Nampak sangat Maksue ni dah tua, dah nak habis juara lagu baru Maksue perasan mlm ni dkt TV3 tengah berlansung anugerah Juara Lagu ke 27. Ni gara2 terleka melayan cerita Korea Swallow The Sun. Nasib baik Maksue ni bukan jenis yang fanatik dengan anugerah2 dunia hiburan ni kalau tak frust jugak terlepas byk persembahan.
Tadi buka2 je TV3 Aizat tengah buat gaya ala2 lelaki zaman 60 an tgh nyanyi lagi Terukir di Bintang. Terkesima sekejap Maksue tengok persembahan Aizat, nampak sangat klasik gaya beliau menyanyikan lagu tu. Nampaknya pilihan Yuna sangat bertepatan memberi kepercayaan kepada Aizat mengalunkan lagu beliau. Selain gaya persembahan Aizat yang memukau Maksue, penampilan beliau juga menarik perhatian Maksue. Sejak bermisai ni lain bebenor rupa dia. Nampak lebih matang Maksue rasa. Untuk persembahan malam ni, not bad jugaklah ye Aizat bawak lagu Yuna tu. Sedap jer alunan suara dia :)
Agak2 siapa lah ya yang bakal menjulang anugerah lagu terbaik malam ni?? Terlepas pulak persembahan lagu Ombak Rindu. Esok harus gigih tanya pakcik google utk persembahan tu. Baca kat facebook meriah dorang puji persembahan lagu tu best gara2 Aaron Aziz muncul dalam persembahan tu... hehehe
Nota Kakiku : Teringat tahun lepas Hafiz berseluar track berkaki ayam nyanyi lagu Awan Nano
0 comments:
Post a Comment