05 February 2012

Kasih Ayahbonda

Assalammualaikum...

alhamdulillah selamat sampai ke pangkuan ayahbonda. Dapat pelukan dan ciuam insan tersayang ini, hilang seketika resah dan duka di dada. Tiada yang lebih indah dari kasih dan sayang ayahbonda. Syukur masih diberi kesempatan untuk menikmati kasih dan sayang mereka. Semoga Allah melindungi dan mengurniakan mereka kesihatan yang baik. Ameen...

Hampir 3 bulan tidak menjejak kaki ke teratak bonda, pulang kali ini membawa seribu satu rasa. Rasa pedih dan pilu melihat wajah tua ini agak sukar dibendung. Apatah lagi kebelakangan ini banyak ujian tak terduga datang menguji. Semoga kepulangan kali ini memberi satu semangat untuk Maksue meneruskan semula hari2 mendatang. Sedikit ciuman dan pelukan ayahbonda sudah cukup menenangkan jiwa yang sedang bergelut resah.

Oh ya, on my way balik kampung tadi terserempak dgn sahabat sekolah menengah dulu. Hampir 20 tahun tak berjumpa, hari ni boleh berjumpa depan toilet. Harap perjumpaan singkat ini dapat menjalin kembali tali persahabatan yang terputus hampir 20 tahun. Rupa sahabat itu tidak banyak berubah... cuma size sudah meningkat 3 kali ganda dari dulu. Mana taknya, anak sulung pun sudah berusia 14 tahun. Cuma ramahnya masih seperti dulu...

------------------------------

Maksue sekarang suka sangat dengar lagu2 Opick. Banyak lagu2 dia menyentuh jiwa Maksue. Salah satu lagu kesukaan Maksue akhir2 ini. Membekas dijiwa bila didengar.nya...


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

04 February 2012

Pilihan


Life is a Theatre...
Invite Your Audience Carefully
Not everyone is healthy enough to have a front row seat in your life.
There are some people in your life who need to be loved from a DISTANCE.
It is amazing what you can accomplish when you let go of - or minimize
... ... your time with - those draining, negative, incompatible, 'not-going- anywhere'
relationships or friendships.

Observe the relationships around you.
Pay close attention...
Which ones lift, and which ones lean?
Which ones encourage, and which ones discourage?
Which ones are on a path of growth uphill, and which ones are going downhill?
When you leave certain people, do you feel better or feel worse?
Which ones always have drama, or don't really understand, know or
appreciate you & the gifts that lie within you?

Remember that the people you have around you will have an impact on your
life, your values and your income. So, be careful when choosing the
people you hang out with, as well as the information with which you will
feed your mind. We should not share our dreams with negative people, nor
feed our minds with negative thoughts.

The more you seek quality, respect, growth, peace of mind, love and truth
around you... the easier it will become for you to decide who gets to sit
in the FRONT ROW, and who should be moved to the balcony of your life.
Ask for wisdom and discernment, and choose wisely the people who
will sit in the front row of your life.

You cannot change the people around you....
but you CAN change the people
you choose to be around!

WHO IS IN YOUR FRONT ROW???

-Shakespear-

03 February 2012

Kerikil Dan Sutera

Assalammualaikum....

Jumaat penuh barakah. Semoga keberkatan Jumaat membawa satu rahmah kepada kita semua. Lama Maksue tak menjengah di sini. Banyak perkara yang nak dicoretkan tapi biarlah ia tersimpan kemas di hati Maksue. Kebelakangan ini banyak dugaan tak terduga berlaku. Tapi syukur alhamdulillah Allah masih pinjamkan kesabaran itu pada diri Maksue. Cuma kadang2 bila rasa itu tidak tertanggung tangisan mampu memberi penenang seketika. Semoga Allah sentiasa kekalkan rasa sabar itu dalam diri Maksue supaya Maksue tidak tersasar dalam menilai dan membuat keputusan.

Pagi ni terbaca satu artikel yang menarik perhatian Maksue. Bila baca2... hati Maksue ni kerikil ke sutera ye? hmmm....

*******************************

Halanglah lintasan hati untuk menipu, kerana jika terlaksana lintasan itu ia akan bertukar menjadi halilintar yang menyambar hati orang lain! Halilintar yang menyambar membakar hati yang ditipu.

Wajah menjadi muram, gerak badan menjadi lemah akibat disambar halilintar itu. Segalanya menjadi suram. Kegelapan menyelebungi hati, zulmat membungkam jiwa.

Jika terkena pada hati yang ibarat batu kerikil masih dapat dipertimbangkan, namun bagaimana jika terkena pada hati selembut sutera. Sutera tidak boleh dibasuh sesuka hati kerana ia sensitif. Sutera itu mahal harganya kerana cara penjagaannya perlu rapi. Perlu kepekaan tanpa kelalaian.

Batu kerikil keras teramat. Jika ditumbuk tidak dapat tidak akan merasa kepedihannya. Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan perwatakan yang belum dikenali, kerana kita masih belum tahu apa didalamnya.

KERIKIL ATAU SUTERA?
Bertenanglah wahai pemilik sutera! Kerana orang yang bicara denganmu itu tidak tahu bagaimana keadaan hati kamu. Bertindaklah bersama Allah S.W.T. Bawalah Allah S.W.T ke dalam hati kamu.

Jika Dia dapat mengampunkan dosa hambanya, siapalah kita sehinnga terlalu ego tidak mahu memaafkan orang yang menyakitkan kita?

Jika kita ikhlas memberi mengapa kita takut untuk menerima. Terimalah apa sahaja yang diberi kembali kerana itulah yang selayaknya untuk kita. Kaji semula hati kita, semasa kita memberi adakah dalam hati kita ada 'tarik tali'.

Adakah wujud dalam hati kita rasa ragu-ragu terhadap takdir dan ketentuan Allah S.W.T?
Jika ada rasa sebegitu, ubahlah! Mungkin hati kita perlu ditarbiyyah. Noda hitam yang bertompok masih lagi berbekas. Bersihkanlah dengan zikir dan fikir. Zikirlah dari dalam bukan sekadar bicara bibir. Fikir dan lakukanlah, bukan sekadar fikir dan jadikan pekasam.

"Jadilah seperti pohon yang berbuah, dibaling kayu dibalas dengan buah yang dapat dimakan enak."

Beruntunglah wahai si kerikil. Engkau kebal akan tohmahan dan tumbukan yang diterima. Namun ingatkah engkau akan air yang menitis di atas batu akan meninggalkan bekas?

Engkau masih ada perasaan, engkau masih ada jiwa. Jika terlalu lama engkau menerima tumbukan, ia akan berbekas! Sirnakanlah bekas itu dengan redha. Allah S.W.T telah menetapkan itu terbaik buat kamu. Indahkanlah diri kamu dengan sabar kerana sabar itu indah.

Jika sabar menghiasi diri, keindahan diwajah anda akan terserlah. Allah S.W.T bersama kamu wahai penyabar. Namun, ingatlah! Jangan sampai sabar itu memakan diri kamu apabila kamu bersabar dengan kemungkaran.

Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Sabarlah dalam bersabar nescaya tidak akan timbul persoalan "sampai bila aku perlu bertahan?".

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template