Assalammualaikum....
Lagi blog Maksue ni bersawang. Hampir sebulan tak dijengok. Hari tu busy dengan audit. Baru2 ni ada hal keluarga pulak. Hampir 2 minggu balik kampung dan hampir 2 minggu juga terputus dengan dunia Internet. Kalau online pun setakat dekat phone je jengok2 FB.
Hari ni baru berkesempatan nak jengok itu pun otak tepu tak tahu nak bebel apa. Hari ni ingat nak update pasal kemalangan abang Maksue 2 minggu lepas tapi cable BB pulak hilang. Entah siapa yang pinjam tak reti nak pulang balik. Ada beberapa gambar yang Maksue nak kongsikan dalam blog Maksue ni. Nantilah bila mode menulis tu ada Maksue update pasal kemalangan abang kesayangan Maksue tu.
Oh ya, pagi tadi member Maksue pagi2 buta lagi mesej ajak bercuti ke luar negara. Katanya ada promosi tambang murah. Oh Maksue ketinggalan rupanya. Entahlah semenjak dua menjak ni Maksue tak berapa teruja bila mana-mana syarikat penerbangan buat promosi tambang murah. Tak macam dulu2 bila ada promosi je sanggup berjaga malam semata-mata nak beli tiket dengan harga murah. Lepas tu bila dah beli tu tak pulak pergi. Bila tiba masa nak pergi tu ada je halangan yang menghalang. Akhirnya tiket tu hangus macam tu je... yang untungnya syarikat penerbangan tu le. Kita ni melopong macam tu je le, nak refund balik pun tak boleh. Mungkin disebabkan banyak kali terkena mcm tu rasa teruja tu makin kurang. Sekarang ni pun selalu sangat ada buat promosi. Oh ya, bulan ni pun ada jugak tiket Maksue balik kampung yang tak digunakan. Tiket tu sepatutnya 14/7 hingga 18/7 tapi Maksue terpaksa balik awal disebabkan ada hal keluarga. Jadinya kena beli tiket lain. Tiket yang dah lama beli tu hangus macam tu saja disebabkan percanggahan jadual cuti Maksue. Tapi nak buat macam manakan, kita hanya mampu merancang. Apa yang berlaku kemudian Allah jua yang tentukan.
Berbalik dengan sms member Maksue yang ajak bercuti ke luar negara tu. Ingatkan dia nak ajak pergi jauh le kan sbb bukan main lagi pukul 5 pagi hantar sms. Tempat yang dia nak pergi tu rupanya dekat je. Nak bercuti ke Singapore aje. Tapi bila fikir2 balik betul le tu kan dia nak bercuti ke luar negara. Tapi sayang tarikh yang dia nak pergi tu Maksue balik kampung. Tiket tu dah lama beli pun... kang cancel lagi rugi le Maksue. Tapi apa2 pun dalam takde rasa teruja tu beli jugak tiket ke Penang. Alhamdulillah... dah ada yang murah beli jelah! Harapnya takde halangan le nanti. Dah lama teringin nak jalan2 ke Penang. Last sekali jejak kaki ke Penang masa Maksue study dulu. Tak silap sekitar tahun 1997 mcm tu. Wah dah berbelas tahun jugak le ye..... Hai teruja ni!!
0 comments:
Post a Comment