Assalammualaikum :)
"Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Q.S At Thalaaq : 3)
Syukur Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini rezeki agak murah sikit. Datang pulak dalam pelbagai bentuk yang tak terduga sama sekali. Sama ada dalam bentuk wang ringgit atau pun material. Dan yang pasti saya sangat2 bersyukur. Walau pun tidak seberapa tapi ianya cukup membuatkan hati saya berbunga2.
Oh ingat lagi entry saya pasal dapat tiket free dari Nuffnang? Alhamdulillah, rezeki jugak tu walau pun hanya 4 keping tiket wayang je. So bolehlah untuk layan 2 movie secara percuma. Saya sangat2 suka sebab saya ni boleh dikategorikan sebagai kaki wayang jugak. Walau pun bukan pengunjung wayang tegar tapi bila ada movie yang best pasti tak nak lepaskan peluang. Dan baru2 ni jugak kekanda dapat lagi 2 keping tiket free dari Celcom untuk cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Wallaaaa.... lagi sekali boleh tengok wayang percuma walau pun tiket tu hanya boleh digunakan selepas 17 March. Tak kisahlahkan janji boleh tengok free.. saya memang suka bila benda2 free ni... sapa tak suka kan?? Itulah rezeki Allah namanya, walau pun tidak seberapa tapi syukur alhamdulillah :)
Satu lagi, sejak pindah rumah sendiri hari tu, memang berhajat sangat nak buat build in rak kasut. Tapi memandangkan budget banyak lari, so saya pendamkan saja niat tu. Jadinya untuk mengelak kasut bersepah saya belikan rak kasut yang murah dulu. Janji ada tempat untuk sembunyikan kasut2 tu. Dengan harapan bila ada rezeki lebih nanti baru nak buat rak kasut. Dan baru2 ni saya panggil kontraktor yang buat kitchen cabinet saya dulu untuk buat sedikit modifikasi kabinet dapur saya. Banyak jugak pengubahsuaian yang dibuat. Selain tu saya tambah lagi 2 pintu untuk wardrobe bilik tidur saya. Kalau dikira2 mahu seribu lebih jugak melayang. Tapi alhamdulillah, kontraktor tu kata tak payah bayar. Wahh hati saya sudah berbunga2. Dan tambah lagi berbunga2 bila dia nak buatkan saya rak kasut. dan bila saya tanya berapa, dia kata takpe. Huhuhu saya sudah jadi segan tersipu2 tapi dalam hati hanya Allah je yang tahu. Rasa nak melompat2 je tapi kontrol ayu. Save budget saya :)
Oh ya, saya tengah berkira2 nak buat tembok dekat tanah sekangkang kera dekat tepi parking saya tu. Kononnya nak bercucuk tanam skit. Tapi dok bertangguh2 sebabnya budget byk disalurkan ke perkara yang lebih penting. Nak buatnya tidak ler mahal mana pun tapi saya fikir tak buat lagi pun takpe. Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas tiba2 dapat email yang menyatakan RMxxxx telah dikreditkan ke akaun saya untuk bayaran hadiah anugerah khidmat cemerlang. Huh! kegembiraan berganda. Syukur alhamdulillah. So dengan duit yang tidak seberapa tu boleh ler cover apa yang patut.
Ya Allah, terima kasih atas rezeki yang Engkau limpahkan pada kami, sungguh rezekiMu datang dari arah yang tidak disangka-sangka.
1 comments:
alhamdulillah..murahnya rezeki :)
nk bagi rezeki jugak la..dah follow cni :D
Post a Comment