30 January 2011

Fly Me To The Moon


Fly me to the moon
Let me play among the stars
Let me see what spring is like
On a-Jupiter and Mars
In other words, hold my hand
In other words, baby , kiss me

Fill my heart with song
And let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, I love you

22 January 2011

Teater Muzikal Tun Mahathir 2


Hari ini saya hendak menitipkan sedikit ulasan tentang teater muzikal Tun Mahathir 2 yang saya tonton semalam. Segala yang dipentaskan dalam muzikal ini adalah suka duka dan momen peribadi milik tokoh terulung negara. Melalui pementasan ini juga, penonton dapat mengetahui serba sedikit tentang latar kehidupan mantan Perdana Menteri Malaysia ini yang tidak diketahui umum.


Sebaik sahaja usai menonton muzikal Tun Mahathir 2, terasa satu kepuasan yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata2. Keluar sahaja dari dewan Panggung Sari, pelbagai perasaan menguasai diri saya. Yang pastinya perasaan sebak begitu mendominasi diri saya sepanjang menonton detik2 perjuangan tokoh agung yang menjadi idola saya itu. Tidak tergambar oleh saya pahit getir perjuangan yang digalas dibahu pemimpin agung itu. Dalam muzikal tersebut, saya disedarkan betapa besarnya jasa yang dicurahkan oleh beliau. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, segala pembanguan dan kemajuan yang kita kecapi sekarang ini adalah atas usaha beliau. Melihat paparan dilayar gergasi imbasan pembangunan yang diilhamkan oleh Tun Mahathir, dari hanya lakaran idea sehingga semuanya berjaya direalisasikan begitu menyentuh hati saya.

Mengimbas muzikal yang dipentaskan, kita dapat menyelami kehidupan Tun Mahathir dari zaman kanak-kanak sehingga ke zaman beliau melepaskan jawatan sebagai  pemimpin terulung. Dasarnya Tun  Mahathir dilihat sebagai tokoh yang begitu berwibawa mengemudi Malaysia sehingga menjadi negara ulung di mata dunia.  Di angkat sebagai salah seorang pemimpin terbaik dunia. Namun hakikat, Tun dalam sebuah kehidupan peribadinya hanya seorang anak kampung biasa daripada Kedah  yang pernah menjadi seorang peniaga belon dan penjual air halia. Zaman kecilnya juga seperti kanak2 lain, bebas berbasikal bersama rakan mengelilingi  kampung. Cuma yang membezakan Mahathir dengan kanak2 lain, beliau begitu mencintai  buku sehinggakan setiap masa senggang dihabiskan dengan membaca buku tanpa jemu.

Lebih daripada itu, lelaki yang selalu dilihat dalam karisma tersendiri dan bijak berhujah dan melontarkan idea2 yang tidak terjangka dek orang lain ini  sebenarnya adalah seorang lelaki yang sangat pemalu terhadap wanita. Lantas bagaimana beliau menterjemahkan cintanya buat Tun Dr. Siti Hasmah juga turut dipertontonkan. Dari sini saya boleh melihat sisi lain insan yang bergelar Tun Mahathir Mohamad ini.

Zaman Kanak2
Mengimbau zaman kanak2 Tun, jelas diceritakan beliau seorang kanak2 yang sangat bijak dan gemar membaca buku. Pemikiran beliau sangat jauh beza dengan rakan seusia. Sejak zaman kanak2 Tun juga gemar berniaga dengan menjual belon. Pelakon cilik Shafieq Shazwan begitu berjaya membawa watak Tun dizaman kanak2nya. Dan watak ayah yang dilakonkan oleh Dato' Jalaluddin Hassan juga tidak kurang hebatnya.

Zaman Remaja
Watak zaman remaja Tun dilakonkan oleh Pelakon Ezani. Tun yang minatnya lebih kepada peguam tapi tidak kesampaian. Dan telah diarahkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Dan apabila beliau telah melanjutkan pelajarannya di Kolej King Edward VII  di Singapura. Dan di sini jugalah bermulanya bibit2 percintaan beliau dengan Tun Siti Hasmah yang wataknya dipegang oleh Misha Omar. Jelas diceritakan Tun pada zaman remajanya begitu sangat pemalu dengan wanita.

Dalam zaman ini, tumpuan lebih diberi pada kehidupan Tun pada zaman penjajah. Walaupun  masih menuntut tetapi Tun merupakan seorang pemuda yang berani memperjuangkan hak-hak Melayu apabila British memperkenalkan Malayan Union. Tun begitu lantang menentang penjajahan di Tanah Melayu. Dan di sinilah bermulanya penglibatan Tun dalam arena politik.

