04 October 2013

Sarapan

Assalammualaikum...

Salam pagi Jumaat. Alhamdulillah kita diberi kesihatan yang sihat lagi pagi ni. Mesti ramai bermuka ceria pagi ni kan. Almaklumlah.... hari Jumaat... esok  sabtu cuti! Maksue pun apa kurangnya. Biasa Jumaat ni semangat kerja dia luar biasa sikit. Sama ada terlebih bersemangat atau lansung tak bersemangat. Maksue dalam kategori yang kedua..... takde semangat lansung nak siapkan kerja. hahahaha rasanya bukan hari Jumaat je perasaan macam tu tapi hari2. Nampaknye kena hantar pergi kem motivasi Maksue ni kan....

Korang sarapan apa pagi ni? Jangan lupa sarapan tau, penting tu sarapan pagi untuk menjana tenaga untuk bekerja seharian. Seeloknya kita ambil sarapan yang sihatlah kan. Tapi biasa rakyat Malaysia ni, bila sebut sarapan tak boleh dipisahkan dengan gula & minyak. Hahaa nape Maksue kata macam tu? Biasalah kan.. kalau sarapan mesti dengan air2 manis... teh tarik... milo panas, kopi ais... hehehe ada ke yang minum ais pagi2? Kalau boleh elakkan lah ye... walau pun kadang2 Maksue pun terlajak gak pagi2 dah minum ais....

Untukk melengkapkan sarapan, pasti tak jaud dari nasi lemak.... roti canai... kurang2 pun mihun goreng... mee goreng. Maksue pagi ni sarapan mihun goreng berlaukkan sambal kerang. Hiksss sihat ke tak sihat sarapan pagi Maksue tu? Apa2 pun Maksue kena dapatkan tenaga untuk bekerja hari ni. Dalam keadaan mode berkerja di tahap sifar haruslah sarapan heavy skit kan....

0 comments:

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template