11 January 2013

T.G.I | FRIDAY

Haaa pejam celik pejam celik dah Jumaat. Kejapnya masa berlalu. Rasa  baru sekejap je dengar meriahnya bunyi  bunga api sambut tahun baru. Alih2 ni dah nak habis dah minggu kedua bulan Januari.

Maksue suka sangat Jumaat sebabnya esok tak kerja. Hahaha rasa semua org pun rasa macam tu kan. Tapi ada sesetengah orang hari ni pasti ada sesuatu yang istimewa berlaku. Contohnya birthday org tersayang ke. Dapat rezeki yang tak disangka2.... Tapi pagi tadi masa pergi kerja, biasalah mesti dengar celoteh Hot fm AMKrew kan. Haaa hari ni depa dok mainkan lagu2 Dato' CT, rupa2nya hari ni birthday Dato' CT. Lahai bestnya jadi orang fofularkan... Apa2 pun eppi birthday Dato' CT. Semoga bertambah sukses hendaknya...

Nota Kakiku : teringin nak makan kek Secret Recepi. Nyum!!

06 January 2013

Anugerah Juara Lagu vs Korean Drama

Nampak sangat Maksue ni dah tua, dah nak habis juara lagu baru Maksue perasan mlm ni dkt TV3 tengah berlansung anugerah Juara Lagu ke 27. Ni gara2 terleka melayan cerita Korea Swallow The Sun. Nasib baik Maksue ni bukan jenis yang fanatik dengan anugerah2 dunia hiburan ni kalau tak frust jugak terlepas byk persembahan.

Tadi buka2 je  TV3 Aizat tengah buat gaya ala2 lelaki zaman 60 an tgh nyanyi lagi Terukir di Bintang.  Terkesima sekejap Maksue tengok persembahan Aizat, nampak sangat klasik gaya beliau menyanyikan lagu tu. Nampaknya pilihan Yuna sangat bertepatan memberi kepercayaan kepada Aizat mengalunkan lagu beliau. Selain gaya persembahan Aizat yang memukau Maksue, penampilan beliau juga menarik perhatian Maksue. Sejak bermisai ni lain bebenor rupa dia. Nampak lebih matang Maksue rasa. Untuk persembahan malam ni, not bad jugaklah ye Aizat bawak lagu Yuna tu. Sedap jer alunan suara dia :)

Agak2 siapa lah ya yang bakal menjulang anugerah lagu terbaik malam ni?? Terlepas pulak persembahan lagu Ombak Rindu. Esok harus gigih tanya pakcik google utk persembahan tu. Baca kat facebook meriah dorang puji persembahan lagu tu  best gara2 Aaron Aziz muncul dalam persembahan tu... hehehe

Nota Kakiku : Teringat tahun lepas Hafiz berseluar track berkaki ayam nyanyi lagu Awan Nano

04 January 2013

Gaya Hidup Sihat

Antara azam setiap tahun yang susah sangat nak capai adalah nak kuruskan badan. Maksue ni bukanlah dari golongan manusia yang tinggi lampai, jadi bila badan naik skit mulalah nampak mcm nangka bergerak jadinya. Bila badan naik mulalah satu2 anggota badan ni mula memprotes. Lepas tu rasa malas pun menjadi2. Jadinya, macam tahun2 sebelum ni Maksue teruskan juga niat nak turunkan skit berat badan. Maksue tak nak berangan tinggi2 sangat. Kalau dapat kurangkan dalam 5 kg pun dah syukur alhamdulillah. Kalau boleh kurangkan berat lebih daripada 5 kg tu kira bonuslah ya.

credit : google.com


Bila nak kurus ni Maksue tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Nak kurangkan makan, mula2 ni memang payah skit. Dah lah perut Maksue ni memang perut Melayu sejati yang memang tak boleh jauh dari nasi. Kalau sehari tak makan nasi mahu menggigil kepala lutut Maksue ni haa... Tapi untuk permulaan ni mungkin boleh kurangkan jumlah makan kot ye.... hehehe  yang penting jgn cepat mengalah. Kalau boleh Maksue tak naklah tergoda dengan pelbagai produk untuk pelansing ni. Satu takut effect dikemudian hari. Satu lagi Maksue ni jenis kedekut nak keluarkan duit nak cuba perlbagai jenis produk pelansing ni. Setakat ni alhamdulillah lagi masih boleh bertahan walau pun byk jugak pujuk rayu member2 untuk beli produk tu produk ni. Biarlah dorang slim cepat. Maksue slim pelan2 takpe hehehe 

Satu lagi Maksue nak amalkan gaya hidup sihat. Nak bersenam paling tidak pun sekali seminggu jalan2 gedik kat padang UKM tu. Dapat berjalan setengah jam jadilah kan. Lepas tu nak kurangkan makan fast food, nak kurangkan mengunyah jajan. Yang penting stok sayur kena sentiasa ada dalam peti sejuk. Maksue akan pastikan yang ni akan bertahan. Tak nak hangat2 taik ayam dah. 

Maksue risau sebenarnya, semenjak badan naik ni tangan asyik kebas2 je. Risau aliran darah tak betul sebab lemak banyak sangat sana sini. Demi untuk hidup sihat, Maksue kena berkorban skit. Insya Allah boleh kan heheheh....

Nota Kakiku : Rasa lama dah tak makan Kenny Rogers... Nyummm!

03 January 2013

Welcome 2013

Hari ni dah masuk hari ke 3 tahun 2013. Maksue baru gedik2 nak update blog. Mood tahun baru tak sampai lagi. Kepala masih berserabut menyelesaikan beberapa perkara tahun lepas yang tak selesai2 lagi. Harap dalam minggu ni semuanya berjaya dilangsaikan.

Sempena menjelang tahun baru ni ramai orang bercerita  pasal azam. Maksue macam biasalah, azam setiap tahun tetap sama sebabnya setiap tahun azam tak pernah tercapai sepenuhnya. Jadi kenalah carry forward hehehehe...

Selain azam, ibu2 bapa2 sibuk menguruskan anak2 masuk sekolah. Yang lebih bestnya kalau ada anak2 yang 1st day nak masuk sekolah tadika.... 1st day nak masuk tahun 1. Masa ni lah ramai parents ambil cuti menguruskan anak2. Dan masa nilah kalau pergi ke sekolah2  macam2 ragam anak2 yang boleh kita lihat. Indahnya jadi ibu bapakan. Untuk adik2 yang baru menempuhi alam sekolah tu belajar rajin2 tau...

Apa2 pun Maksue nak ucapkan selamat datang tahun 2013. Semoga tahun ni menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Insya Allah :)


Nota Kakiku : dah 3 hari masih berjaya menahan nafsu dari bermesra2 dengan NASI.
 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template