07 March 2011

♥Terima Kasih Cinta ♥

Assalammualaikum :)

Hari ni mood untuk bekerja sangat2 merudum. Isnin yang biru agaknya. Orang lain pun saya nampak sedang berjimba2 secara berjemaah. Mentang2 big boss tak masuk opis hari ni bukan main lagi masing2 yer...

Cerita basi lagi. Kali ini  pasal teater pulak. Seminggu lepas berkesempatan untuk menonton teater Terima Kasih Cinta. Walau pun melihat sambil mengecil2kan anak mata sbb dapat seat yg sangat jauh dari pentas, tapi saya sangat2 berpuas hati. Pelakonnya pun hebat2 belaka walau pun ramai muka2 baru. Teater ini adalah adaptasi daripada filem Cinta. Jalan cerita masih sama walau pun  ada pengubahsuaian mengikut kesesuaian  teater. Jujurnya saya masih lagi suka versi filem lagi. Cuma bila filem diteaterkan, kita akan terbuai dengan lagu2 yang dinyanyikan.

Saya sangat2 suka dengan lakonan Safura, Latff Ibrahim, Didi AF dan juga Deja Mos. lakonan Anding AF juga tidak kurang hebatnya. 

5 cerita digarap dipentas yang sama. Jadi set pentasnya agak terbatas. Rasa terganggu jugaklah kejap2 tukar itu kejap2 tukar ini. Walau apa pun saya masih lagi enjoy menonton :)



0 comments:

 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template