Zaman Dewasa
Pada zaman inilah jelas diceritakan segala perjuangan Tun Mahathir. Di sini banyak sekali menceritakan kisah hidup Tun yang sudah mula berkecimpung dengan serius dalam arena politik dan UMNO. Daripada bermulanya beliau menyertai UMNO di peringkat negeri Kedah, membawa kepada perlantikannya dalam MAGERAN, dilantik sebagai Menteri Pelajaran, kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya sebagai Perdana Menteri.

Dan babak yang paling menyentuh hati ialah apabila ditayangkan di layar putih, hari di mana Tun mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam semua jawatan yang beliau sandang.Walau pun sudah lama berlalu, tapi bila melihat imbasan semula itu, hati saya sangat2 tersentuh. Kesannya dapat kita semua lihat hingga ke saat ini. Bukannya saya menidakkan kewibawaan kepimpinan kita sekarang dalam mengemudi Malaysia ye cuma saya lebih selesa di bawah kepimpinan beliau.

Sejujurnya, saya sangat berpuas hati dengan muzikal kali ini. Bukan suatu yang mudah untuk mengangkat kisah perjalanan hidup seorang tokoh disegani ke pentas teater. Mungkin lebih senang menjadikannya sebagai dokumentari tetapi untuk mengolah dan mempersembahkan kepada umum, suatu kerja yang begitu mencabar. Sekalong tahniah dari saya untuk semua warga kerja dan para pelakon yang mampu merealisasikan teater ini. Dan setinggi2 terima kasih kepada pengarahnya Rosminah Tahir kerana menghadiahkan kepada kami rakyat Malaysia sebuah rentetan kisah hidup negawaran terulung ini. Saya tahu hasil tangan beliau pasti tidak mengecewakan. Menonton dalam barisan hadapan cukup2 mengujakan kerana setiap babak yang dilakonkan dapat dilihat dengan jelas.

Oh selain garapan cerita yang sangat baik, lagu2 dalam muzikal ini juga saya sangat2 suka terutamanya lagu Teduhan Cinta dan Insan Penakluk. Semalam beli CD lagu tersebut dan hari ni asyik melayan 2 lagu tersebut berulang2 kali.

Bagi yang belum menonton, pergilah dapatkan tiket. Tidak rugi untuk anda menonton. Marilah kita sama2 menghayati pengorbanan dan sumbangan yang telah Tun Mahathir berikan kepada Malaysia sehingga sampai keperingkat sekarang. Dan selagi ada hayatnya, hormatilah dan kenanglah jasanya kepada negara. Jangan nanti bila beliau pulang kepada Pencipta-Nya, barulah kita meratap hiba. Sedangkan semasa hidupnya, beliau dicerca. Jika tiba saatnya itu nanti, semuanya sudah tidak berguna.

17 January 2011

Cerita Tentang Teater

Tiket sudah dibeli hanya menunggu masa untuk pergi. Sungguh tidak sabar untuk menunggu 2 tarikh di atas. Sudah lama saya tidak berlakon  menonton teater sebenarnya. Sudah lebih 10 tahun dan kalau tak silap saya teater terakhir yang saya tengok adalah teater Siti Zubaidah. Sungguh saya tidak sabar untuk menonton kedua2 teater di atas. Muzikal Tun Mahathir yang pertama dulu saya tidak berkesempatan untuk menonton. Ada sedikit rasa terkilan sebenarnya sebab terlepas pementasan pertama dulu. Alhamdulillah, Muzikal Tun Mahathir (MTM) dipentaskan semula. Jadinya kali ini saya pastikan saya tidak terlepas sekali lagi. Sudahnya saya beli tiket untuk pementasan malam pertama. Sungguh tidak sabar. Teater kedua Terima Kasih Cinta.... pementasan untuk bulan Februari. Huh!! lambat lagi... Harap jalan ceritanya sehebat filem CINTA dilayar perak. 

