinggal janji le gamaknye ye dak! Dah nak masuk bulan 9 ni baru masuk posting yang ke 10. Kalau dikira-kira macam sebulan sekali je menaip kat blog ni. Takpelah kan... asalkan tak ditinggalkan lansung blog ni. 

Apa cerita raya anda? Maksue macam biasa beraya dikampung halaman dengan ayahbonda dan keluarga tercinta pasti suatu yang indah yang Maksue tak mampu nak luahkan dengan kata-kata. Bila balik semula ke teratak buruk Maksue sendiri sunyi sepi mula menggigit2. Takpelah kan.. dah ketentuannya macam gitu. Dan kena terima seadanya kerana ini jalan yang Maksue pilih. 

Sampai bertemu lagi ye.... hehehe

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template