31 December 2010

2011 Countdown

Tahun baru Islam telah hampir sebulan berlalu....tahun baru masihi bakal menjengah keesokan harinya... Kurang sejam sahaja lagi 2010  meninggalkan kita. Sambil menanti detik ketibaan 2011, saya cuba muhasabah diri. Dengan bertemankan Maher Zain dan juga Michael Jackson, saya mengimbau kembali setiap detik yang telah saya lalui sepanjang tahun ini. Oh tanpa saya sedar, banyaknya nikmat Allah yang saya dapat sepanjang tahun ini. Hanya saya saja yang tidak tahu mensyukurinya. Lemahnya saya ini kerana saya selalu membanding2kan apa yang saya ada dengan apa yang orang lain miliki. Walau pun hidup saya tidak sesempura orang lain, yang mana hidupnya saling lengkap melengkapi, tapi saya harus bersyukur walau pun saya sendiri saya mampu memiliki apa yang saya ada sekarang. Syukur ALHAMDULILLAH...itu yang mampu saya ucapkan di atas nikmat yang tidak terhingga dan Insya Allah saya akan berusahalah untuk menjadi hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur...InsyaALLAH.

Hari terakhir tahun 2010 saya habiskan masa bersendirian. Keluar bersantai  bersendirian untuk  memanjakan diri. Wang ringgit yang saya laburkan hari ini tidak ada nilainya untuk rasa bahagia yang saya dapat. Tapi saya tidak boleh selalu begini, kerana  keinginan saya ini pelbagai... kalau selalu diturut boleh makan megi hari2 dibuatnya nanti. 

Oh asyik sungguh alunan suara Mahir Zain ni sampai menusuk ke kalbu saya. Tiba2 hati  saya rasa sayu...  Saya tidak suka dengan rasa ini kerananya airmata saya cepat sangat mengalir. Saya berharap agar rasa ini tidak terbawa2 ke tahun baru. Moga rasa ini akan  terus berlalu bersama tahun 2010. Saya mahu esok bila saya bangun, ada semangat baru dalam diri saya.
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah... esok saya akan melangkah dengan semangat baru. Insya Allah saya cuba mengatur langkah hidup saya sebaik mungkin. Walaupun saya tahu saya pasti sakit dan terluka tapi saya yakin dipenghujungnya saya pasti menemui apa yang saya carikan. Doakan untuk saya.... Insya Allah.



Welcome aboard 2011. And for me... Be thankful for what you have, you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough. Leave yesterday behind for a better tomorrow... Insya Allah you`ll find your way...


16 December 2010

S.M.I.L.E


Smile by Micheal Jackson

Smile, though your heart is aching
Smile, even though it's breaking
When there are clouds in the sky
You'll get by...

If you smile
With your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You'll find that life is still worthwhile
If you just...

Light up your face with gladness
Hide every trace of sadness
Although a tear may be ever so near
That's the time you must keep on trying
Smile, what's the use of crying
You'll find that life is still worthwhile
If you just...

Smile, though your heart is aching
Smile, even though it's breaking
When there are clouds in the sky
You'll get by...

If you smile
Through your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile...

That's the time you must keep on trying
Smile, what's the use of crying
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile

10 December 2010

Cop Mohor Peribadi

Salam Jumaat....

Dah 2 hari mood bekerja sangat2 merudum. Walau pun banyak task yang berlu diselesaikan tetapi tahap kemalasan masih menjuarai untuk mengusai mood bekerja saya. Apa yang peliknya, mood untuk melakukan aktiviti2 yang tidak sepatutnya dilakukan semasa waktu bekerja sangat membuak2... harap2 tidak ada technical person di unit saya ini yang memantau IP lappy saya untuk mengetahui dunia cyber mana saya saya jelajah :)

Oh ya, saya sangat gemar untuk bermain2 dengan adobe photoshop walaupun tahap kemahiran saya sangat2 amatur. Sudah lama saya meninggalkan kegemaran saya yang satu ini tapi sejak semalam saya mula berjinak2 semula. Saya mula mencipta2 sesuatu yang saya rasa sangat berguna untuk menjaga hakmilik peribadi saya diruang cyber ini. Gambar2 peribadi misalnya.... saya mula gatal2 tangan untuk mencipta 'cop mohor' untuk koleksi gambar masakan saya. Walau pun gambar tersebut tidaklah berkualiti mana pun tapi saya perlu menjaganya daripada dikidnap atau diguna sewenang2nya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Walau pun bunyinya agak poyo tapi itu saya punya sukalah kan.....

