11 September 2013

Sakit pulak hati kite....

Assalammualaikum...

Pernah beli brg kat Internet tak? Maksue ni nak kata selalu sangat beli barang kat Internet tidak le tapi kalau ada yang berkenan tu beli jugak. Sebenarnya shopping secara online ni memang memudahkan. Lebih2 lagi jenis yang malas macam Maksue ni nak berjalan dari kedai ke kedai cari barang. Tapi dalam mudah2 tu ada risiko yang kita kena terima.

Baru2 ni Maksue ada shopping satu barang kat Internet ni. Nampak dalam gambar memang sekali tengok terus jatuh cinta ler... harga pun  takdelah mahal mana kan... Dan banding dengan harga kat kedai pun tak jauh sangat bezanya. Tapi sebab hati dah berkenan tak fikir apa dah terus bayar untuk beli. Ni ala2 penangan cinta pandang pertamalah. Katanya situ, penghantaran mengambil masa 2-3 hari bekerja. Maksue beli hari Isnin so agak2 Rabu boleh sampailah kan. Tak pun paling lambat pun Khamis baru sampai. Maksue pun beli tengahari. So mungkin esok baru dia buat penghantaran. Hati dah berbunga2 ni menunggu barang sampai.

Nak dijadikan cerita, Rabu bungkusan tak sampai lagi. Khamis bungkusan tak sampai lagi... Takpe hati kata sabar. Mesej orang tempat beli tu dia kata dah pos Selasa pagi. Tapi bila minta tracking number dia kata slip tu tertinggal kat rumah. Hai bila dah balik rumah tu tak reti jugak nak mesej tracking number ke? Esoknya Maksue mesej lagi minta tracking number... kot le abang posmen malas buat kerjakan nak lengah2kan hantar bungkusan Maksue tu. Alasannya pulak resit tu tak ingat letak mana, rasa anak main kot.... itu katanya. Lahai sakit pulak hati kita baca mesej gitu. Takpe.... sabar masih ada lagi ni. Pesan kat dia kalau dah jumpa mesej le ye... minta kerjasama gak ni minta dia tolong carikan mana pergi menyelitnya slip tu. Terus senyap gitu je...

Jumaat tengahari hati dah rasa takde kesabaran lagi ni. Dari mesej Maksue call dia... Bila call boleh pulak selamba katak dia kata minta maaf kak, saya tak courier lagi barang tu. Saya courier hari Isnin depan boleh? Saya kurang sihatlah nak pergi pejabat pos. Haaa dengar tu apa lagi berasap2 rasa telinga Maksue ni. Yang selama ni dok reply mesej kata slip tinggal kat rumah lah, slip tak ingat letak manalah tu apa deknon?? lahaiii sakit pulak hati kita... selama dok mesej2 masa Maksue tanya pasal tracking number tu ko tipu lah ekkkk. Terus senyap.... Membara je rasa jiwa kemarahan Maksue ni.

So bila dah kena bambu skit minta maaf bertalu2. Takde niat nak tipu katanya. Kalo tak nak tipu... habis tu yg kata dah pos tu apa kisahnya deknon. Lahaiii sakit pulak hati kite ni. Nasib baik isnin berikutnya dah pos gak barang tu & mesej tracking number dia. Alhamdulillah selasa pagi sampai le jugak barang yang dinanti2kan tu. Tengok barang terus hilang kemarahan kerana bersama bungkusan diselitkan nota permohonan maaf. Hehehe elok ler gitu deknon. Lain kali jangan buat lagi. Nak berniaga buatlah cara nak berniaga. Kepercayaan dan hati customer kena jaga. Hmm walau pun ada nota mohon maaf disertakan... rasanya itulah kali pertama dan terakhir Maksue berurusniaga dengan orang macam tu....


0 comments:

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template