Showing posts with label Health and Beauty. Show all posts
Showing posts with label Health and Beauty. Show all posts

15 April 2011

Tips Tingkatkan Metabolisma

Sumber : I Luv Islam
Penulis : Kevin Zahri

Ramai yang mengalami masalah berat badan. Bagi mereka yang obese, adalah metabolisma mereka lebih rendah berbanding mereka yang lebih kurus? Hmmm mungkin tapi tahukah anda apa itu metabolisma?

Metabolisma adalah jumlah keperluan tenaga atau kalori untuk fungsi asas badan anda. Pada setiap masa, samada tidur, senaman, mandi dan lain-lain, badan sentiasa membakar kalori. Metabolisma badan anda menentukan penggunaan tenaga badan. Tahukah anda kadar keperluan kalorie seharian anda? Ia tidak sama bagi semua. Ia bergantung kepada umur, jantina, berat badan, tinggi dan kadar aktiviti anda.

Tip-tip untuk Tingkatkan Metabolisma

Baiklah. Walaupun kadar metabolisma harian badan ataupun BMR (basal metabolic rate) adalah tetap, anda masih boleh amalkan tip-tip berikut untuk naikkan metabolisma badan anda.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).
  2. Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Yup. Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!
  3. Makanan pedas. Hmm walaupun saya sendiri kurang gemari makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.
  4. Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah. Baca disini mengenai baik-buruk coffee dan caffeine.
  5. Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.
  6. Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.
  7. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan. Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.
  8. Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula dan lain-lain.
  9. Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan dll dapat membantu tingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan paling kurang 20minit kardio 2-3x seminggu.
  10. Suplemen pembakar lemak (fat burner). Pernahkah anda tahu bagaimana suplemen pembakar lemak itu berfungsi? Hmm dan kenapa pulak "bakar" lemak? Kandungan utama kebanyakkan pembakar lemak popular di Malaysia dan dunia seperti Lipo6, JusMate5, Hydroxcut dan lain-lain adalah guarana, caffeine, ma huang dan lain-lain. Objektif ingredient ini bukanlah untuk "bakar" lemak tetapi untuk tingkatkan dengutan jantung, kadar pengederan darah - tingkatkan metabolisma. Adakah ia sesuai? Ah itu bergantung kepada individu. Tetapi seperti mana-mana ramuan, ia tidak membawa hasil yang sama untuk setiap orang.

08 April 2011

AWAS! Tiruan!

Sekarang heboh berkenaan dengan telur tiruan buatan China. Hai  China ni memang inovatif betul ler.... selain dari meniru peralatan2 lain sampai telur pun dia mampu buat tiruan. Bagi penggemar2 telur, lepas ni kena berhati2 ketika membeli telur. Hai macam2 manusia, demi mengaut keuntungan sanggup menggadai nyawa orang lain.

Telur tiruan ini ditemui di Georgetown, P. Pinang yang menyerupai telur ayam gred A dan dikatakan mengandungi bahan kimia berlebihan. Pendedahan ini juga telah dibuat oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Telur ayam tiruan yang diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang. Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar. Jadi lepas ni, kalau nak beli telur yang dijual dengan harga murah, pastikan anda membelek telur itu satu persatu. Kalau telur yang mahal mcm yang ada Omega3 ke tu susah sikit le kot dia nak tiru. Jadi, berhati2lah yer...

PEGAWAI penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang memeriksa telur ayam di Pasar Pulau Tikus hari ini berikutan pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung penjualan telur ayam tiruan di pasar itu semalam. Sebanyak 270 butir telur ayam dari tiga gerai di pasar berkenan disita dalam pemeriksaan itu. - Foto BERNAMA

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi kelmarin, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.

Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.

Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.

Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.

Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar


Cara mengenal telur tiruan:

  1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Sumber : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)


17 February 2011

Things You Didn't Know About Sleep

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas :)






16 January 2011

Mari Berdiet

Kebelakangan ini saya selalu mengalami masalah bila berjalan tapak kaki sampai ke paras buku lali selalu sakit2. Mungkin ini salah satu simptom2 kaki saya sudah tidak mampu menampung berat badan. Saya kena melalukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini dari terus berlarutan. Nampaknya saya kena mengawal penambahan berat badan saya atau dengan kata lain mengurangkan sedikit berat badan. Nampaknya saya kena nekadkan diri untuk berdiet. Selain itu saya nampaknya kena merajinkan diri untuk bersenam.

di mata umum, diet sering dikaitkan dengan mengurangkan jumlah pengambilan makanan untuk tujuan mengurangkan berat badan. Tapi kalau merujuk kepada pakar2 kesihatan diet sebenarnya adalah penyusunan makanan yang betul dan seimbang yang perlu diselaraskan pengambilannya setiap hari. Diet menyediakan keperluan zat gizi tubuh yang diperlukan untuk pertumbuhan dan mempertahankan kesihatan yang optimum.  Setiap individu berlainan keperluan makanannya. Jadi, diet setiap individu juga berbeza mengikut keperluan individu.
Tubuh memerlukan lima zat gizi utama iaitu protien, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.

