Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

27 July 2016

Pedas > Masam > Sedap

Hari ni dah masuk 22 hari di bulan Syawal. Rata-rata semua orang masih dalam mode beraya. Apa taknya.. sana sini ada jemputan raya. Pemurah betul rakyak Malaysia ni kan...

Sebab tekak dengan perut dah muak dengan rendang kari bagai... semalam buka puasa tekak rasa teringin  makan yang masam2 pedas. Kebetulan ada saki baki stok kimchi dalam freeze, so terus rasa nak mkn stew kimchi. Ni nama je stew tapi masaknye main campak2 je apa bahan yang ada. Yang penting pelakon utama dia kena ada Encik Kimchi. Semalam Maksue buat campur dengan udang galah... hehehe udang galah yang dah berkurun dalam freezer baik perabiskan cepat. Alhamdulillah lepas hajat nak makan stew kimchi.


Ok walau pun semua orang tahu nak buat stew campak2 ni... Maksue nak jugak share kan resepinye hehehe...

Bahan2:

  1. Kimchi kena ada ye...
  2. boleh letak sayur2 lain kalo nak.. yang ni Maksue letak kobis
  3. daun kucai - ikut byk mana nak letak
  4. udang/sotong/ayam/daging - ikut le mana satu nak letak... tak letak pun xpe
  5. tauhu lembut - yang ni wajib ada... kalo xde x umppphh stew tu nanti
  6. bawang putih dan bawang merah - agak2 byk mana stew yg nak buat tu
  7. serbuk cili - kalo nak pedas
  8. kiub ayam
  9. garam secukup rasa

Cara2:

  1. Tumiskan bawang putih dengan bawang merah sampai naik bau
  2. lepas tu masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan sikit air... tumis biar garing sikit pastu masukkan kimchi dan masukkan air sampai mendidih
  3. haaa masa ni le kita main campak2 ye... campakkan udang/sotong/ayam/daging... pastu campakkan sayur... daun kucai dan tauhu lembut yang dah dipotong2 kiub
  4. kemudian perasakan dengan kiub ayam dan garam secukupnya...dan sedia untuk dihidang heheh
Oh ya... kimchi stew ni sedap mkn panas2 tau... ratah mcm tu je pun sedap. Kalo kat restoren Korea mahal gak ni semangkuk...  kalo selera makan besar macam Maksue ni... nak puas makan buat sendiri ye... sbb kat restoren tu ciput je dalam mangkuk tu.... rasa tak puas nak mkn hehehe


Ohhh hari ni tekak rasa nak makan sambal ikan bilissss pulak! Lahai bila puasa tekak rasa nak mkn macam2 je kannnn. Harap rajin ler bersilat kat dapur masak sambal ikan bilis balik karang.

05 August 2011

Dugaan

Assalammualaikum.....

Sedar tak sedar dah masuk hari ke 5 berpuasa. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sepanjang 5 hari berpuasa, dah 2 hari Maksue terpaksa berbuka dalam kereta.  Walau pun keluar pejabat agak lambat, tapi masih juga tersekat dengan kesesakan. Hmm redha jelah. Nampak gayanya sebulanlah Maksue kena berhadapan dengan situasi macam ni. Dan beberapa hari ni asyik hujan petang pulak tu. Bila hujan lagilah jalan sesak. Nasib baik Maksue siap2 letak kurma dalam kereta. So takde lah bila time berbuka tu kena telan air je hehehehe

Haii macam ni le keadaan yang Maksue kena tempoh hari2. Nampaknya selain ujian lapar dan dahaga, bulan puasa ni Maksue juga diuji dengan kesesakan lalu lintas. Kenalah bersabar ye tak....


Semalam pun Maksue berbuka dalam kereta. Sampai rumah hampir pukul 7.50 pm. Sampai2 jer terus bersilat kat dapur. Dah berapa hari tekak Maksue ni teringin nak mkn sotong goreng tepung berempah. Bahan-bahan lain semua ada kat dapur cuma sotong jer takde. Jadinya sblm balik kerja smlm sempat ler mengular ke K4 kejap cari sotong. Akhirnya tercapai jugak hajat nak mkn sotong goreng tepung. Blurrpp!!!! syukur alhamdulillah.

Ni Maksue kongsikan resepi sotong goreng tepung yang Maksue buat semalam. Sedap dimakan panas2 ni :)
Bahan-bahan :
Beberapa ekor sotong sederhana besar ] potong bulat
2 sudu tepung gandum **
1 sudu tepung jagung
**
3 sudu tepung beras **
1/2 sudu teh garam **
1/2 sudu teh serbuk kari  **
1/2 sudu teh serbuk cili 
** ] kalau suka pedas boleh lebihkan sukatan
1/4 sudu serbuk jintan manis
**
1/4 sudu serbuk jintan putih **
secubit gula **
sedikit serbuk perasa **
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan yang bertanda **  
  2. Panaskan minyak dan sementara itu pukul telur
  3. Celup sotong ke dalam telur dan golekkan di atas bahan yang telah digaul
  4. Goreng sehingga kekuningan dan angkat
 Nota :
 Bagi yang suka daun kari, semasa menggoreng boleh dicampur dengan daun kari untuk mendapatkan aroma yang lebih sedap.

02 August 2011

Selamat Berpuasa

Assalammualaikum....

Alhamdulillah dah masuk hari kedua bulan Ramadhan. Semalam hampir2 berbuka dalam kereta.  Hari ni pun nampak gayanya Maksue kena keluar lambat lagi dari pejabat. Keluar awal pun mesti sangkut dalam kesesakan. Harapnya bila masuk minggu kedua puasa nanti, jalan sesak tu berkuranganlah yer.... Untuk seminggu ni Maksue kena bertahanlah dulu ye... Kalau dah balik lambat tu, menu berbuka pun ala kadar jelah.

Hai cerita menu berbuka ni, tiba2 tekak ni teringat asam pedas ayam pulak. Kalau nak masak sedap2 kena tunggu weekend ler nampaknya. Untuk tahun ni Maksue cuba nak mengelakkan dari berkunjung ke bazaar Ramadhan. Kalau sekali sekala pergi tu takpelah kan... bukan apa nak mengelakkan pembaziran. Sebabnya Maksue ni jenis makan skit2.... tapi bila berkunjung ke bazaar Ramadhan tu macam2 nak beli. Tapi bila time berbuka makannye sikit je...  last2 tong sampah le jawabnye.

Oh ya... Maksue  nak berkongsi resepi kegemaran Maksue ni. Alahai dah rasa dalam tekak le pulak ni.


Bahan-bahan:
1 ekor ayam } Potong kecil atau boleh potong ikut suka
Daun kesum } ikut suka nak byk mana
5 helai daun limau purut
 3 batang serai } ketuk2 skit
1 cawan air asam jawa
3 s/b minyak masak
Air secukupnya
garam


Bahan-bahan dikisar:
10 biji cili kering (saya lebih suka guna cili merah hidup + cili padi)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
2 cm belacan {optional}


Cara-cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak masak dan tumis serai yang telah diketuk & bahan kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sehingga naik minyak semula.
  3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air.
  4. Didihkan hingga ayam empuk dan tambah garam & bahan perasa secukupnya
  5. Kemudian masukkan daun kesum dan daun limau purut. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak.
  6. Biarkan seketika dan angkat
 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template