14 April 2008

Terapi SPA - Manjakan Diri Anda

Pusat terapi spa kini tumbuh bagaikan cendawan. Bagi mereka yang begitu mementingkan kecantikan pastinya tidak pernah jemu untuk berkunjung ke spa bagi menjalani rawatan yang disediakan. Rawatan spa kini bukan sahaja terhad kepada golongan wanita semata-mata. Kaum lelaki juga kini boleh menikmati keistimewaan yang terdapat di pusat spa sama seperti kaum wanita.

Mengembalikan Kesegaran
Spa merupakan salah satu bentuk perawatan tubuh yang terdiri daripada pelbagai jenis dan tahap perawatan. Spa turut membantu dalam mengekalkan kesihatan tubuh dan ketenangan jiwa sehinggat kesihatan tubuh meningkat. Tujuannya adalah untuk mengembalikan kesegaran mental, fizikal dan jiwa. Antara tahap-tahap perawatan yang disediakan dalam terapi spa ini bermula dengan urutan, mandi wap atau sauna, mandi rempah, lulur serta skrub tubuh mengikut alunan muzik yang mengasyikkan di samping suasan yang tenang serta mendamaikan. Maka tidak hairanlah terapi spa sering dianggap sebagai tempat untuk menghilangkan tekanan dan kepenatan setelah penat bekerja saban hari.

Terapi spa sebenarnya amat terkenal di negara Eropah sebagai medium untuk kesihatan. Manakala masyarakat Jawa pula mengenalinya dngan istilah Tirta Husada. Kemudian seiring dengan perkembangan waktu, terapi spa turut mengalami inovasi. Sebelum menjalani terapi spa, ketahui dulu jenis perawatannya yang tersendiri. Kini terdapat perawatan terbaru bagi spa antaranya adalah medical spa. Terapi jenis ini menitikberatkan kepada kecantikan yang menggabungkan antara unsur perubatan dan terapi konvesional.


Di pusat terapi spa disediakan juga bermacam-macam jenis terapi. Ia bukan hanya untuk ketenangan fizikal dan mental tetapi juga untuk detoksifikasi, insomnia, pemeliharaan atau spa rambut serta lengkap dengan kemudahan manicure dan pedicure khusus untuk perawatan kuku kaki dan tangan.

Ciri-cir terapi spa
Perkara paling penting yang harus anda lakukan ketika mula-mula datang ke pusat rawatan spa adalah bertemu dengan spa programmer. Luahkan segala masalah dan keluhan anda hingga menyebabkan anda datang ke situ. Luangkan masa selama 15 hingga 20 minit. Mengetahui jenis rawatan yang sesuai dengan keadaan kesihatan, fizikal dan rohani anda sangat penting. Beritahu apa yang sedang anda alami dan jenis rawatan yang ingin anda nikmati. Jika anda mempunyai penyakit, usah ragu untuk bercerita agar anda dapat mendapat terapi yang sesuai.

Sewaktu mengunjungi spa, buang tabiat buruk anda seperti merokok dan minum alkohol. Sebaiknya sebelum atau sewaktu menjalani spa elakkan daripada mengambil sebarang makanan. Jika anda sudah biasa bersolek dan gemar memakai aksesori, elakkan memakainya sewaktu menjalani rawatan spa. Bersihkan alat solek dan tanggalkan aksesori untuk memudahkan terapi yang dilakukan.

Dalam rawatan spa, disarankan untuk menanggalkan seluruh pakaian terutama ketika terapi lulur, skrub dan urutan dilakukan. Anda tidak perlu risau bagaimana penampilan anda ketika itu kerana anda akan diberi kain penutup khas. Spa yang baik juga mengutamakan privacy dan keselesaan pengunjung. Terapi muzik juga disediakan untuk suasa yang lebih releks.

0 comments:

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template