15 June 2008

Jimatkan Penggunaan Minyak


Harga minyak sentiasa naik. Malah dalam keadaan sekarang harga minyak tidak mudah untuk diturunkan harga.

Kereta, motor dan kenderaan lain kini merupakan satu keperluan. Perbelanjaan minyak merupakan sebahagian besar dalam belanja harian. Bila harga minyak naik ia akan membebankan pengguna kerana barang-barang keperluan turut naik. Kos pengangkutan barang-barang turut bergantung kepada harga minyak.

Berikut merupakan petua atau nasihat mengenai penjimatan minyak. Sama ada berkesan atau tidak adalah bergantung pada individu. Cara yang terbaik adalah memasang tangki gas NGV dalam kereta anda.

Isi minyak sebelah malam selepas jam sepuluh malam, apabila cuaca sudah sejuk. Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba menyebabkan petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak berdasarkan pengalaman masing-masing. Pengalaman penulis sendiri mendapati ianya sememang benar. Nampak perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.

Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin.

Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin banyak minyak digunakan.

Pandu secara terlalu perlahan pula menyebabkan beban pada kereta tidak diselaraskan dengan kekuatan enjin kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan banyak minyak akan digunakan.

Ketahui dimana arah tujuan anda. Carilah jalan yang sesuai dan dekat. Digalakan membeli peta kawasan tempat anda tinggal dan kerja bagi mengenal pasti jalan-jalan yang lebih dekat. Perjalanan yang dekat akan menjimatkan minat.

Kemudahan peta dan gambar setelit di Internet kini semakin mudah. Sebagai contoh anda boleh merujuk kepada blog pengembaraan Songketmail

http://travel.songketmail.org/ yang menggunakan dua laman peta dan gambar satelit di Internet.

http://map.google.com/ dan
http://www.wikimapia.org/

Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.

Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.

Kereta sesuai digunakan untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.

Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.

Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.

Diharap tips dan nasihat ini boleh membantu dalam menjimat penggunaan petrol kenderaan anda.

Awas Penipuan Kad Kredit
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/04/awas-penipuan-kad-kredit-melalui.html

Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/2008/04/glubble-family-edition-mozilla-firefox.html

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template