02 January 2011

Pergi Tak Kembali

Hari kedua di tahun 2011. Hati saya tersentuh dengan berita kematian. Membelek2 berita arus perdana secara online, saya dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon berbakat pada mata saya Faizal Yusop. Walau pun beliau kurang popular, saya sangat suka dengan lakonannya. Saya mula meminati lakonan beliau dalam drama Adamaya. Dan sekarang sedang dimainkan Tiramisu. 

Beliau meninggal akibat serangan jantung. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Mati itu pasti... dan ia tidak akan tertangguh walau sesaat pun. Sekalung takziah untuk keluarga arwah. Dan lebih menyedihkan, isteri beliau sekarang sedang sarat mengandungkan anak sulung hasil perkahwinan keduanya. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)
Mendengar beberapa kematian mengejut disebabkan serangan jantung, saya menjadi sangat risau. Gaya hidup dan pemakanan kita sekarang memang begitu berisiko untuk mendapat penyakit seperti darah tinggi, kencing manis mahu pun serangan jantung. Nampaknya, saya kena bersungguh2 dengan usaha saya memasukkan bersenam secara konsisten sebagai salah satu cabaran tahun 2011 saya. Walau pun hanya berjoging ringan saya kena teruskan. Target saya mahu mengurangkan sekurang2nya 5kg untuk tahun ini. Insya Allah...

0 comments:

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template