Untuk MTM2 dengarnya dipentaskan tanpa Erra Fazira yang mana sebelum ini beliau memegang watak Tun Siti Asmah masa zaman remaja. Watak Erra akan diganti oleh Elly Mazlin. Tidak kisahlah siapa yang membawa watak itu asalkan jalan cerita dan penghayatannya masih kekal. Dan dengar2 juga MTM2 dipentaskan semula selain atas permintaan ramai, ianya juga atas permintaan Tun Mahathir sendiri kerana pementasan pertama dulu beliau tidak berkesempanan untuk menonton. Harap2 nanti Tun M akan hadir untuk tayangan malam pertama. Kita jumpa di Panggung Sari, Istana Budaya pada 21 Januari nanti ya... Jumpa anda di sana ;)

16 January 2011

Mari Berdiet

Kebelakangan ini saya selalu mengalami masalah bila berjalan tapak kaki sampai ke paras buku lali selalu sakit2. Mungkin ini salah satu simptom2 kaki saya sudah tidak mampu menampung berat badan. Saya kena melalukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini dari terus berlarutan. Nampaknya saya kena mengawal penambahan berat badan saya atau dengan kata lain mengurangkan sedikit berat badan. Nampaknya saya kena nekadkan diri untuk berdiet. Selain itu saya nampaknya kena merajinkan diri untuk bersenam.

di mata umum, diet sering dikaitkan dengan mengurangkan jumlah pengambilan makanan untuk tujuan mengurangkan berat badan. Tapi kalau merujuk kepada pakar2 kesihatan diet sebenarnya adalah penyusunan makanan yang betul dan seimbang yang perlu diselaraskan pengambilannya setiap hari. Diet menyediakan keperluan zat gizi tubuh yang diperlukan untuk pertumbuhan dan mempertahankan kesihatan yang optimum.  Setiap individu berlainan keperluan makanannya. Jadi, diet setiap individu juga berbeza mengikut keperluan individu.
Tubuh memerlukan lima zat gizi utama iaitu protien, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.

4 bermaksud sihat dan 5 adalah sempurna.

Empat unsur diet yang dimaksudkan ialah nasi, jagung dan roti yang menghasilkan sumber karbohidrat. Manakala daging, tempe, ikan dan tauhu adalah sumber yang kaya dengan protein. Untuk sumber vitamin pula boleh diperolehi daripada sayur dan buahan. Manakala keperluan mineral boleh diambil daripada sumber makanan berserat.

Unsur kelima yang membuat diet dikatakan sempurna adalah susu yang mengandungi hampir semua unsur gizi. Diet yang mengandungi semua unsur yang diperlukan dalam jumlah yang cukup disebut diet seimbang. Vitamin dan mineral sudah termaktub di dalam konsep diet seimbang. Justeru itu, zat2 gizi tersebut tidak perlu ditambah secara berlebihan kecuali pada masa diperlukan seperti ibu2 yang hamil atau pun dalam proses penyembuhan dan tumbesaran untuk kanak2.

Jadinya, dalam proses diet saya nampaknya saya kena bijak  dalam pemilihan makanan. Huh! cabaran  besar ni buat saya yang memang kuat makan dan untuk mengubah tabiat pemakanan kurang sihat saya kepada pola pemakanan yang lebih sihat... Chaiyok!! Chaiyok!!!

14 January 2011

H.O.P.E


It's just so hard to wait around for something that you're not even sure is actually going to happen. 
But you can't seem to give up when you know it's everything you've ever wanted.

02 January 2011

Pergi Tak Kembali

Hari kedua di tahun 2011. Hati saya tersentuh dengan berita kematian. Membelek2 berita arus perdana secara online, saya dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon berbakat pada mata saya Faizal Yusop. Walau pun beliau kurang popular, saya sangat suka dengan lakonannya. Saya mula meminati lakonan beliau dalam drama Adamaya. Dan sekarang sedang dimainkan Tiramisu. 

Beliau meninggal akibat serangan jantung. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Mati itu pasti... dan ia tidak akan tertangguh walau sesaat pun. Sekalung takziah untuk keluarga arwah. Dan lebih menyedihkan, isteri beliau sekarang sedang sarat mengandungkan anak sulung hasil perkahwinan keduanya. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)
Mendengar beberapa kematian mengejut disebabkan serangan jantung, saya menjadi sangat risau. Gaya hidup dan pemakanan kita sekarang memang begitu berisiko untuk mendapat penyakit seperti darah tinggi, kencing manis mahu pun serangan jantung. Nampaknya, saya kena bersungguh2 dengan usaha saya memasukkan bersenam secara konsisten sebagai salah satu cabaran tahun 2011 saya. Walau pun hanya berjoging ringan saya kena teruskan. Target saya mahu mengurangkan sekurang2nya 5kg untuk tahun ini. Insya Allah...

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template