27 July 2016

Pedas > Masam > Sedap

Hari ni dah masuk 22 hari di bulan Syawal. Rata-rata semua orang masih dalam mode beraya. Apa taknya.. sana sini ada jemputan raya. Pemurah betul rakyak Malaysia ni kan...

Sebab tekak dengan perut dah muak dengan rendang kari bagai... semalam buka puasa tekak rasa teringin  makan yang masam2 pedas. Kebetulan ada saki baki stok kimchi dalam freeze, so terus rasa nak mkn stew kimchi. Ni nama je stew tapi masaknye main campak2 je apa bahan yang ada. Yang penting pelakon utama dia kena ada Encik Kimchi. Semalam Maksue buat campur dengan udang galah... hehehe udang galah yang dah berkurun dalam freezer baik perabiskan cepat. Alhamdulillah lepas hajat nak makan stew kimchi.


Ok walau pun semua orang tahu nak buat stew campak2 ni... Maksue nak jugak share kan resepinye hehehe...

Bahan2:

  1. Kimchi kena ada ye...
  2. boleh letak sayur2 lain kalo nak.. yang ni Maksue letak kobis
  3. daun kucai - ikut byk mana nak letak
  4. udang/sotong/ayam/daging - ikut le mana satu nak letak... tak letak pun xpe
  5. tauhu lembut - yang ni wajib ada... kalo xde x umppphh stew tu nanti
  6. bawang putih dan bawang merah - agak2 byk mana stew yg nak buat tu
  7. serbuk cili - kalo nak pedas
  8. kiub ayam
  9. garam secukup rasa

Cara2:

  1. Tumiskan bawang putih dengan bawang merah sampai naik bau
  2. lepas tu masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan sikit air... tumis biar garing sikit pastu masukkan kimchi dan masukkan air sampai mendidih
  3. haaa masa ni le kita main campak2 ye... campakkan udang/sotong/ayam/daging... pastu campakkan sayur... daun kucai dan tauhu lembut yang dah dipotong2 kiub
  4. kemudian perasakan dengan kiub ayam dan garam secukupnya...dan sedia untuk dihidang heheh
Oh ya... kimchi stew ni sedap mkn panas2 tau... ratah mcm tu je pun sedap. Kalo kat restoren Korea mahal gak ni semangkuk...  kalo selera makan besar macam Maksue ni... nak puas makan buat sendiri ye... sbb kat restoren tu ciput je dalam mangkuk tu.... rasa tak puas nak mkn hehehe


Ohhh hari ni tekak rasa nak makan sambal ikan bilissss pulak! Lahai bila puasa tekak rasa nak mkn macam2 je kannnn. Harap rajin ler bersilat kat dapur masak sambal ikan bilis balik karang.

26 July 2016

Chipsmore!

Assalammualaikum.....

hahahaha betul2 macam biskut kan! kejap ada lama tak ada.... dah lebih setengah tahun tak datang jengok blog. Hari ni tiba2 teringat... alang2 dah singgah jengok tu tinggal le jejak sikit. Ni pun tak tahu bila datang lagi ni...

Hari ni Maksue puasa... so tangan gatal je belek2 tanya pakcik google resepi apa nak buka nanti. Biasalah tekak puasa ni nak makannya macam2... Semalam dok teringin pasta.... masak campak2 je. Nak suap tekak sorang takde hal nye main campak2. Sedap tak sedap sendiri makan.

Hari ni teringin nak mkn sambal2... dapat mkn sambal  bilis pun jadilah! Tapi takkan nak buat sambal bilis pun tanya pakcik google jugak kottttt! Nampak sangat tak pandai masak Maksue ni kannn!




31 December 2015

Goodbye 2015! Hello 2016!


Happy last day of 2015. Reflect on all that accoured in this year, both positive & negative. Say thank you and move on...


 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template