05 August 2011

Dugaan

Assalammualaikum.....

Sedar tak sedar dah masuk hari ke 5 berpuasa. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sepanjang 5 hari berpuasa, dah 2 hari Maksue terpaksa berbuka dalam kereta.  Walau pun keluar pejabat agak lambat, tapi masih juga tersekat dengan kesesakan. Hmm redha jelah. Nampak gayanya sebulanlah Maksue kena berhadapan dengan situasi macam ni. Dan beberapa hari ni asyik hujan petang pulak tu. Bila hujan lagilah jalan sesak. Nasib baik Maksue siap2 letak kurma dalam kereta. So takde lah bila time berbuka tu kena telan air je hehehehe

Haii macam ni le keadaan yang Maksue kena tempoh hari2. Nampaknya selain ujian lapar dan dahaga, bulan puasa ni Maksue juga diuji dengan kesesakan lalu lintas. Kenalah bersabar ye tak....


Semalam pun Maksue berbuka dalam kereta. Sampai rumah hampir pukul 7.50 pm. Sampai2 jer terus bersilat kat dapur. Dah berapa hari tekak Maksue ni teringin nak mkn sotong goreng tepung berempah. Bahan-bahan lain semua ada kat dapur cuma sotong jer takde. Jadinya sblm balik kerja smlm sempat ler mengular ke K4 kejap cari sotong. Akhirnya tercapai jugak hajat nak mkn sotong goreng tepung. Blurrpp!!!! syukur alhamdulillah.

Ni Maksue kongsikan resepi sotong goreng tepung yang Maksue buat semalam. Sedap dimakan panas2 ni :)
Bahan-bahan :
Beberapa ekor sotong sederhana besar ] potong bulat
2 sudu tepung gandum **
1 sudu tepung jagung
**
3 sudu tepung beras **
1/2 sudu teh garam **
1/2 sudu teh serbuk kari  **
1/2 sudu teh serbuk cili 
** ] kalau suka pedas boleh lebihkan sukatan
1/4 sudu serbuk jintan manis
**
1/4 sudu serbuk jintan putih **
secubit gula **
sedikit serbuk perasa **
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan yang bertanda **  
  2. Panaskan minyak dan sementara itu pukul telur
  3. Celup sotong ke dalam telur dan golekkan di atas bahan yang telah digaul
  4. Goreng sehingga kekuningan dan angkat
 Nota :
 Bagi yang suka daun kari, semasa menggoreng boleh dicampur dengan daun kari untuk mendapatkan aroma yang lebih sedap.

04 August 2011

Menanti Dibarzakh

Subhanallah.... pertama kali dengar lagu ni tanpa disedar airmata menitik. Terima kasih pada penulis dan penyanyi lagu ini. Sesungguhnya ia amat bermakna dan cukup memberi kesan di hati....



Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

02 August 2011

Selamat Berpuasa

Assalammualaikum....

Alhamdulillah dah masuk hari kedua bulan Ramadhan. Semalam hampir2 berbuka dalam kereta.  Hari ni pun nampak gayanya Maksue kena keluar lambat lagi dari pejabat. Keluar awal pun mesti sangkut dalam kesesakan. Harapnya bila masuk minggu kedua puasa nanti, jalan sesak tu berkuranganlah yer.... Untuk seminggu ni Maksue kena bertahanlah dulu ye... Kalau dah balik lambat tu, menu berbuka pun ala kadar jelah.

Hai cerita menu berbuka ni, tiba2 tekak ni teringat asam pedas ayam pulak. Kalau nak masak sedap2 kena tunggu weekend ler nampaknya. Untuk tahun ni Maksue cuba nak mengelakkan dari berkunjung ke bazaar Ramadhan. Kalau sekali sekala pergi tu takpelah kan... bukan apa nak mengelakkan pembaziran. Sebabnya Maksue ni jenis makan skit2.... tapi bila berkunjung ke bazaar Ramadhan tu macam2 nak beli. Tapi bila time berbuka makannye sikit je...  last2 tong sampah le jawabnye.

Oh ya... Maksue  nak berkongsi resepi kegemaran Maksue ni. Alahai dah rasa dalam tekak le pulak ni.


Bahan-bahan:
1 ekor ayam } Potong kecil atau boleh potong ikut suka
Daun kesum } ikut suka nak byk mana
5 helai daun limau purut
 3 batang serai } ketuk2 skit
1 cawan air asam jawa
3 s/b minyak masak
Air secukupnya
garam


Bahan-bahan dikisar:
10 biji cili kering (saya lebih suka guna cili merah hidup + cili padi)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
2 cm belacan {optional}


Cara-cara menyediakan:
  1. Panaskan minyak masak dan tumis serai yang telah diketuk & bahan kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sehingga naik minyak semula.
  3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air.
  4. Didihkan hingga ayam empuk dan tambah garam & bahan perasa secukupnya
  5. Kemudian masukkan daun kesum dan daun limau purut. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak.
  6. Biarkan seketika dan angkat
 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template