13 November 2013

Rindu

Assalammualaikum...

Tajuk agak jiwang. Tapi sejujurnya itulah yg Maksue rasa sekarang. Rasa rindu yang tak terbendung... rasa rindu yang tak tertanggung. Demi Allah... rasa rindu yang Maksue rasa sangat2 menyakitkan. Andai jauh pasti sedaya upaya untuk Maksue dekatkan agar rasa rindu ini boleh terlerai... andai benua memisahkan pasti ada jalan untuk bertemu agar rasa rindu ini dapat dihapuskan... tapi andai sudah tertulis takdir Allah, bila terpisah jasad dan nyawa, sekuat mana pun rindu... sesakit mana pun rindu... hanya doa saya yang boleh meredakannya. Moga Allah pertemukan dialam mimpi sekurang2nya...

Hampir 21 tahun dia meninggalkan Maksue, sedikit pun tidak berkurang rasa rindu yg ada dalam hati. Masih jelas dan masih kukuh diingatan setiap gerak lakunya... masih segar setiap tutur bicaranya. Moga Allah tempatkan arwah adik Maksue dikalangan mereka yang beriman dan moga Syurga Allah tempat pengabdiannya. Al-fatihah...

wordless wednesday #2


Mereka yang kreatif selalu berfikir diluar kotak. Sukaaa....

26 October 2013

Bila Besi Kurang

Assalammualaikum...

Lahai lama sungguh Maksue tak melunaskan tanggungjawab yang satu ini... derma plasma. Boleh dikatakan setiap minggu berkunjung ke Pusat Darah tapi seperti biasa akan balik dengan rasa kecewa. Sebabnya, bila nak derma setiap kali buat ujian kandungan hemoglobin pasti tak cukup je jumlahnya. Lahaii dah makan macam2 dah bagi naik kandungan besi ni tapi tak cukup jugak. Hehhehe nak kena makan besi betul baru cukup kot....

Macam hari ni, 3 kali buat ujian... bacaannya bukan makin naik tapi makin turun adalah.... mula2 test bacaan 12.3... buat 2nd test turun pulak 11.6. Rasa tak puas hati minta lagi test sekali lagi.... haaa ambik kau terus drop jadi 10.0. Hmmm nampaknye kena gigih jadi popeye lagi ni kunyah bayam banyak2.

Untuk bacaan normal, kandungan hemoglobin bagi wanita adalah sekitar 11.5 hingga 16.5 g/dl dan bagi lelaki pulak adalah 13.0 hingga 18.0 g/dl. Untuk melayakkan pendermaan darah atau pun plasma platelet kandungan mesti 12.5 g/ dl keatas.

So hari ni Maksue memang tak layak le sebab hemoglobin drop sampai 10.0 g/dl

06 October 2013

F.O.C.U.S


Kadang2 hidup tidak seperti yang kita inginkan. Ia ibarat putaran roda. Walau apa pun jangan hilangkan keyakinan dalam hidup bila sesekali ada ujian datang menguji.

04 October 2013

Sarapan

Assalammualaikum...

Salam pagi Jumaat. Alhamdulillah kita diberi kesihatan yang sihat lagi pagi ni. Mesti ramai bermuka ceria pagi ni kan. Almaklumlah.... hari Jumaat... esok  sabtu cuti! Maksue pun apa kurangnya. Biasa Jumaat ni semangat kerja dia luar biasa sikit. Sama ada terlebih bersemangat atau lansung tak bersemangat. Maksue dalam kategori yang kedua..... takde semangat lansung nak siapkan kerja. hahahaha rasanya bukan hari Jumaat je perasaan macam tu tapi hari2. Nampaknye kena hantar pergi kem motivasi Maksue ni kan....

Korang sarapan apa pagi ni? Jangan lupa sarapan tau, penting tu sarapan pagi untuk menjana tenaga untuk bekerja seharian. Seeloknya kita ambil sarapan yang sihatlah kan. Tapi biasa rakyat Malaysia ni, bila sebut sarapan tak boleh dipisahkan dengan gula & minyak. Hahaa nape Maksue kata macam tu? Biasalah kan.. kalau sarapan mesti dengan air2 manis... teh tarik... milo panas, kopi ais... hehehe ada ke yang minum ais pagi2? Kalau boleh elakkan lah ye... walau pun kadang2 Maksue pun terlajak gak pagi2 dah minum ais....

