28 December 2012

Update!

Assalammualaikum....

Masya Allah lamanya Maksue tak jengok blog ni. Dulu beria kata nak update hari2 sekali hambik kau berbulan2 tak update. Ni kena masuk salah satu target untuk next year punya perangancangan ni. Kena update blog hari2. Kalau tak boleh hari2 at least seminggu sekali.

Pejam celik pejam celik ada 3 hari lagi baki untuk tahun 2012 ni. Hmmm kena review balik apa pencapaian yang Maksue dah buat sepanjang tahun 2012. Kena buat audit betul2 ni sblm tahun 2013 datang bagi salam.

Oh ya,  bulan terakhir 2012 ni Maksue mula berjinak2 dengan hobi baru. Ni penangan bila jengah2 blog orang ler ni, ramai yang update pasal hadiah memang contest le ni. Tiba2 rasa macam best pulak tengok orang menang hadiah. Maksue tahu nak menang tu pun bukan mudah. Kena ada usaha yang lebih. Jadinya, Maksue pun baru cuba jugak nak berjinak2 dengan contest ni. Mula dengan yang mudah2 dulu. Harap ada ler rezeki yang sangkut nanti ye tak :)

Setakat ni Maksue berjinak2 dengan yang online dulu... Cuba joint contest untuk menang tiket2 wayang. Bila dah memang sekali rasa macam seronok pulak. Target Maksue tahun 2013 nak usaha lebih sikit cuba2 masuk offline contest pulak. Usaha tangga kejayaan kan....


Nota Kakiku : berangan nak dapat Galaxy Notes II percuma. Boleh ke??
 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template