27 November 2010

Home Sweet Home

Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi. Memandu selama hampir 5 jam dalam hujan lebat cukup memenatkan. Tapi segalanya terasa amat2 berbaloi apabila kedatangan disambut dengan pelukan dan ciuman dari insan2 tersayang. Menatap wajah ayahbonda mampu menghilangkan segala kepenatan dan keletihan yang ada. Dan yang lebih membahagiakan apabila kerinduan terubat dengan adanya CINTA hati di depan mata.

Dan malam ini ingin melelapkan mata lebih awal dengan bertemankan CINTA hati saya.

Selamat malam!


21 November 2010

B.O.S.A.N

Tadi CINTA hati saya telefon mengadu kebosanan. Tercuit hati bila mendengar suara halus dia dihujung talian. Dengan pelat dia tu cukup membuat rasa rindu dihati saya semakin menebal. Sabarlah wahai diri... tinggal beberapa hari lagi untuk bersua dengan CINTA hati yang satu ini.

Wah... Andainya budak sekecil dia pun kenal erti bosan... apatah lagi orang seusia aku ni. Tapi andainya terlalu dilayan rasa itu pasti ia akan mengundang banyak lagi rasa lain yang sudah pastinya hanya akan memakan diri sendiri. Sudah lama saya bertekad untuk tidak terlalu mengikut rasa2 yang tidak baik untuk hati saya itu. Merasa bosan itu tidak salah, kerana itu adalah normal bagi sebuah kehidupan. Tapi untuk apa difikirkan sangat tentang rasa itu? Bukannya saya sudah terlalu pasif dengan perjalanan hidup yang saya lalui. Cumanya lagi baik kalau rasa itu dibiarkan saja begitu tanpa dilayan.

Ok tinggalkan cerita tentang rasa bosan tu. Baru usai menonton badminton akhir lelaki perseorangan. Simata sepet bertemu simata sepet. Nampaknya jaguh badminton kita, Datuk Lee Chong Wei kena akur Lindan masih bukan lawan yang mudah. Walau bagaimana pun sekalung tahniah juga untuk beliau walau pun hanya berpuas hati dengan pingat perak saja. Walau pun kecundang tapi beliau tetap memberi saingan sengit juga buat Lindan. Dari pemerhatian amatur saya, satu yang ketara tentang atlit2 kita, mereka masih gagal untuk mengawal aksi bila berada dalam tekanan oleh pihak lawan. Nampaknya selain latihan fizikal, latihan mental dan emosi perlu diberi perhatian.

19 November 2010

Ribaibaru - Mayumi Itsuwa



Ribaibaru atau kebangkitan semula. Sekali dengar lagu ni boleh menyebabkan perasaan kita terbuai dibuatnya. Walau pun liriknya tidak difahami tapi alunan melodinya cukup mengundang untuk kita mendengarnya berulang-ulang kali. Sebenarnya ini lagu lama. Puas jugak bertanya dengan pakcik google untuk alihbahasa lagu ni. Akhirnya jumpa translet lagu tu kat sini.


Kebangkitan Kembali
Di dalam gerimis hujan ini aku mempercepatkan langkah

Seperti panahan kilat di waktu musim panas
dan begitulah cepatnya kehilangan cinta dua orang kekasih
Ah……Beginilah hatiku membakar
dan kini menjadi warna debu revival.

Ah….. hanya terbayang kisah dahulu
Jikalau hanya kenalan sahaja bolehlah dilupai
Saat terakhir hanya bergelinangan air mata
Barulah sedar betapa dalamnya cinta itu

Ah……terkenangkan dia yang betapa baik hati
Tetapi sekarang menjadi biru gelap revival
Ah….hanya terbayang kisah dahulu
Esok mungkin berulang kembali....
 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template