01 March 2011

Birthday Dinner ♥♥♥

Assalammualaikum :)
Hari pertama bulan March. Ishh cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ketiga tahun 2011. Dua bulan dah berlalu rupanya. Disebabkan sibuk dengan  internal audit,  jadinya  kurang berkesempatan nak berjimba2 di alam maya. Maka banyaklah cerita ceriti minggu lepas tak sempat dicatatkan. 
So hari ni, cerita basi minggu lepas. Sempena birthday saya,  jadinya pergi  dinner di Restoran Ibunda dekat Jalan Bukit Bintang. Walau pun boleh kata tiap2 minggu lalu kat kawasan tu tapi nilah kali pertama jejak kaki kat restoran ni. Pertama kali masuk rasa teruja sbbnya seperti masuk rumah Melayu lama je. Tempatnya nampak sangat2 privasi sbb masa kami masuk tu takde org lain pun. Kalau ada pun yang  berada di tingkat atas je. So bolehler dinner dengan suasana tenang sbb tak perlu nak melihat gelagat orang lain kan....
Makanan kat sini pun boleh tahan sedapnya. Ye le  saya ni memang tekak Melayu asli, so makanan yang disajikan pun masakan Melayu. Memang menepati citarasa saya sangat2. Cumanya rasa terkilan sikit dengan sup ketamnya sebab sup ketam yang dihidangkan lari dari apa yang saya jangkakan. Nasib baik menu yang lain sangat2 superb. Hilang jugak ler rasa terkilan pasal sup ketam hihihi. Saya sangat suka ikan pais dan udang galah masak lemak. Sangat2 berbaloi dengan harga yang dibayar. Alhamdulillah lepas ni boleh ler pergi lagi kan.
psstt : bila orang belanja, makanan tak sedap pun jadi sedap :)

2 comments:

MRS. AJ said...

Happy Belated Birthday!

Maksue said...

TQ Intan :)

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template