Assalammualaikum....
Tajuk entry macam marahkan.... sebenarnya Maksue tak marah pun. Cumanya Maksue ada masalah angin dalam badan. Orang kata, angin dalam badan ni berpunca dari pemakanan. Mungkin jugak kot sebab Maksue ni memang jenis yang suka makan. Pantang nampak orang kata, semua lalu je kat tekak Maksue ni. Hanya tolak batu dan kayu jelah. Tapi kalau jambu batu dan ubi kayu tu memang pebret Maksue jugak tu.
Ok berbalik cerita angin dalam badan ni, semenjak kebelakangan ni Maksue rasa badan Maksue ni memang penuh dengan angin. Kalau urut tapak kaki skit pun Maksue boleh sendawa. Tapi yang paling tak tahan bila angin tu naik ke kepala. Nak driving pun rasa takut sbb mata jadi berpinau2. Jangan pulak nanti disebabkan angin dalam badan ni Maksue cepat naik angin pulak. Naya tu hehehehe... bila angin dah penuh satu badan kalau bawak mengurut ni sedap ni... selain mengurut ada cara lain tak ye nak buang angin dalam badan ni ye? Maksue dah cuba gak amal minum air halia kebelakangan ni, tapi angin tu ketegaq betul le tak nak keluar.. huhuhu tak tahan sehh bila angin dah naik sampai ke kepala..
0 comments:
Post a Comment