14 April 2008

Terapi SPA - Manjakan Diri Anda

Pusat terapi spa kini tumbuh bagaikan cendawan. Bagi mereka yang begitu mementingkan kecantikan pastinya tidak pernah jemu untuk berkunjung ke spa bagi menjalani rawatan yang disediakan. Rawatan spa kini bukan sahaja terhad kepada golongan wanita semata-mata. Kaum lelaki juga kini boleh menikmati keistimewaan yang terdapat di pusat spa sama seperti kaum wanita.

Mengembalikan Kesegaran
Spa merupakan salah satu bentuk perawatan tubuh yang terdiri daripada pelbagai jenis dan tahap perawatan. Spa turut membantu dalam mengekalkan kesihatan tubuh dan ketenangan jiwa sehinggat kesihatan tubuh meningkat. Tujuannya adalah untuk mengembalikan kesegaran mental, fizikal dan jiwa. Antara tahap-tahap perawatan yang disediakan dalam terapi spa ini bermula dengan urutan, mandi wap atau sauna, mandi rempah, lulur serta skrub tubuh mengikut alunan muzik yang mengasyikkan di samping suasan yang tenang serta mendamaikan. Maka tidak hairanlah terapi spa sering dianggap sebagai tempat untuk menghilangkan tekanan dan kepenatan setelah penat bekerja saban hari.

Terapi spa sebenarnya amat terkenal di negara Eropah sebagai medium untuk kesihatan. Manakala masyarakat Jawa pula mengenalinya dngan istilah Tirta Husada. Kemudian seiring dengan perkembangan waktu, terapi spa turut mengalami inovasi. Sebelum menjalani terapi spa, ketahui dulu jenis perawatannya yang tersendiri. Kini terdapat perawatan terbaru bagi spa antaranya adalah medical spa. Terapi jenis ini menitikberatkan kepada kecantikan yang menggabungkan antara unsur perubatan dan terapi konvesional.


Di pusat terapi spa disediakan juga bermacam-macam jenis terapi. Ia bukan hanya untuk ketenangan fizikal dan mental tetapi juga untuk detoksifikasi, insomnia, pemeliharaan atau spa rambut serta lengkap dengan kemudahan manicure dan pedicure khusus untuk perawatan kuku kaki dan tangan.

Ciri-cir terapi spa
Perkara paling penting yang harus anda lakukan ketika mula-mula datang ke pusat rawatan spa adalah bertemu dengan spa programmer. Luahkan segala masalah dan keluhan anda hingga menyebabkan anda datang ke situ. Luangkan masa selama 15 hingga 20 minit. Mengetahui jenis rawatan yang sesuai dengan keadaan kesihatan, fizikal dan rohani anda sangat penting. Beritahu apa yang sedang anda alami dan jenis rawatan yang ingin anda nikmati. Jika anda mempunyai penyakit, usah ragu untuk bercerita agar anda dapat mendapat terapi yang sesuai.

Sewaktu mengunjungi spa, buang tabiat buruk anda seperti merokok dan minum alkohol. Sebaiknya sebelum atau sewaktu menjalani spa elakkan daripada mengambil sebarang makanan. Jika anda sudah biasa bersolek dan gemar memakai aksesori, elakkan memakainya sewaktu menjalani rawatan spa. Bersihkan alat solek dan tanggalkan aksesori untuk memudahkan terapi yang dilakukan.

Dalam rawatan spa, disarankan untuk menanggalkan seluruh pakaian terutama ketika terapi lulur, skrub dan urutan dilakukan. Anda tidak perlu risau bagaimana penampilan anda ketika itu kerana anda akan diberi kain penutup khas. Spa yang baik juga mengutamakan privacy dan keselesaan pengunjung. Terapi muzik juga disediakan untuk suasa yang lebih releks.

09 April 2008

Refleksologi Seni Pemulihan Kesihatan

Refleksologi bukan sekadar urutan biasa. Titik tapak dan daerah-daerah refleksi perlu diketahui terlebih dahulu untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mengenainya. Refleksologi adalah kaedah perubatan kuno yang diamalkan di China, India dan Mesir sejak beribu-ribu tahun dahulu. Malah, kaedah yang sama diamalkan penduduk asli Amerika dan Eropah. Namun, refleki lebih dahulu diperkenalkan sebagai salah satu kaedah perubatan tradisional yang mula diperkenalkan oleh orang Tiongkok.

Apa itu refleksi?
Refleksi dapat diklasifikasikan sebagai satu seni pemulihan semulajadi yang berasaskan kepada prinsip asas iaitu tangan, kaki dan telinga yang mempunyai hubungkait dengan gerak balas terhadap seluruh anggota, kelenjar dan organ badan. Keistimewaan perubatan cara urut refleksi adalah selamat dan paling mudah diamalkan.
Paling istimewa, urutan refleksi boleh dilakukan kepada semua golongan termasuk orang tua dan bayi.

Daerah Refleksi
Daerah refleksi lebih dikenali sebagai titik pusat urat saraf pada anggota badan. Setiap titik tersebut mempunyai hubungkait dengan organ tubuh tertentu. Setiap organ dalam tubuh memerlukan pengaliran darah yang lancar untuk urusan penerimaan sumber makanan dan pembuangan bahan kotor. Dengan mengurut atau memicit daerah refleksi akan dapat membantu melancarkan peredaran darah. Kelancaran ini mendorong organ di dalam tubuh menerima sumber makanan dan pembuangan kotoran yang diserap dan terus dialirkan ke buah pinggang. Antara daerah refleksi dan titik pusat dapat dilihat pada rajah disebelah.

Kebaikan Refleksologi

1. Meredakan tekanan
2. Melancarkan perjalanan darah dengan sempurna
3. Membantu penyembuhan tubuh badan

07 April 2008

Aromatherapy Satu Rawatan Wangian

Walaupun belum ada bukti kukuh daripada segi saintifik, Aromatherapy menjadi semakin popular sebagai rawatan pilihan. Aromatherapy menggunakan cecair daripada tumbuh-tumbuhan atau pati minyak tumbuhan dan lain-lain bahan-bahan haruman tumbuh-tumbuhan bagi tujuan meningkat mood dan kesihatan. Pati minyak tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam Aromatherapy adalah berlainan dalam segi isi kandungan kimianya apabila dibandingkan dengan produk herba yang lain. Proses saringan menghasilkan pati minyak ini mengambil phytomolecules yang ringan.

Aroma haruman wangian yang popular

Eucalyptus
Dapat mengurang rasa tidak selesa yang disebabkan oleh selsema dan flu, meningkatkan tumpuan dan penafasan. Eucalyptus biasanya digabungkan dengan peppermint bagi tujuan melegakan salur penafasan akibat selsema dan flu.


Lavender
Rasa tenang, anti stres dan meningkatkan semangat dan harmoni. Ia dapat membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain.

Teh Hijau
Memulihkan tenaga dan menyegarkan badan. Ia merupakan wangian yang sesuai untuk semua golongan.

Ros
Meningkat rasa tenang, melegakan stres dan menghasilkan suasana romantik.

Oren
Meningkatkan daya tumpuan, dan wangian umum untuk pelbagai suasana. Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan wangian oren dapat melegakan stres.

Lagi di
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/aromatherapy.html

Iklan

Dapat wang di Internet
http://cybermoney2u.blogspot.com/
 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template