Assalammualaikum...
Semalam dah gaji untuk kakitangan awam... weekend ni mesti sesak shopping mall dengan supermarket kan... Maksue cadang cuti2 ni nak gigihkan diri buat pie tee... alaa yang selalu mkn kat Chicken Rice Shop tu yang ala2 popia goreng dlm kon comel tu ler.... hari tu dah beli dah acuan dia kat Lazada tapi tak pernah cuba lagi buat. Tanya pakcik Google macam senang je resepi dia... tapi bahan pulak tak ada kat dapur tu. Stok barang lain byk pulak tapi yang nak digunakan tak ada...
Maksue ni bukan apa, kadang2 rasa phobia skit nak masuk supermarket ni. Kadang yang nak dibelinya satu barang je tapi bila tiba kat kaunter cashier tu haaa penuh gak bakul tu dibuatnya. Pada hal yang dibeli tu stoknya ada lagi kat rumah. Tapi sbb kadang2 tu bila pusing2 dlm supermarket tu belek2 harga barang tu ada promosi terus rasa nak beli. Kalau diikutkan harga promosi tu bukan banyak pun beza harga dia dgn harga sebenar. Setakat seposen je pun hahahah.... tapi tu ler memang tabiat buruk Maksue ni suka bebeno beli stok2 barang dapur pada hal kat rumah ada lagi pun barang2 tu. Last2 nanti sampai expired barang2 tu tak habis guna. Dah selalu2 sangat berlaku mcm tu... bila kemas2 stok barang dapur pasti ada yang akan menjadi mangsa tong sampah sebab dah expired. Maksue tak tahu dah macam mana nak ubah perangai membazir Maksue ni. Hehehe ni boleh dikira pembaziran ni kan... beli2 last2 ditongsampahkan. Dari dulu cuba sedaya upaya kawal nafsu membeli tu. Mula2 je berjaya lepas tu jadi balik hahahha...
Dalam keadaan ekonomi yang agak meruncing ni, dengan nilai wang yang semakin mengecil, sepatutnya Maksue tahu membezakan antara keperluan dan kehendak kan... jangan main beli je ikut nafsu... tapi sungguh sekarang ni kalau bawak RM100 pergi supermarket tu, berapa ketul jer barang boleh beli. Kadang Maksue kesian dengan mereka yang berpendapatan sederhana dengan tanggungan isi rumah yang ramai. Terpaksa pandai2 untuk survive dalam keadaan sekarang.
Semoga pihak2 tertentu lebih prihatinkan dengan nasib rakyat marhain seperti Maksue dengan yang lain ni...
Oh ya berbalik dengan niat Maksue nak buat projek pie tee tu, gini ler rupanya pie tee yang Maksue maksudkan tu kalo ada yang tak tahu ye... isi dalam tu mcm popia biasa je atau boleh sumbat dengan apa2 yang bersesuaian dengan tekak. Biasakan derhaka dengan resepi?? ehehehe
Harap menjadi ler projek Maksue ni kan... kalau menjadi nanti Maksue kongsi ye :)
2 comments:
Salam maksue.. Kalau menjadi pie tee tu, share recipe ya. Suka juga makan pie tee ni.
hihihi tak buat lagi sayang... kemalasan melanda Maksuec utk bersilat kat dapur
Post a Comment