4 bermaksud sihat dan 5 adalah sempurna.

Empat unsur diet yang dimaksudkan ialah nasi, jagung dan roti yang menghasilkan sumber karbohidrat. Manakala daging, tempe, ikan dan tauhu adalah sumber yang kaya dengan protein. Untuk sumber vitamin pula boleh diperolehi daripada sayur dan buahan. Manakala keperluan mineral boleh diambil daripada sumber makanan berserat.

Unsur kelima yang membuat diet dikatakan sempurna adalah susu yang mengandungi hampir semua unsur gizi. Diet yang mengandungi semua unsur yang diperlukan dalam jumlah yang cukup disebut diet seimbang. Vitamin dan mineral sudah termaktub di dalam konsep diet seimbang. Justeru itu, zat2 gizi tersebut tidak perlu ditambah secara berlebihan kecuali pada masa diperlukan seperti ibu2 yang hamil atau pun dalam proses penyembuhan dan tumbesaran untuk kanak2.

Jadinya, dalam proses diet saya nampaknya saya kena bijak  dalam pemilihan makanan. Huh! cabaran  besar ni buat saya yang memang kuat makan dan untuk mengubah tabiat pemakanan kurang sihat saya kepada pola pemakanan yang lebih sihat... Chaiyok!! Chaiyok!!!

14 April 2008

Terapi SPA - Manjakan Diri Anda

Pusat terapi spa kini tumbuh bagaikan cendawan. Bagi mereka yang begitu mementingkan kecantikan pastinya tidak pernah jemu untuk berkunjung ke spa bagi menjalani rawatan yang disediakan. Rawatan spa kini bukan sahaja terhad kepada golongan wanita semata-mata. Kaum lelaki juga kini boleh menikmati keistimewaan yang terdapat di pusat spa sama seperti kaum wanita.

Mengembalikan Kesegaran
Spa merupakan salah satu bentuk perawatan tubuh yang terdiri daripada pelbagai jenis dan tahap perawatan. Spa turut membantu dalam mengekalkan kesihatan tubuh dan ketenangan jiwa sehinggat kesihatan tubuh meningkat. Tujuannya adalah untuk mengembalikan kesegaran mental, fizikal dan jiwa. Antara tahap-tahap perawatan yang disediakan dalam terapi spa ini bermula dengan urutan, mandi wap atau sauna, mandi rempah, lulur serta skrub tubuh mengikut alunan muzik yang mengasyikkan di samping suasan yang tenang serta mendamaikan. Maka tidak hairanlah terapi spa sering dianggap sebagai tempat untuk menghilangkan tekanan dan kepenatan setelah penat bekerja saban hari.

Terapi spa sebenarnya amat terkenal di negara Eropah sebagai medium untuk kesihatan. Manakala masyarakat Jawa pula mengenalinya dngan istilah Tirta Husada. Kemudian seiring dengan perkembangan waktu, terapi spa turut mengalami inovasi. Sebelum menjalani terapi spa, ketahui dulu jenis perawatannya yang tersendiri. Kini terdapat perawatan terbaru bagi spa antaranya adalah medical spa. Terapi jenis ini menitikberatkan kepada kecantikan yang menggabungkan antara unsur perubatan dan terapi konvesional.


Di pusat terapi spa disediakan juga bermacam-macam jenis terapi. Ia bukan hanya untuk ketenangan fizikal dan mental tetapi juga untuk detoksifikasi, insomnia, pemeliharaan atau spa rambut serta lengkap dengan kemudahan manicure dan pedicure khusus untuk perawatan kuku kaki dan tangan.

Ciri-cir terapi spa
Perkara paling penting yang harus anda lakukan ketika mula-mula datang ke pusat rawatan spa adalah bertemu dengan spa programmer. Luahkan segala masalah dan keluhan anda hingga menyebabkan anda datang ke situ. Luangkan masa selama 15 hingga 20 minit. Mengetahui jenis rawatan yang sesuai dengan keadaan kesihatan, fizikal dan rohani anda sangat penting. Beritahu apa yang sedang anda alami dan jenis rawatan yang ingin anda nikmati. Jika anda mempunyai penyakit, usah ragu untuk bercerita agar anda dapat mendapat terapi yang sesuai.

