Sedar tak sedar dah masuk hari ke 5 berpuasa. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sepanjang 5 hari berpuasa, dah 2 hari Maksue terpaksa berbuka dalam kereta. Walau pun keluar pejabat agak lambat, tapi masih juga tersekat dengan kesesakan. Hmm redha jelah. Nampak gayanya sebulanlah Maksue kena berhadapan dengan situasi macam ni. Dan beberapa hari ni asyik hujan petang pulak tu. Bila hujan lagilah jalan sesak. Nasib baik Maksue siap2 letak kurma dalam kereta. So takde lah bila time berbuka tu kena telan air je hehehehe
Haii macam ni le keadaan yang Maksue kena tempoh hari2. Nampaknya selain ujian lapar dan dahaga, bulan puasa ni Maksue juga diuji dengan kesesakan lalu lintas. Kenalah bersabar ye tak....
Semalam pun Maksue berbuka dalam kereta. Sampai rumah hampir pukul 7.50 pm. Sampai2 jer terus bersilat kat dapur. Dah berapa hari tekak Maksue ni teringin nak mkn sotong goreng tepung berempah. Bahan-bahan lain semua ada kat dapur cuma sotong jer takde. Jadinya sblm balik kerja smlm sempat ler mengular ke K4 kejap cari sotong. Akhirnya tercapai jugak hajat nak mkn sotong goreng tepung. Blurrpp!!!! syukur alhamdulillah.
Ni Maksue kongsikan resepi sotong goreng tepung yang Maksue buat semalam. Sedap dimakan panas2 ni :)
Bahan-bahan :
Beberapa ekor sotong sederhana besar ] potong bulat
2 sudu tepung gandum **
1 sudu tepung jagung **
3 sudu tepung beras **
1/2 sudu teh garam **
1/2 sudu teh serbuk kari **
1/2 sudu teh serbuk cili ** ] kalau suka pedas boleh lebihkan sukatan
1/4 sudu serbuk jintan manis **
1/4 sudu serbuk jintan putih **
secubit gula **
sedikit serbuk perasa **
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
Beberapa ekor sotong sederhana besar ] potong bulat
2 sudu tepung gandum **
1 sudu tepung jagung **
3 sudu tepung beras **
1/2 sudu teh garam **
1/2 sudu teh serbuk kari **
1/2 sudu teh serbuk cili ** ] kalau suka pedas boleh lebihkan sukatan
1/4 sudu serbuk jintan manis **
1/4 sudu serbuk jintan putih **
secubit gula **
sedikit serbuk perasa **
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
- Satukan semua bahan yang bertanda **
- Panaskan minyak dan sementara itu pukul telur
- Celup sotong ke dalam telur dan golekkan di atas bahan yang telah digaul
- Goreng sehingga kekuningan dan angkat
Bagi yang suka daun kari, semasa menggoreng boleh dicampur dengan daun kari untuk mendapatkan aroma yang lebih sedap.
0 comments:
Post a Comment