09 November 2014

S.I.H.A.T | Masam2 Manis

Assalammualaikum....

Alhamdulillah.... dah masuk bulan November dah. Maksudnya kita sudah berada dalm bulan2 terakhir tahun 2014. Cepat sungguh masa berlalukan.... November ni jugak bulan penuh debaran untuk Maksue. Perancangan hampir setahun akan tertunai bulan ni... Insya Allah semoga Allah permudahkan segala2nya... so seminggu 2 ni sibuklah Maksue untuk buat persiapan. Persiapan?  Heheh persiapan apalah agaknye je? Ayat mcm poyo semacam jekan. Sebenor eh Maksue tgh rancang percutian  bagpacker dgn member2 Maksue.... sbbkan 2 3 nblan lepaz Maksue sibuk sgt..... orang lain dah siap semua keperluan, Maksue je baru terhegeh2 ank beli itu ini...

Semalam pergi Mid Valley kononnnye nak cari keperluan yg penting2.... Tak jumpa pulak apa yg dihajat. Dengan kaki yg ala2 pancit berkejar ke Mines pulak. Dengan harapan jumpalah barang2 yang dicari. On the way nak ke parking lalu Cold Storage... ternampak org mcm buat magic depan Cold Storage. Buat magic? Heheh takdelah saja je...


Nampak tak brother botak tu buat apa? Macam bestkan.... perah buah delima guna compressor tu. Ni betul2 pati asli buah delima.... tanpa perisa tambahan. Sebotol kecik tu harga dia RM11.98.... kira RM12 le kan... pesal le tak letak terus harga RM12. kat kaunter masa nak bayar nanti pun dia akan genapkan jadi RM12. Hihihi teknik marketing agaknye supaya nampak murah.



Macam darahkan? Hihihi Maksue beli sebotol. Pejam mata minum sbb terbayang2 darah. Rasa mcm drakula pulak minum darah. Rasanya? Alaaa rasa buah delima le kan hahaha.... sgt2 segar ditekak. Meleleh2 air mata Maksue minum. Rasa masam mendominasi rasa manis. Sbb beli mahal minum jugak sampai titisan terakhir. Sebenarnya buah delima ni banyak sangaf khasiat dia. Buah delima juga salah satu buah yang ada disebut dlm Al-Quran... salah satu buah yang berasal dari Syurga Allah. 

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan. 

Tapi nak mkn hari2 buah delima ni tak ler Maksue... sbb Maksue bukan jenis yg sabar nak kutil satu2 isi dia tu. Hihihi harga pun boleh tahan mahal jugak kan.... boleh cecah RM5 sebijik..... ehhh kedekutnya Maksue  utk kesihatan pun nak berkira :p

0 comments:

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template