Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts

26 October 2013

Bila Besi Kurang

Assalammualaikum...

Lahai lama sungguh Maksue tak melunaskan tanggungjawab yang satu ini... derma plasma. Boleh dikatakan setiap minggu berkunjung ke Pusat Darah tapi seperti biasa akan balik dengan rasa kecewa. Sebabnya, bila nak derma setiap kali buat ujian kandungan hemoglobin pasti tak cukup je jumlahnya. Lahaii dah makan macam2 dah bagi naik kandungan besi ni tapi tak cukup jugak. Hehhehe nak kena makan besi betul baru cukup kot....

Macam hari ni, 3 kali buat ujian... bacaannya bukan makin naik tapi makin turun adalah.... mula2 test bacaan 12.3... buat 2nd test turun pulak 11.6. Rasa tak puas hati minta lagi test sekali lagi.... haaa ambik kau terus drop jadi 10.0. Hmmm nampaknye kena gigih jadi popeye lagi ni kunyah bayam banyak2.

Untuk bacaan normal, kandungan hemoglobin bagi wanita adalah sekitar 11.5 hingga 16.5 g/dl dan bagi lelaki pulak adalah 13.0 hingga 18.0 g/dl. Untuk melayakkan pendermaan darah atau pun plasma platelet kandungan mesti 12.5 g/ dl keatas.

So hari ni Maksue memang tak layak le sebab hemoglobin drop sampai 10.0 g/dl

08 September 2013

Pendermaan Organ

Kita biasa didedahkan dengan pendermaan wang ringgit, makanan mahu pun keperluan asas. Di Malaysia, pendermaan organ bukanlah suatu perkara yang asing. Pendermaan organ merupakan salah satu kaedah perubatan yang boleh diterima dikalangan masyarakat kita walau pun masih ada segelintir yang masih tidak dapat menerimanya terutama pendermaan organ bagi mereka yang telah meninggal dunia.

Dari sudut Islam, pemindahan organ hukumnya adalah harus berserta dengan syarat-syarat seperti di bawah:
  • Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit 
  • Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima organ. 
  • Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah S.W.T.
  • Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.
Fatwa asas mengenainya telah dibuat sejak pada tahun 1970 lagi. Jawatankuasa Fatwa Bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam mesyuaratnya yang pertama pada 23 & 24 Jun 1970 telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung daripada orang mati kepada orang hidup hukumnya harus.


Sejak tahun 1999 kad Pengikrar Penderma Organ telah dilancarkan sebagai kad indikasi pendaftaran seseorang itu sebagai pengikrar penderma organ.  Bagi mereka yang mempunyai niat yang ikhlas untuk menderma, mereka boleh berdaftar sebagai penderma. Dan bagi yang telah mendaftar adalah penting untuk memaklumkan kepada ahli keluarga bahawa mereka adalah penderma organ yang berdaftar. 

Sebagai penderma, mereka boleh memilih organ atau tisu yang henda didermakan. Untuk organ, antara yang boleh didermakan adalah hati, paru-paru, jantung dan juga buah pinggang. Manakala untuk tisu pula adalah mata (kornea), injap jantung, kulit dan juga tulang.

Untuk pengetahuan, pendermaan organ terbahagi kepada 2 iaitu :-

Pendermaan organ kadaverik
Penderma Kadeverik adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat digalakkan dan diutamakan di negara kita. Ianya tidak memberikan risiko kepada penderma.

Pendermaan organ semasa hidup

Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan sum-sum tulang sahaja. 

Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada 2 jenis iaitu: 
•    Pendermaan ada pertalian saudara (Living Related
•    Pendermaan tiada talian saudara (non-living Related

Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri sahaja. Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang dan, atau sebahagian hati sahaja.

Terima kasih kepada mereka yang telah mendaftar sebagai penderma. Semoga niat murni anda itu dapat menyelamatkan nyawa bagi mereka yang memerlukan.

18 March 2011

Tandas Mengundang Padah

Cara penggunaan tandas yang salah boleh membawa kecelakaan kepada diri sendiri. Apa yang menjadi kebiasaan kita ialah untuk tandas yang jenis duduk tetapi  kita bertinggung di atasnya. Saya adalah salah seorang daripada kalangan mereka yang menjadikan amalan seperti itu sebagai satu kebiasaan. Biasanya apabila berkunjung ke tandas awam, amalan bertinggung di atas tandas duduk merupakan satu fenomena biasa bagi sesetengah kita. Mungkin disebabkan jijik untuk duduk atau pun memang sudah jadi satu tabiat. Sebenarnya tanpa kita sedari, amalan seperti ini boleh mengundang padah kepada diri kita sendiri. Saya juga seringkali hampir terjatuh bila mula memanjat di atas tandas tersebut disebabkan selipar yang agak licin. Tapi masalahnya saya masih tidak mengambil iktibar dan masih menjadikan amalan bertinggung di atas tandas duduk sebagai satu kebiasaan. Untuk tandas jenis ini, saya hanya akan duduk untuk tandas di rumah saya sahaja. Kalau tandas di rumah orang atau pun tandas awam memang saya akan bertinggung walau pun saya tahu bahaya yang menanti.

Tapi pagi ini dapat email dari sahabat saya mengenai padah bertinggung di atas tandas duduk membuatkan saya hampir pitam. Ya Allah... ngerinya!!! Moga menjadi pengajaran kepada diri saya yang suka bertinggung di atas tandas duduk ni. Lepas ni kalau nak guna tandas awam, kenalah cari tandas yang jenis leper tu!

Agaknya orang ni tengah bertinggung atas tandas tu dan tandas tu runtuh agaknya... lahai ngerinyaaaa!!!



 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template