Ni betul2 bersawang blog kakak..... selepas bertahun2 tiba2 teringat ada ruang untuk mencoret. Ni gara2 kakak tiba2 kena check-in hutel 5 bintang hari ni. Niat asal cuma nak buat follow up checkup masalah batuk berdarah. Alih2 mengejut terkejut doctor terus minta kakak check-in pulak. Ni tak pasti berapa lama nak kena duduk hotel ni... doakan yang baik2 untuk kakak yer 💗
Disebabkan kebosanan duduk bilik sorang2 ni tanpa ada peneman, tu yang tiba2 teringat nak coret sesuatu kat blog kakak... nasib baik igt lagi pintu masuk ni.... Insha Allah lepas ni kena rajin ler update sini nampaknya.