Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

31 January 2014

Rezeki l Wanginyer...

Cuti Chinese New Year ni x kemana2... so Maksue gigihkan diri kemas rumah. Keluar jugak peluhkan... sambil2 kemas tu belek2 hadiah contest yg ambil hari tu... nak agih2kan utk family Maksue... kakau guna sendiri setahun x habis ni... apa2 pun syukur alhamdulillah :)


 hihihi ni ler yg Maksue dapat hari tu, syukur! Jimat duit Maksue nak beli losyen. Perfume tu memang rezeki anak2 fruit Maksue le sbb Maksue tak guna perfume ni...

Harap tahun 2014 ni makin murah rezeki untuk Maksue.... hihihi teringin nak menang cash / gadjet. Insya Allah ada le tu nantikan... usaha....usaha...usaha. Insya Allah!










29 January 2014

Hadiah | Rezeki Pembuka 2014

Assalammualaikum...

Alhamdulillah rezeki pembuka untuk tahun 2014. Dapat 4 tin cat pearl silk ecohealth dari Jotun dengan hamper Enchanteur dan Secret Garden.... syukur masih ada rezeki untuk Maksue untuk tahun 2014. Rasa happy sangat memandangkan Maksue ni baru lagi dlm bercontes ni


 Banyak2 hadiah kat atas tu Maksue suka sgt dengan cat tu. Boleh ler buat projek menconteng rumah cuti Chinese New Year ni... Rumah Maksue pun dah lama tak tukar cat... hihihi igt nak tukar cat untuk dining Maksue... hrp rajin le nanti ni...

Korang cuti lama Chinese New Year ni plan nak pergi mana? mesti ramai yg ambil kesempatan untuk balik kampung kan.... apa2 pun berhati2 dijalan raya ye... pandu dgn cermat... biar sampai lambat sikit asalkan selamat tiba ke destinasi yg dituju :)



09 January 2014

Leleh Air Liur....

Assalammualaikum....

Minggu lepas gi mkn dekat Victoria Station Damansara. Lama dah teringin nak mkn steak yg sedap. Kebetulan ada voucher free so apa lagi pergi le memenuhi keinginan nafsu mkn...

So tertunai ler hajat tekak nak mkn steak... dan kebetulan mkn free kan order ler lobster sekali... kalau Maksue bayar guna duit sendiri fikir jugak empat lima kali nak order.... hihihi syukur alhamdulilah.... rezeki!



Lobster tu half je tau. Tu pun dah cecah RM80 gak untuk set tu. Tapi memang berbaloi ler ambil set ni. Sedap sangat ok!

Voucher tu Maksue menang joint contest. Alhamdulillah rezeki. Hmmm ada lagi ni beberapa keping. Nanti boleh pergi lagi. Hihihi.... sekeping voucher tu nilai dia RM50. Kalau mkn lebih dari nilai voucher topup le dgn cash.

Rasa nak buat giveaway ler untuk sekeping voucher  Victoria Station ni... rasa2 ada ke nak joint giveaway Maksue ni ye? What say u?

05 January 2014

Shopping Free


Assalammualaikum,

Shopping free... siapa yang tak suka kan? Hehe Maksue lagi le suka, asalkan free je pasti buat senyum Maksue lebar sampai ke telinga.

Voucher kat atas tu Maksue dapat dari contest Huawei. Alhamdulillah submit dua nama dan dua2 tu sangkut. Contest ni tak perlukan apa2 POP... just ambil gambar yang ada logo Huawei dan buat slogan based on gambar yang kita ambil. Untuk contest ni ada daily winner dgn weekly winner. Daily akan ada 3 orng pemenang setiap hari. Hadiahnya voucher Giant RM100... untuk weekly pulak akan dapat smartphone Huawei. Maksue dapat menang daily tu pun syukur alhamdulillah...

Voucher ni dah digunakan separuh... ada lagi separuh tak guna. Expired date dia pun lambat lagi...

Untuk tahun ni cuba nak aktifkan diri lagi dengan contest terutamanya offline contest. Tapi biasa offline contest ni memerlukan modal jugak untuk POP. Tapi tak apa, untuk dapatkan hasil kena buat sedikit pelaburankan. Harap2 tahun 2014 ni ada ler sangkut menang gadjet atau pun cash kan... Insya Allah ada rezeki tu nanti :)
Nota Kakiku :

19 March 2013

Voucher free



Free voucher daripada Astro... Sukeeee
posted from Bloggeroid

28 December 2012

Update!

Assalammualaikum....

Masya Allah lamanya Maksue tak jengok blog ni. Dulu beria kata nak update hari2 sekali hambik kau berbulan2 tak update. Ni kena masuk salah satu target untuk next year punya perangancangan ni. Kena update blog hari2. Kalau tak boleh hari2 at least seminggu sekali.

Pejam celik pejam celik ada 3 hari lagi baki untuk tahun 2012 ni. Hmmm kena review balik apa pencapaian yang Maksue dah buat sepanjang tahun 2012. Kena buat audit betul2 ni sblm tahun 2013 datang bagi salam.

Oh ya,  bulan terakhir 2012 ni Maksue mula berjinak2 dengan hobi baru. Ni penangan bila jengah2 blog orang ler ni, ramai yang update pasal hadiah memang contest le ni. Tiba2 rasa macam best pulak tengok orang menang hadiah. Maksue tahu nak menang tu pun bukan mudah. Kena ada usaha yang lebih. Jadinya, Maksue pun baru cuba jugak nak berjinak2 dengan contest ni. Mula dengan yang mudah2 dulu. Harap ada ler rezeki yang sangkut nanti ye tak :)

Setakat ni Maksue berjinak2 dengan yang online dulu... Cuba joint contest untuk menang tiket2 wayang. Bila dah memang sekali rasa macam seronok pulak. Target Maksue tahun 2013 nak usaha lebih sikit cuba2 masuk offline contest pulak. Usaha tangga kejayaan kan....


Nota Kakiku : berangan nak dapat Galaxy Notes II percuma. Boleh ke??
 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template