Alhamdulillah.... blessed Sunday. Semalam matahari lansung tidak menunjukkan cahaya, pagi ni nampaknya pagi2 lagi sudah dilimpahi cahaya. Hajat di hati nak keluar untuk mencari rak kasut tapi bila cuaca dekat luar yang panas terik rasa malas dibuatnya. Tunggulah petang skit nanti kot2 mood rajin muncul.
Oh semalam berkesempatan melihat Tangled dalam versi 3D. Kalau dah namanya filem keluaran Walt Disney Productions, hasilnya pasti tidak mengecewakan. Gambar dan movement yang memang superb! Movie ni adalah adaptasi dari sebuah buku cerita dongeng Rapunzel. Tapi bila difilemkan ianya diubah jadi Tangled.
Sedikit review pasal filem ni, ceritanya bermula apabila seorang puteri raja iaitu Rapunzel yang semasa kecil telah di culik dari istana. Beliau diculik oleh seorang nenek tua iatu Mother Gothel. Ini kerana Mother Gothel tahu rambut Rapunzel yang mempunyai kuasa sakti yang boleh menyembuhkan penyakit dan juga boleh membantu dia dalam mengekalkan wajahnya supaya sentiasa muda. Dan kuasa sakti itu akan hilang apabila rambut Rapunzel dipotong. Oleh sebab itulah Rapunzel seorang puteri raja yang terkurung itu mempunyai rambut yang sangat2 panjang. Rapunzel yang telah diculik oleh Mother Gothel telah dibesarkan disebuah menara di dalam hutan. Di dalam menara itulah Rapunzel membesar. Dan dunia dia hanyalah menara tersebut dengan berteman Mother Gothel dan juga seekor sesumpah bernama Pascal. Selama 18 tahun terkurung di menara tersebut Rapunzel tidak dibenarkan turun dari menara tersebut apatah lagi bebas keluar merayau2 disekitarnya.
Cerita bermula apabila seorang pencuri yang licik iaitu Flynn Rider secara tidak sengaja terjumpa menara di mana Rapunzel tinggal apabila beliau cuba melarikan diri dari dikejar oleh seekor kuda putih yang bernama Maximus.
Diringkaskan cerita, Rapunzel yang sangat2 teringin hendak keluar dari menara tersebut kerana ingin melihat sendiri lantern yang terapung2 diudara setiap kali hari lahirnya telah membuat perjanjian dengan Flynn Rider. Syaratnya sangat mudah, Flynn Rider hanya perlu menunaikan hajat dia dengan membawa Rapunzel keluar dari menara tersebut untuk melihat lantern dan membawanya kembali semula ke menara tersebut. Sebagai balasan dia akan mengembalikan semula barang curian Flynn Rider. Pengembaraan menarik bermula sebaik sahaja Rapunzel mula menjejak kaki ke bumi yang mana tidak pernah dijejakinya selama 18 tahun. Nak tahu apa yang menarik sepanjang pengembaraan Rapunzel, haruskan sendiri ke panggung untuk menontonnya.

Tangled trailer
Secara keseluruhannya, cerita ini pasti menghiburkan dan ianya bersesuaian untuk tontonan sekeluarga. Dari 5 bintang, saya bagi 4.5 :)
0 comments:
Post a Comment