 Inilah hasil keras tangan saya dengan kerjasama tahap pengetahuan yang sangat2 amatur. Jadi selepas ini, mana2 gambar masakan saya yang akan saya kongsikan di dunia cyber ini akan saya copkan dengan cop mohor saya yang sangat comel ini. Yer... memang comel pada pandangan mata saya... pada pandangan mata orang lain mungkin ini biasa2 saja... tapi ada aku kesah :)
Selepas ini, mencuba2 lagi untuk menghasilkan cop mohor untuk personal blog saya pulak. Dan jika tahap kerajinan saya agak meninggi saya akan menghadiahkan juga untuk rakan2 blog saya yang lain. Tapi mungkin mengambil masa sedikit sebab saya ini tidak dianugerahkan dengan daya kreativiti yang tinggi.

Dan ini pulak contoh gambar yang telah dicop dengan cop mohor cute saya itu. Untuk tidak menampakkan sangat saya kabur2 skit supaya ianya tidak menenggelamkan gambar yang asal. Oh tiba2 saya rindu dengan CINTA hati saya dalam gambar disebelah :( Apa agaknya yang dibuat sekarang ni yer???

07 December 2010

Maal Hijrah 1432H

Salam 1 Muharam 1432. Pantas masa berlalu. Rasa baru semalam jer debaran menunggu kepulangan ayahbonda dari menunaikan rukun kelima. Pada tahun lepas pada tarikh yang sama saya masih lagi menanti2 kepulangan ayahbonda tanpa putus2 mendoakan kesejahteraan mereka untuk kembali kepangkuan keluarga. Hari ni tarikh itu datang lagi.Today is a new day. Semoga tahun baru ini membawa kerahmatan dan keberkatan dan semoga kita semua dapat berhijrah ke arah yang lebih baik...Ameen!
Firman Allah S.W.T,
Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasub sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yg ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yg dapat menolaknya, dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain DIA” .. (Surah Al-Ra’du, 11).

05 December 2010

Rapunzel : A Tangled Tale

Alhamdulillah.... blessed Sunday. Semalam matahari lansung tidak menunjukkan cahaya, pagi ni nampaknya pagi2 lagi sudah dilimpahi cahaya. Hajat di hati nak keluar untuk mencari rak kasut tapi bila cuaca dekat luar yang panas terik rasa malas dibuatnya. Tunggulah petang skit nanti kot2 mood rajin muncul.

Oh semalam berkesempatan melihat  Tangled dalam versi 3D. Kalau dah namanya filem  keluaran Walt Disney Productions, hasilnya pasti tidak mengecewakan. Gambar dan movement yang memang superb!  Movie ni adalah adaptasi dari sebuah buku cerita dongeng Rapunzel. Tapi bila difilemkan ianya diubah jadi Tangled.

Sedikit review pasal filem ni, ceritanya bermula apabila seorang puteri raja iaitu Rapunzel  yang semasa kecil telah di culik dari istana. Beliau diculik oleh seorang nenek tua iatu Mother Gothel. Ini kerana Mother Gothel tahu rambut Rapunzel yang mempunyai kuasa sakti yang boleh menyembuhkan penyakit dan juga boleh membantu dia dalam mengekalkan wajahnya supaya sentiasa muda.  Dan kuasa sakti itu akan hilang apabila rambut Rapunzel dipotong. Oleh sebab itulah Rapunzel seorang puteri raja yang terkurung itu mempunyai rambut yang sangat2 panjang. Rapunzel yang telah diculik oleh Mother Gothel telah dibesarkan disebuah menara di dalam hutan. Di dalam menara  itulah Rapunzel membesar. Dan dunia dia hanyalah menara tersebut dengan berteman Mother Gothel dan juga seekor sesumpah bernama Pascal. Selama 18 tahun terkurung di menara tersebut Rapunzel tidak dibenarkan turun dari menara tersebut apatah lagi bebas keluar merayau2 disekitarnya.

Cerita bermula apabila seorang pencuri yang licik iaitu Flynn Rider secara tidak sengaja terjumpa menara di mana Rapunzel tinggal apabila beliau cuba melarikan diri dari dikejar oleh seekor kuda putih yang bernama Maximus.

Diringkaskan cerita, Rapunzel yang sangat2 teringin hendak keluar dari menara tersebut kerana ingin melihat sendiri lantern yang terapung2 diudara setiap kali hari lahirnya telah membuat perjanjian dengan Flynn Rider. Syaratnya sangat mudah, Flynn Rider hanya perlu menunaikan hajat dia dengan membawa Rapunzel keluar dari menara tersebut untuk melihat lantern dan membawanya kembali semula ke menara tersebut. Sebagai balasan dia akan mengembalikan semula barang curian Flynn Rider. Pengembaraan menarik bermula sebaik sahaja Rapunzel mula menjejak kaki ke bumi yang mana tidak pernah dijejakinya selama 18 tahun.  Nak tahu apa yang menarik sepanjang pengembaraan Rapunzel, haruskan sendiri ke panggung untuk menontonnya.