Untukk melengkapkan sarapan, pasti tak jaud dari nasi lemak.... roti canai... kurang2 pun mihun goreng... mee goreng. Maksue pagi ni sarapan mihun goreng berlaukkan sambal kerang. Hiksss sihat ke tak sihat sarapan pagi Maksue tu? Apa2 pun Maksue kena dapatkan tenaga untuk bekerja hari ni. Dalam keadaan mode berkerja di tahap sifar haruslah sarapan heavy skit kan....

03 October 2013

Being S.I.N.G.L.E

Ramai orang tanya kenapa tak kawen lagi? Umur dah makin meningkat... takkan takde orang berkenan kot? Rupa takdelah buruk sangat... kerjaya dah stabil... hidup pun dah stabil. Nak kata berharta sangat tidak ler tapi nak hidup selesa tu Alhamdulillah.

Mesti ramai kita diajukan soalan yang sama mcm kat atas tu kan? Kenapa tak kawen lagi? Ni mesti sbb memilih sangat ni... lahaii nak respon apa ye bila dapat soalan cepu emas macam tu? Kadang2 Maksue senyum je bila dapat soalan macam tu. Bukan apa tak tahu nak respon dengan jawapan apa sebenarnya.

Dalam hati Allah je yang tahu. Siapa yang tidak mahu kehidupan yang lengkap. Ada teman yang menjadi pelindung. Tapi jodoh itu ketentuan Allah. Siapalah kita untuk mempersoalkannya. Percaturan hidup kita sudah cukup cantik... cuma kita tidak boleh mengagak apa yang ada dihadapan.

Kalau dulu bila dapat soalan-soalan macam tu Maksue rasa tertekan jugak. Tapi lama2 dah lali dah. Bak kata orang alah bisa tegal biasa. Tapi jauh disudut hati sentiasa mendoakan semoga dihujung perjalanan Maksue akan bertemu seseorang yang benar2 boleh menjadi teman sehidup semati Maksue. Yang benar2 ikhlas terhadap diri Maksue. Seseorang yang boleh Maksue bergantung harap.

Ramai yang bertanya, sekarang takkan tak ada sesiapa? Hmm macam mana nak cakap yer? semuanya masih samar2... lebih2 lagi dengan apa yang berlaku sekarang menjadikan Maksue makin tidak pasti dengan pengakhiran yang ada. Apa yang Maksue boleh simpulkan... andai keikhlasan itu benar2 ada, apa jua ujian yang mendatang, keutuhan untuk bertahan itu pasti ada. Tapi andai keikhlasan itu hanya sekadar kata, sedikit dugaan pun kita sudah goyah... mula mencari dahan lain untuk berpaut. Kita akan mencari pelbagai alasan untuk mengukuhkan mengapa kita bertindak begitu... walau pun kita tahu tindakan kita itu akan melukakan ramai pihak tapi sedaya upaya kita mempertahankan tindakan kita itu dan menampakkan kita adalah mangsa. Wallahualam.... hanya kita yang tahu apa yg kita lakukan. Tindakan dan mulut mungkin mampu menipu tapi hati kita hanya kita tahu tahu....

Untuk perjalanan hidup Maksue... segalanya Maksue serahkan kepadaNya. Maksue sudah berusaha sebaik mungkin dan sudah bertahan selama mungkin. Teguh berdiri walau pun dugaan yang datang kadang-kadang rasa tidak tertanggung dengan kudrat yang ada. Tapi bila melihat balik, apa jua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. 

Sebenarnya hidup sendiri ni takdelah menakutkan sangat. Cuma kadang2 rasa sunyi itu datang. Dan rasa ketidaksempurnaan hidup itu terasa apabila melihat insan2 disekeliling kita ada keluarga sebagai pelengkap hidup. Rezeki masing2kan...


02 October 2013

wordless wednesday #1


Bila bosan dan tiba2 blur nak siapkan kerja, biasa korang buat apa?

Gelisah

Assalammualaikum....

