24 April 2011

Nur Kasih


DRAMA bersiri Nur Kasih yang pernah mencatat sejarah tersendiri sebagai salah satu drama bersiri keluaran TV3 yang mencatat ranking tertinggi kini bakal menemui penonton dalam bentuk movie pulak. Bakal ditayangkan pertengahan Mei ini. Melihat klip video ni macam menarik jugak. Rasa tak sabar pun ya  nak menonton :)


Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

21 April 2011

Harga Emas Kekal Tinggi


HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.

Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.

Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns.

“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.

Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil.

Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga.

Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi.

Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.”

Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu.

Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008.

“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP

19 April 2011

Andaiku Pergi

Dalam sibuk2 mengemaskini koleksi lirik lagu saya, terjumpa lirik lagu ini. Sungguh... hati saya sangat tersentuh bila mendengar setiap bait2 liriknya. Tiba2 hati saya terasa sangat2 beremosi...



Derita hidup kian berlalu,
Membawaku ke penghujung,
Kaku langkah kian lemah,
Kelu lidah untuk bicara.

Langit jingga warna senja,
Desir bayu membisik duka,
Kealpaan nan semalam,
Inginku lepaskan luka silam.

Bersama rayu doa,
Damba keampunanNya.


Andai diriku pergi,
Tinggalkan mu sendiri,
Usah kau sedih,
Usah tangisi duga dari Ilahi.

Andai ku pergi dulu,
Tiba tika dan waktu,
Telah tertulis takdir untukku,
Perjanjian yang Maha Agung.

Doakanku sejahtera disisiNya.

Rasa gentar, rasa rindu bertarung di fikiranku,
Wajah ceria, senyum manja kisah kita menghapus resah.

Maafkan diriku kasih kerana buat kau menangis,
Restuiku dengan cinta, jangan kau titiskan air mata.

Pintaku redhailah,
Terima kasih atas segalanya.

Hidup ini sementara,
Ujian pasti setia hati,
PadaMu kekasih.

Moga rahmat hidayahMu,
Mengiringiku, menemaniku,
Saat akhir waktu.

Bersaksi diriku,
Tiada lain hanya Kau satu,
Memiliki cintaku,
Ku serah segalanya kepadaMu.
 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template