Assalammualaikum....
Pernah berhadapan dengan situasi seperti ni? Berada dalam dilema... tidak pasti untuk membuat pilihan yang mana? Keliru pilihan mana yang terbaik? Itulah situasi yang selalu kita berhadapan. Kadang-kadang mahu ataupun tidak, kita tetap perlu memilih.Memilih apa yang terbaik.Memilih apa yang dapat membantu.Memilih sesuatu untuk kepuasan diri.Memilih sesuatu tanpa perlu ada penyesalan diakhirnya nanti.
Kadang-kadang kita memulakan kehidupan kita dengan sangat kompleks. Nak pergi kerja atau keluar rumah pun kita perlu membuat pilihan. Kena pilih nak pakai baju apa? Nak pakai tudung warna apa supaya nampak sepadan dengan baju? Mahu atau tidak kita memang sentiasa berhadapan supaya kita perlu membuat pilihan. Kadang2 bunyinya agak pelik. Seolah tak logik!Namun, memang begitulah kehidupan yang sentiasa wujudnya pilihan. Setiap manusia di anugerahkan akal fikiran untuk digunakan.Buatlah pilihan yang terbaik.Daripada sekecil perkara sehinggalah sebesar-besar permasalahan. Bermula yang kecillah akan timbulnya perkara yang besar.Fikir-fikirkan.Memang Islam tidak pernah menyempitkan,tapi hanya pilihan kita untuk difikirkan.
Kenapa Maksue tiba2 sebut pasal pilihan ni? Dalam hati sudah ada taman yang sedang mekarkah sehingga terpaksa membuat pilihan? hehehe... itu sangat jauh ye! Taman yang mekar kumbangnya hanya ada seekor. Haa bukan itu sebabnya. Maksue masih keliru dengan pilihan yang mampu memenuhi tuntutan kehendak duniawi.... wah!
Takpe later2 ye Maksue cerita. Masih mengintai2 di alam maya mencari apa yang perlu supaya dapat memudahkan Maksue membuat pilihan. Agar nanti tidak ada dilema yang membelenggu sehingga sukar untuk membuat pilihan terbaik. Yang penting kena pandai mengukur baju dibadan sendiri....
Semoga semuanya dipermudahkan... dan semoga jua Allah bukakan seluas2nya pintu rezeki untuk Maksue.
Insya Allah :)
0 comments:
Post a Comment