Dari pagi hati Maksue rasa gelisah je... Mcm ada yang tak kena. Call mak, dia kat hospital teman ayah buat regular check up. Rupanya ayah Maksue tak sihat. 2 hari dah demam. Pergi hospital doctor bagi nap sbb athma dia datang. Patut pun hati ni rasa resah gelisah je. Maksue risaukan parents kat kampung. Dua2 selalu tak sihat. Ayah Maksue tu deman dia on off je... sihat sehari dua demam balik. Maksue tahu mak pun tak sihat. Tapi dia buat2 sihat takut ayah susah hati tengok dia nanti. Hmm pengorbanan isteri... Sayu betul hati Maksue bila ingat mereka berdua kat kampung tu. Ajak duduk rumah anak2 tak mahu berlama. Kalau duduk dengan anak2 kan terjaga makan minumnya.. agaknya Maksue pun mcm tu juga nanti bila dah tua kan.... apa2 rumah sendiri jugak yang selesa.

Berjauhan macam ni buatkan Maksue tak keruan. Kalau terjadi apa2 memang payah. Tapi nak buat macam mana, Allah dah tentukan rezeki Maksue di sini. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk mak ayah Maksue. Pelihara mereka berdua dari sebarang kesulitan. Ameen ya Allah!



30 September 2013

Don`t Ever Give Up!

29 September 2013

Emosi Turun Naik

Assalammualaikum...
Semenjak dua menjak ni, emosi Maksue agak tak stabil sikit. Yang jelas dan nyata emosi syahdu2 agak ketara mendominasi... simptom2 penuaan agaknye kan... jiwa mudah giler tersentuh. Airmata pun senang je nak menitik.


Apa yg Maksue perasan... malam2 suka bebeno dengar lagu syahdu2. Lepas tu layan perasaan sorang2. Masa nilah byk benar perkara difikir... agaknya Maksue ni ada konflik dalaman yg Maksue tak sedar..... atau pun mungkin difikiran Maksue ni asyik terfikir apa akhirnya perjalanan hidup ini...

Dugaan datang silih berganti. Kadang tak tertanggung dengan kudrat yang ada. Tapi Maksue yakin, disebalik semua ini... Allah dah aturkan perancangan terbaik untuk Maksue.... Maksue yakin ada hikmah semua ini...

24 September 2013

Cinta Kasih

Andai dapatku undur masa, sungguh tidak akn kupilih jalan ini. Sungguh hati ini terlalu sakit dan terluka dengan apa yang telah berlaku... biarlah masa merubat segalanya. Hati yang telah hancur berkecai dengan apa yang berlaku tidak mungkin akan bercantum seperti asalnya....

Pernah hati ini menjadi milikmu
Kasih dan cintaku hanyalah untukmu
Namun bukan kau akhirnya cintaku
Ini takdir aku milik dia

Ku anggap selamanya tak pernah berubah
Kasih dan cintamu teguh untuk aku
Namun bukan aku akhirnya cintamu
Ini takdir engkau milik dia

Biarkan hati ini
Merawat lukanya sendiri
Membuang cinta
Lama terbenam dalam hidup ini

Tiada daya diri ini
Menerima hatimu lagi
Maafkan aku
Cinta kasih bukan untukmu

Lupakan semua
Janji-janji kita
Bersama

Lama telah berakhir
Kisah kasih kita
Terpadam tersisih
Oleh arus masa

Akan aku cuba
Bawa jauh cinta
Ini takdir
Engkau milik dia

23 September 2013

Jodoh Pasti Bertemu

Pertama kali dengar lagu ni terus melekat dalam hati lirik dia... Sangat puitis dan penuh makna. 
Ya Allah andai benar dia jodohku tetapkanlah hatinya dgn hatiku..andai dia bukan jodohku, pudarkan rasa cinta dalam hati kami dan Engkau satukanlah hatiku dengan ketentuanMu...
Jodoh Pasti Bertemu - Afgan
Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu
(jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

22 September 2013

Dilema...Pilihan... Keliru

Assalammualaikum....


Pernah berhadapan dengan situasi seperti ni? Berada dalam dilema... tidak pasti untuk membuat pilihan yang mana? Keliru pilihan mana yang terbaik? Itulah situasi yang selalu kita berhadapan. Kadang-kadang mahu ataupun tidak, kita tetap perlu memilih.Memilih apa yang terbaik.Memilih apa yang dapat membantu.Memilih sesuatu untuk kepuasan diri.Memilih sesuatu tanpa perlu ada penyesalan diakhirnya nanti. 