  Tangled trailer


Secara keseluruhannya, cerita ini pasti menghiburkan dan ianya bersesuaian untuk tontonan sekeluarga. Dari 5 bintang, saya bagi 4.5 :)

03 December 2010

Insha Allah

Leave yesterday behind for a better tomorrow... Insya Allah you`ll find your way...







Maher Zain - Insha Allah
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

01 December 2010

L.O.V.E






Cinta boleh membuatkan seseorang itu ketawa dan menangis dalam masa yang sama

27 November 2010

Home Sweet Home

Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi. Memandu selama hampir 5 jam dalam hujan lebat cukup memenatkan. Tapi segalanya terasa amat2 berbaloi apabila kedatangan disambut dengan pelukan dan ciuman dari insan2 tersayang. Menatap wajah ayahbonda mampu menghilangkan segala kepenatan dan keletihan yang ada. Dan yang lebih membahagiakan apabila kerinduan terubat dengan adanya CINTA hati di depan mata.

Dan malam ini ingin melelapkan mata lebih awal dengan bertemankan CINTA hati saya.

Selamat malam!


21 November 2010

B.O.S.A.N

Tadi CINTA hati saya telefon mengadu kebosanan. Tercuit hati bila mendengar suara halus dia dihujung talian. Dengan pelat dia tu cukup membuat rasa rindu dihati saya semakin menebal. Sabarlah wahai diri... tinggal beberapa hari lagi untuk bersua dengan CINTA hati yang satu ini.

Wah... Andainya budak sekecil dia pun kenal erti bosan... apatah lagi orang seusia aku ni. Tapi andainya terlalu dilayan rasa itu pasti ia akan mengundang banyak lagi rasa lain yang sudah pastinya hanya akan memakan diri sendiri. Sudah lama saya bertekad untuk tidak terlalu mengikut rasa2 yang tidak baik untuk hati saya itu. Merasa bosan itu tidak salah, kerana itu adalah normal bagi sebuah kehidupan. Tapi untuk apa difikirkan sangat tentang rasa itu? Bukannya saya sudah terlalu pasif dengan perjalanan hidup yang saya lalui. Cumanya lagi baik kalau rasa itu dibiarkan saja begitu tanpa dilayan.

Ok tinggalkan cerita tentang rasa bosan tu. Baru usai menonton badminton akhir lelaki perseorangan. Simata sepet bertemu simata sepet. Nampaknya jaguh badminton kita, Datuk Lee Chong Wei kena akur Lindan masih bukan lawan yang mudah. Walau bagaimana pun sekalung tahniah juga untuk beliau walau pun hanya berpuas hati dengan pingat perak saja. Walau pun kecundang tapi beliau tetap memberi saingan sengit juga buat Lindan. Dari pemerhatian amatur saya, satu yang ketara tentang atlit2 kita, mereka masih gagal untuk mengawal aksi bila berada dalam tekanan oleh pihak lawan. Nampaknya selain latihan fizikal, latihan mental dan emosi perlu diberi perhatian.

19 November 2010

Ribaibaru - Mayumi Itsuwa



Ribaibaru atau kebangkitan semula. Sekali dengar lagu ni boleh menyebabkan perasaan kita terbuai dibuatnya. Walau pun liriknya tidak difahami tapi alunan melodinya cukup mengundang untuk kita mendengarnya berulang-ulang kali. Sebenarnya ini lagu lama. Puas jugak bertanya dengan pakcik google untuk alihbahasa lagu ni. Akhirnya jumpa translet lagu tu kat sini.


Kebangkitan Kembali
Di dalam gerimis hujan ini aku mempercepatkan langkah

Seperti panahan kilat di waktu musim panas
dan begitulah cepatnya kehilangan cinta dua orang kekasih
Ah……Beginilah hatiku membakar
dan kini menjadi warna debu revival.

Ah….. hanya terbayang kisah dahulu
Jikalau hanya kenalan sahaja bolehlah dilupai
Saat terakhir hanya bergelinangan air mata
Barulah sedar betapa dalamnya cinta itu

Ah……terkenangkan dia yang betapa baik hati
Tetapi sekarang menjadi biru gelap revival
Ah….hanya terbayang kisah dahulu
Esok mungkin berulang kembali....
 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template