02 August 2011

Selamat Berpuasa

Assalammualaikum....

Alhamdulillah dah masuk hari kedua bulan Ramadhan. Semalam hampir2 berbuka dalam kereta.  Hari ni pun nampak gayanya Maksue kena keluar lambat lagi dari pejabat. Keluar awal pun mesti sangkut dalam kesesakan. Harapnya bila masuk minggu kedua puasa nanti, jalan sesak tu berkuranganlah yer.... Untuk seminggu ni Maksue kena bertahanlah dulu ye... Kalau dah balik lambat tu, menu berbuka pun ala kadar jelah.

Hai cerita menu berbuka ni, tiba2 tekak ni teringat asam pedas ayam pulak. Kalau nak masak sedap2 kena tunggu weekend ler nampaknya. Untuk tahun ni Maksue cuba nak mengelakkan dari berkunjung ke bazaar Ramadhan. Kalau sekali sekala pergi tu takpelah kan... bukan apa nak mengelakkan pembaziran. Sebabnya Maksue ni jenis makan skit2.... tapi bila berkunjung ke bazaar Ramadhan tu macam2 nak beli. Tapi bila time berbuka makannye sikit je...  last2 tong sampah le jawabnye.

Oh ya... Maksue  nak berkongsi resepi kegemaran Maksue ni. Alahai dah rasa dalam tekak le pulak ni.


Bahan-bahan:
1 ekor ayam } Potong kecil atau boleh potong ikut suka
Daun kesum } ikut suka nak byk mana
5 helai daun limau purut
 3 batang serai } ketuk2 skit
1 cawan air asam jawa
3 s/b minyak masak
Air secukupnya
garam


Bahan-bahan dikisar:
10 biji cili kering (saya lebih suka guna cili merah hidup + cili padi)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
2 cm belacan {optional}


Cara-cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak masak dan tumis serai yang telah diketuk & bahan kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sehingga naik minyak semula.
  3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air.
  4. Didihkan hingga ayam empuk dan tambah garam & bahan perasa secukupnya
  5. Kemudian masukkan daun kesum dan daun limau purut. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak.
  6. Biarkan seketika dan angkat

2 comments:

MRS. AJ said...

MakSue, sedapnya ayam tu! Selamat Berpuasa to you and your family.

Maksue said...

Selamat berpuasa juga untuk Intan sekeluarga... semoga puasa kita tahun ni lebih sempurna dari puasa tahun sebelumnya :)

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template