Kadang-kadang kita memulakan kehidupan kita dengan sangat kompleks. Nak pergi kerja atau keluar rumah pun kita perlu membuat pilihan. Kena pilih nak pakai baju apa? Nak pakai tudung warna apa supaya nampak sepadan dengan baju? Mahu atau tidak kita memang sentiasa berhadapan supaya kita perlu membuat pilihan. Kadang2 bunyinya agak pelik. Seolah tak logik!Namun, memang begitulah kehidupan yang sentiasa wujudnya pilihan. Setiap manusia di anugerahkan akal fikiran untuk digunakan.Buatlah pilihan yang terbaik.Daripada sekecil perkara sehinggalah sebesar-besar permasalahan. Bermula yang kecillah akan timbulnya perkara yang besar.Fikir-fikirkan.Memang Islam tidak pernah menyempitkan,tapi hanya pilihan kita untuk difikirkan.

Kenapa Maksue tiba2 sebut pasal pilihan ni? Dalam hati sudah ada taman yang sedang mekarkah sehingga terpaksa membuat pilihan? hehehe... itu sangat jauh ye! Taman yang mekar kumbangnya hanya ada seekor. Haa bukan itu sebabnya. Maksue masih keliru dengan pilihan yang mampu memenuhi tuntutan kehendak duniawi.... wah!

Takpe later2 ye Maksue cerita. Masih mengintai2 di alam maya mencari apa yang perlu supaya dapat memudahkan Maksue membuat pilihan. Agar nanti tidak ada dilema yang membelenggu sehingga sukar untuk membuat pilihan terbaik. Yang penting kena pandai mengukur baju dibadan sendiri....

Semoga semuanya dipermudahkan... dan semoga jua Allah bukakan seluas2nya pintu rezeki untuk Maksue. 

Insya Allah :)


16 September 2013

Kehilangan

https://www.youtube.com/watch?v=y5v6THcwgfA&feature=youtube_gdata_player

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya (sejujurnya) ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)
Seandainya (seandainya) kamu bisa (kamu bisa)
Mengulang kembali lagi cinta kita (cinta kita)

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya (sejujurnya) ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)
Seandainya (seandainya) kamu bisa (kamu bisa)
Mengulang kembali lagi cinta kita (cinta kita)

Sejujurnya (sejujurnya) ku tak bisa (ku tak bisa)
Hidup tanpa ada kamu aku gila (aku gila)

Takkan ku sia-siakan kamu lagi..
Takkan ku sia-siakan kamu lagi..

15 September 2013

Terapi

Assalammualaikum....
Cuti 3 hari ni korang adanpergi mana2 tak? Balik kampung ke? Holiday kat mana2 ke? Hihihi Maksue tak kemana pun jalan2 dlm KL je...

Semlm ada beli brg dengan member fb, dia tu kaki contest lepas selalu menang pulak tu. Dia ada jual Innershine RubyCollagen yg dia menang. Selalu tengok harga kat kedai seratus lebih jugak tu sekotak. Dah ler dlm tu ada 14 botol je... kebetulan Maksue memang mkn innershine ni. Nak cantik nye pasal mahal2 pun pejam mata gak beli.

Dah tengok kawan ni jual murah sekotak rm50 je... Maksue apa lagi beli 2 kotak dgn dia. Hari  ni janji nak g ambil.... so dia kata hari ni dia ada kenduri area Cheras. Kebetulan memang nak buat terapi mata kat Tesco Cheras hari ni....

Hihihi tak sabar nak ambil Innershine yg beli murah tu.... jimat duit Maksue :)

11 September 2013

Sakit pulak hati kite....

Assalammualaikum...

Pernah beli brg kat Internet tak? Maksue ni nak kata selalu sangat beli barang kat Internet tidak le tapi kalau ada yang berkenan tu beli jugak. Sebenarnya shopping secara online ni memang memudahkan. Lebih2 lagi jenis yang malas macam Maksue ni nak berjalan dari kedai ke kedai cari barang. Tapi dalam mudah2 tu ada risiko yang kita kena terima.

