01 April 2011

Dah bayar ke belum?

Pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan April. Bila menjelang April, perkara utama yang dalam kepala otak saya ni adalah nak isytiharkan cukai pendapatan. Walau pun dah buat potongan gaji, tapi perlu juga untuk mengisytiharkannya untuk rekod simpanan. Bagi anda yang berkelayakan, sudahkah anda mengisytiharkan dan membayar cukai pendapatan anda? Saya sudah.... anda bagaimana pula???


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)  memaklumkan bahawa penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010) melalui e-Filing bagi Individu dan Majikan boleh dilakukan mulai 1 Mac 2011. Pihak LHDNM juga menyeru semua pembayar cukai supaya menghantar segera borang nyata cukai pendapatan mereka melalui e-Filing dan tidak menunggu saat akhir pada 30 April 2011 bagi mengelakkan kesesakan talian.

 Perkhidmatan ini boleh dicapai terus melalui laman web  e-Filing atau
melalui laman web rasmi LHDNM.

Selain itu LHDN juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk mengisytiharkan cukai pendapatan. Selain e-filing di internet, LHDN menggunakan bayaran termasuk menerusi Potongan Cukai Berjadual (PCB), memperkenalkan e-service atau perbankan internet seperti CIMB Bank, Bank Islam, Public Bank, Hong Leong Bank dan Maybank2u/Maybank2e. Jadi tidak ada alasan untuk kita melambat2kan pembayaran atau pengisytiharan cukai pendapatan tahunan kita.

LHDNM juga ingin mengingatkan semua Pembayar Cukai agar mengemukakan maklumat yang tepat dan mengistiharkan cukai pendapatan mereka dengan betul. Setiap dokumen sokongan berkaitan pelepasan cukai dan perbelanjaan yang dituntut dalam mengira cukai pendapatan, hendaklah disimpan selama 7 tahun bagi tujuan auditan oleh LHDNM.
     
Bagi penjawat-penjawat awam, bermula tahun 2010, penyata gaji tahunan tidak lagi dikeluarkan secara bercetak. Semua penjawat awam boleh memuat turun penyata tersebut di laman web berikut e-Gaji bagi tujuan pengisytiharan cukai pendapatan. Kini segala urusan menjadi semakin mudah kerana semuanya boleh dilakukan di atas talian sahaja.

 
LHDNM akan menjalankan tindakan penguatkuasaan seperti audit dan penyiasatan mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967. Tindakan tersebut akan diambil sekiranya LHDNM mendapati terdapat sebarang keraguan atas maklumat dan cukai pendapatan yang telah diistiharkan oleh setiap Pembayar Cukai.
        
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan hal ehwal percukaian, boleh dikemukakan melalui talian telefon ke Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di 1-300-88-3010 atau email callcentre@hasil.gov.my.

2 comments:

Azariah Kamis said...

thanks sudi jenguk belog aza...

nak byar gak la..hee...

salam ukhuwah dri aza..

:)

MakSue said...

Hi Aza...

hehehe bayar jangan tak bayar :)
senang2 dtg le lagi ye

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template