Sewaktu mengunjungi spa, buang tabiat buruk anda seperti merokok dan minum alkohol. Sebaiknya sebelum atau sewaktu menjalani spa elakkan daripada mengambil sebarang makanan. Jika anda sudah biasa bersolek dan gemar memakai aksesori, elakkan memakainya sewaktu menjalani rawatan spa. Bersihkan alat solek dan tanggalkan aksesori untuk memudahkan terapi yang dilakukan.

Dalam rawatan spa, disarankan untuk menanggalkan seluruh pakaian terutama ketika terapi lulur, skrub dan urutan dilakukan. Anda tidak perlu risau bagaimana penampilan anda ketika itu kerana anda akan diberi kain penutup khas. Spa yang baik juga mengutamakan privacy dan keselesaan pengunjung. Terapi muzik juga disediakan untuk suasa yang lebih releks.

09 April 2008

Refleksologi Seni Pemulihan Kesihatan

Refleksologi bukan sekadar urutan biasa. Titik tapak dan daerah-daerah refleksi perlu diketahui terlebih dahulu untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mengenainya. Refleksologi adalah kaedah perubatan kuno yang diamalkan di China, India dan Mesir sejak beribu-ribu tahun dahulu. Malah, kaedah yang sama diamalkan penduduk asli Amerika dan Eropah. Namun, refleki lebih dahulu diperkenalkan sebagai salah satu kaedah perubatan tradisional yang mula diperkenalkan oleh orang Tiongkok.

Apa itu refleksi?
Refleksi dapat diklasifikasikan sebagai satu seni pemulihan semulajadi yang berasaskan kepada prinsip asas iaitu tangan, kaki dan telinga yang mempunyai hubungkait dengan gerak balas terhadap seluruh anggota, kelenjar dan organ badan. Keistimewaan perubatan cara urut refleksi adalah selamat dan paling mudah diamalkan.
Paling istimewa, urutan refleksi boleh dilakukan kepada semua golongan termasuk orang tua dan bayi.

Daerah Refleksi
Daerah refleksi lebih dikenali sebagai titik pusat urat saraf pada anggota badan. Setiap titik tersebut mempunyai hubungkait dengan organ tubuh tertentu. Setiap organ dalam tubuh memerlukan pengaliran darah yang lancar untuk urusan penerimaan sumber makanan dan pembuangan bahan kotor. Dengan mengurut atau memicit daerah refleksi akan dapat membantu melancarkan peredaran darah. Kelancaran ini mendorong organ di dalam tubuh menerima sumber makanan dan pembuangan kotoran yang diserap dan terus dialirkan ke buah pinggang. Antara daerah refleksi dan titik pusat dapat dilihat pada rajah disebelah.

Kebaikan Refleksologi

1. Meredakan tekanan
2. Melancarkan perjalanan darah dengan sempurna
3. Membantu penyembuhan tubuh badan

07 April 2008

Aromatherapy Satu Rawatan Wangian

Walaupun belum ada bukti kukuh daripada segi saintifik, Aromatherapy menjadi semakin popular sebagai rawatan pilihan. Aromatherapy menggunakan cecair daripada tumbuh-tumbuhan atau pati minyak tumbuhan dan lain-lain bahan-bahan haruman tumbuh-tumbuhan bagi tujuan meningkat mood dan kesihatan. Pati minyak tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam Aromatherapy adalah berlainan dalam segi isi kandungan kimianya apabila dibandingkan dengan produk herba yang lain. Proses saringan menghasilkan pati minyak ini mengambil phytomolecules yang ringan.

Aroma haruman wangian yang popular

Eucalyptus
Dapat mengurang rasa tidak selesa yang disebabkan oleh selsema dan flu, meningkatkan tumpuan dan penafasan. Eucalyptus biasanya digabungkan dengan peppermint bagi tujuan melegakan salur penafasan akibat selsema dan flu.


Lavender
Rasa tenang, anti stres dan meningkatkan semangat dan harmoni. Ia dapat membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain.

Teh Hijau
Memulihkan tenaga dan menyegarkan badan. Ia merupakan wangian yang sesuai untuk semua golongan.

Ros
Meningkat rasa tenang, melegakan stres dan menghasilkan suasana romantik.

Oren
Meningkatkan daya tumpuan, dan wangian umum untuk pelbagai suasana. Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan wangian oren dapat melegakan stres.

Lagi di
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/aromatherapy.html

Iklan

Dapat wang di Internet
http://cybermoney2u.blogspot.com/
 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template