06 January 2014

Demam Piala Dunia FIFA

Assalammualaikum...
Huh! Mabuk ke apa Maksue ni kan... awal tahun dah demam piala dunia FIFA atau FIFA World Cup ni apa kes kan.... Musim piala dunia lambat lagi ni takkan dah demam kot.

Hehehe sebenarnya Maksue jeles tgk member Maksue dpt bergambar dengan piala world cup sempena misi jelajah FIFA World Cup kat PWTC ahad hari tu. Pergh bukan main berlagak lagi dia. Tapi takpelah dah dia memang gigih berasak2 kat PWTC tu. Kalau Maksue tak sanggupnye....

Sebenarnya FIFA World Cup 2014 ni lambat lagi. Jadual perlawanannya bulan Julai nanti tu haaa... tapi sekarang ni dorang dlm rangka promosi le tu, buat misi jelajah World Cup kebeberapa negara sempena FIFA World Cup 2014 yang akan berlansung beberapa bulan lagi. Dan Malaysia tidak terkecuali sebagai negara bertuah tempat persinggahan piala tu. Hehehe tak dapat masuk world cup, jadi tempat singgah piala pun jadilah kan. At least jejak jugak piala tu ke tanah Malaysia ni.

Untuk FIFA World Wup 2014 atau piala dunia FIFA 2014 kali ni akan beraksi di Brazil. Agak2 tahun ni pasukan mana ye yang akan menjulang piala berprestij ni? Maksue tetap setia dengan pasukan favourite Maksue Argentina.

Hehehe korang sokong pasukan mana pulak untuk FIFA World Cup 2014 kali ni?

Online Shopping

Assalammualaikum,
Dalam zaman IT ni dimana semua perkara boleh dilakukan dengan hanya menekan satu butang saja. Sekarang ni nak membeli belah pun orang lagi suka buat atas talian je... Maksue jugak tidak terkecuali. Semenjak dua menjak ni menjadi2 pulak keinginan nak shopping online ni. Lebih2 lagi harga yang ditawarkan secara online lebih murah jika dibanding dengan harga di kedai untuk produk yang sama.

Tapi dalam keghairahan membeli belah atau online shopping ni kena hati2 skit ye, jangan sampai tertipu. Sebaiknya kalau nak juga online shopping ni, pastikan kita beli dari penjual yang memang dah terbukti baik urusniaganya. Dan seeloknya online shopping dibuat dari laman web yang memang terbukti laman web yang sah dan dapat review yang elok dari pembeli sebelumnya.

Maksue tgh tunggu barang jugak ni hasil dari online shopping tempohari. Awal2 tahun dah gigih membeli belah. Tapi Maksue bukan shopping ikut nafsu ye... Maksue shopping barang yang Maksue memang perlu. Ni ler barang yang Maksue dok tunggu2 ni. Harap esok sampai ler tu. Baru tadi pun shoppingnye... tapi tadi dapat email dah kata barang dah dipos. Memang excellent ler service dia. Byk kali dah shopping kat situ. Later Maksue cerita ye....

Ni ler barang2 yg Maksue dok tunggu2 tu.... harap barang yang sampai sama macam yg di publish kat web tu :)

Ni Maksue beli laptop backpack. Ada diskaun 31% ni. Beg ni Maksue beli dari lazada.com.my. Satu yang Maksue suka beli dekat Lazada ni selain ada diskuan best2, kita diberi pilihan cash on delivery. Sevice dia pun cepat. Order hari ni esok barang sampai. Dah banyak kali jugak beli barang dari Lazada ni.



Ni powerbank yang memang dah lama sangat nak beli. Ni pun ada diskaun 20.1%. Hahaha boleh pulak ada 1 kat belakang tu. Kenapa le tak buat 21% terus. Ni Maksue beli dari superbuy.my. Maksue suka beli dekat website ni sebab memang jual yang original saja. Mungkin agak mahal dibanding dengan website lain yang penting barang yang sampai originalkan. Apa2 masalah boleh claim warranty.

kalau korang selalu online shopping kat mana?

05 January 2014

Shopping Free


Assalammualaikum,

Shopping free... siapa yang tak suka kan? Hehe Maksue lagi le suka, asalkan free je pasti buat senyum Maksue lebar sampai ke telinga.

Voucher kat atas tu Maksue dapat dari contest Huawei. Alhamdulillah submit dua nama dan dua2 tu sangkut. Contest ni tak perlukan apa2 POP... just ambil gambar yang ada logo Huawei dan buat slogan based on gambar yang kita ambil. Untuk contest ni ada daily winner dgn weekly winner. Daily akan ada 3 orng pemenang setiap hari. Hadiahnya voucher Giant RM100... untuk weekly pulak akan dapat smartphone Huawei. Maksue dapat menang daily tu pun syukur alhamdulillah...

Voucher ni dah digunakan separuh... ada lagi separuh tak guna. Expired date dia pun lambat lagi...

Untuk tahun ni cuba nak aktifkan diri lagi dengan contest terutamanya offline contest. Tapi biasa offline contest ni memerlukan modal jugak untuk POP. Tapi tak apa, untuk dapatkan hasil kena buat sedikit pelaburankan. Harap2 tahun 2014 ni ada ler sangkut menang gadjet atau pun cash kan... Insya Allah ada rezeki tu nanti :)
Nota Kakiku :
 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template