22 February 2011

Sudirman Dalam Kenangan

Hari ni 22 Februari 2011, genaplah 19 tahun penghibur prolifik tanahair Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad pergi meninggalkan semua peminat muzik. Bagi yang benar-benar mengenali atau sekadar menyanjung lagu-lagu dan kerja seni Allahyarham, legasi dan peninggalannya akan tetap mekar pada hati kita semua. Negara kita  telah kehilangan anak seni yang mempunyai bakat yang luar biasa ini pada usianya yang ke37 tahun. Bagi saya secara peribadinya, beliau merupakan salah seorang ikon musik yang menjadi kebanggaan saya selain dari Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Anak seni yang pernah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia ini sememangnya sangat berbeza dengan penyanyi-penyanyi yang ada sekarang ini. Allahyarham berada di kelasnya yang tersendiri. Nyanyiannya menusuk kalbu, lahir dari dalam jiwa dan penuh dengan penghayatan. Bagi saya beliau penyanyi yang tiada galang gantinya. Walau pun beliau telah lama meninggalkan kita, namum lagu2 nyanyian beliau tetap malar segar menghiasa kehidupan kita. 

Serba sedikit biodata Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Dan marilah kita sama2 mendoakan  semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al- Fatihah.



21 February 2011

KWSP Umum Kadar Dividen 5.8 Peratus

Wah pencarum2 KWSP mesti tersenyum lebarkan bila KWSP mengumumkan kadar dividen yang tinggi tahun ni... Jadi kepada semua ahli  bolehlah mendapatkan Penyata Kira-Kira KWSP mereka untuk menyemak pengkreditan dividen 2010 melalui Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 21 Februari 2011. Ohh untuk makluman, berita ini bukan berita gembira untuk saya kerana saya tidak ada wang simpanan di KWSP :)


Pembayaran tertinggi RM21.61 bilion, meningkat 11.55 peratus berbanding 2009

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan tahun lalu, meningkat 15 mata asas, berbanding 5.65 peratus dibayar pada 2009.

Ia adalah bayaran dividen tertinggi oleh KWSP, iaitu RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding dividen RM19.37 bilion pada tahun sebelumnya.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan semalam, berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan dengan pendapatan pelaburan kasar mencecah rekod tertinggi dalam sejarah RM24.06 bilion.

“Ia peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar dicatatkan pada 2009. Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada 2010 dijana terutama daripada prestasi pelaburan ekuiti.

“Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun.

“Bayaran dividen ini diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran," katanya.

Samsudin berkata untuk bayaran dividen 2010, KWSP memerlukan RM3.73 bilion bagi membayar setiap satu peratus kadar dividen berikutan peningkatan bilangan ahli, meningkat 8.67 peratus berbanding RM3.43 bilion yang dibayar untuk satu peratus kadar dividen pada 2009.

Beliau berkata walaupun KWSP optimis momentum yang positif akan berterusan pada 2011, namun prospek untuk tahun ini akan terus bergantung kepada kekukuhan ekonomi domestik dan antarabangsa.

Sumber : Berita Harian

19 February 2011

Terima kasih Nuffnang

Sebelum balik kampung hari tu dapat email dari Nuffnang. Dapat 4 tiket movie percuma sempena bulan kelahiran saya. Terus terang saya sebenarnya dah lama berdaftar dengan Nuffnang iaitu seawal tahun 2008. Tapi lepas berdaftar saya tinggalkan begitu saja sampaikan saya sendiri terlupa bahawa saya ada akaun di Nuffnang. Cuma akhir2 ini saya mula berjinak2 semula dengan Nuffnang. Kutipan pun baru berapa sen sangat hihihi

Bila dapat email Nuffnang bagi tiket free semangat datang balik. Cumanya saya masih kurang faham macam mana nak menjana pendapatan berganda dari Nuffnang ni. Nampaknya kena mengkaji lebih ni.

Oh ya hari tu  pergi pejabat Nuffnang untuk dapatkan complimentary pass tu. Cuma masih tak digunakan lagi. Ingat hari ni nak pergi TGV nak guna 2 pass untuk tengok The Mechanics. Orang kata best.. harus tengok ni. Dan lagi best bila boleh tengok free kan...

Apa pun terima kasih Nuffnang dan terima kasih TGV. Harap tahun depan dapat lagi :)

17 February 2011

Things You Didn't Know About Sleep

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas :)






 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template