Tahun baru Islam telah hampir sebulan berlalu....tahun baru masihi bakal menjengah keesokan harinya... Kurang sejam sahaja lagi 2010 meninggalkan kita. Sambil menanti detik ketibaan 2011, saya cuba muhasabah diri. Dengan bertemankan Maher Zain dan juga Michael Jackson, saya mengimbau kembali setiap detik yang telah saya lalui sepanjang tahun ini. Oh tanpa saya sedar, banyaknya nikmat Allah yang saya dapat sepanjang tahun ini. Hanya saya saja yang tidak tahu mensyukurinya. Lemahnya saya ini kerana saya selalu membanding2kan apa yang saya ada dengan apa yang orang lain miliki. Walau pun hidup saya tidak sesempura orang lain, yang mana hidupnya saling lengkap melengkapi, tapi saya harus bersyukur walau pun saya sendiri saya mampu memiliki apa yang saya ada sekarang. Syukur ALHAMDULILLAH...itu yang mampu saya ucapkan di atas nikmat yang tidak terhingga dan Insya Allah saya akan berusahalah untuk menjadi hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur...InsyaALLAH.
Hari terakhir tahun 2010 saya habiskan masa bersendirian. Keluar bersantai bersendirian untuk memanjakan diri. Wang ringgit yang saya laburkan hari ini tidak ada nilainya untuk rasa bahagia yang saya dapat. Tapi saya tidak boleh selalu begini, kerana keinginan saya ini pelbagai... kalau selalu diturut boleh makan megi hari2 dibuatnya nanti.
Oh asyik sungguh alunan suara Mahir Zain ni sampai menusuk ke kalbu saya. Tiba2 hati saya rasa sayu... Saya tidak suka dengan rasa ini kerananya airmata saya cepat sangat mengalir. Saya berharap agar rasa ini tidak terbawa2 ke tahun baru. Moga rasa ini akan terus berlalu bersama tahun 2010. Saya mahu esok bila saya bangun, ada semangat baru dalam diri saya.
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your sideInsha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah... esok saya akan melangkah dengan semangat baru. Insya Allah saya cuba mengatur langkah hidup saya sebaik mungkin. Walaupun saya tahu saya pasti sakit dan terluka tapi saya yakin dipenghujungnya saya pasti menemui apa yang saya carikan. Doakan untuk saya.... Insya Allah.