07 March 2011

♥Terima Kasih Cinta ♥

Assalammualaikum :)

Hari ni mood untuk bekerja sangat2 merudum. Isnin yang biru agaknya. Orang lain pun saya nampak sedang berjimba2 secara berjemaah. Mentang2 big boss tak masuk opis hari ni bukan main lagi masing2 yer...

Cerita basi lagi. Kali ini  pasal teater pulak. Seminggu lepas berkesempatan untuk menonton teater Terima Kasih Cinta. Walau pun melihat sambil mengecil2kan anak mata sbb dapat seat yg sangat jauh dari pentas, tapi saya sangat2 berpuas hati. Pelakonnya pun hebat2 belaka walau pun ramai muka2 baru. Teater ini adalah adaptasi daripada filem Cinta. Jalan cerita masih sama walau pun  ada pengubahsuaian mengikut kesesuaian  teater. Jujurnya saya masih lagi suka versi filem lagi. Cuma bila filem diteaterkan, kita akan terbuai dengan lagu2 yang dinyanyikan.

Saya sangat2 suka dengan lakonan Safura, Latff Ibrahim, Didi AF dan juga Deja Mos. lakonan Anding AF juga tidak kurang hebatnya. 

5 cerita digarap dipentas yang sama. Jadi set pentasnya agak terbatas. Rasa terganggu jugaklah kejap2 tukar itu kejap2 tukar ini. Walau apa pun saya masih lagi enjoy menonton :)



01 March 2011

Birthday Dinner ♥♥♥

Assalammualaikum :)
Hari pertama bulan March. Ishh cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ketiga tahun 2011. Dua bulan dah berlalu rupanya. Disebabkan sibuk dengan  internal audit,  jadinya  kurang berkesempatan nak berjimba2 di alam maya. Maka banyaklah cerita ceriti minggu lepas tak sempat dicatatkan. 
So hari ni, cerita basi minggu lepas. Sempena birthday saya,  jadinya pergi  dinner di Restoran Ibunda dekat Jalan Bukit Bintang. Walau pun boleh kata tiap2 minggu lalu kat kawasan tu tapi nilah kali pertama jejak kaki kat restoran ni. Pertama kali masuk rasa teruja sbbnya seperti masuk rumah Melayu lama je. Tempatnya nampak sangat2 privasi sbb masa kami masuk tu takde org lain pun. Kalau ada pun yang  berada di tingkat atas je. So bolehler dinner dengan suasana tenang sbb tak perlu nak melihat gelagat orang lain kan....
Makanan kat sini pun boleh tahan sedapnya. Ye le  saya ni memang tekak Melayu asli, so makanan yang disajikan pun masakan Melayu. Memang menepati citarasa saya sangat2. Cumanya rasa terkilan sikit dengan sup ketamnya sebab sup ketam yang dihidangkan lari dari apa yang saya jangkakan. Nasib baik menu yang lain sangat2 superb. Hilang jugak ler rasa terkilan pasal sup ketam hihihi. Saya sangat suka ikan pais dan udang galah masak lemak. Sangat2 berbaloi dengan harga yang dibayar. Alhamdulillah lepas ni boleh ler pergi lagi kan.
psstt : bila orang belanja, makanan tak sedap pun jadi sedap :)

22 February 2011

Sudirman Dalam Kenangan

Hari ni 22 Februari 2011, genaplah 19 tahun penghibur prolifik tanahair Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad pergi meninggalkan semua peminat muzik. Bagi yang benar-benar mengenali atau sekadar menyanjung lagu-lagu dan kerja seni Allahyarham, legasi dan peninggalannya akan tetap mekar pada hati kita semua. Negara kita  telah kehilangan anak seni yang mempunyai bakat yang luar biasa ini pada usianya yang ke37 tahun. Bagi saya secara peribadinya, beliau merupakan salah seorang ikon musik yang menjadi kebanggaan saya selain dari Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Anak seni yang pernah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia ini sememangnya sangat berbeza dengan penyanyi-penyanyi yang ada sekarang ini. Allahyarham berada di kelasnya yang tersendiri. Nyanyiannya menusuk kalbu, lahir dari dalam jiwa dan penuh dengan penghayatan. Bagi saya beliau penyanyi yang tiada galang gantinya. Walau pun beliau telah lama meninggalkan kita, namum lagu2 nyanyian beliau tetap malar segar menghiasa kehidupan kita. 

Serba sedikit biodata Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Dan marilah kita sama2 mendoakan  semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al- Fatihah.



 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template