Baru2 ni Maksue ada shopping satu barang kat Internet ni. Nampak dalam gambar memang sekali tengok terus jatuh cinta ler... harga pun  takdelah mahal mana kan... Dan banding dengan harga kat kedai pun tak jauh sangat bezanya. Tapi sebab hati dah berkenan tak fikir apa dah terus bayar untuk beli. Ni ala2 penangan cinta pandang pertamalah. Katanya situ, penghantaran mengambil masa 2-3 hari bekerja. Maksue beli hari Isnin so agak2 Rabu boleh sampailah kan. Tak pun paling lambat pun Khamis baru sampai. Maksue pun beli tengahari. So mungkin esok baru dia buat penghantaran. Hati dah berbunga2 ni menunggu barang sampai.

Nak dijadikan cerita, Rabu bungkusan tak sampai lagi. Khamis bungkusan tak sampai lagi... Takpe hati kata sabar. Mesej orang tempat beli tu dia kata dah pos Selasa pagi. Tapi bila minta tracking number dia kata slip tu tertinggal kat rumah. Hai bila dah balik rumah tu tak reti jugak nak mesej tracking number ke? Esoknya Maksue mesej lagi minta tracking number... kot le abang posmen malas buat kerjakan nak lengah2kan hantar bungkusan Maksue tu. Alasannya pulak resit tu tak ingat letak mana, rasa anak main kot.... itu katanya. Lahai sakit pulak hati kita baca mesej gitu. Takpe.... sabar masih ada lagi ni. Pesan kat dia kalau dah jumpa mesej le ye... minta kerjasama gak ni minta dia tolong carikan mana pergi menyelitnya slip tu. Terus senyap gitu je...

Jumaat tengahari hati dah rasa takde kesabaran lagi ni. Dari mesej Maksue call dia... Bila call boleh pulak selamba katak dia kata minta maaf kak, saya tak courier lagi barang tu. Saya courier hari Isnin depan boleh? Saya kurang sihatlah nak pergi pejabat pos. Haaa dengar tu apa lagi berasap2 rasa telinga Maksue ni. Yang selama ni dok reply mesej kata slip tinggal kat rumah lah, slip tak ingat letak manalah tu apa deknon?? lahaiii sakit pulak hati kita... selama dok mesej2 masa Maksue tanya pasal tracking number tu ko tipu lah ekkkk. Terus senyap.... Membara je rasa jiwa kemarahan Maksue ni.

So bila dah kena bambu skit minta maaf bertalu2. Takde niat nak tipu katanya. Kalo tak nak tipu... habis tu yg kata dah pos tu apa kisahnya deknon. Lahaiii sakit pulak hati kite ni. Nasib baik isnin berikutnya dah pos gak barang tu & mesej tracking number dia. Alhamdulillah selasa pagi sampai le jugak barang yang dinanti2kan tu. Tengok barang terus hilang kemarahan kerana bersama bungkusan diselitkan nota permohonan maaf. Hehehe elok ler gitu deknon. Lain kali jangan buat lagi. Nak berniaga buatlah cara nak berniaga. Kepercayaan dan hati customer kena jaga. Hmm walau pun ada nota mohon maaf disertakan... rasanya itulah kali pertama dan terakhir Maksue berurusniaga dengan orang macam tu....


10 September 2013

Kering

Assalammualaikum....

Apa yang kering? hehehe tajuk entah apa2lah kan. Sebenarnya otak Maksue ni dah kering. Puas dah perah idea nak siapkan paperwork ni tapi ideanya tak jugak muncul2.

Pernah mengalami keadaan macam ni ke korang? Boss  bagi kerja minta disiapkan dalam masa 2 hari. Dari boss buka mulut bagi tau kena buat itu buat ini sampai ke dateline idea nak siapkan kerja tak sampai2. Kerjasama mode untuk siapkan kerja tiptop dah tapi idea pulak tak muncul2.

Bila tiba dateline boss call tanya dah siap belum haaa baru nak ngelabahkan nak siapkan. Buatlah janji manis dengan boss kata tengah touch up untuk final version sebelum submit. Minta ler masa setengah jam lagi.... haaaa masa tu baru kelam kabut kan. Masa tu ler baru idea datang bagai dipanggil2. Tapi apa sangatlah yang boleh disiapkan dalam masa setengah jam tu. Walaupun idea datang mencurah2 tapi nak susun bagi cantik haaa nan ado.

Pernah jadi tak kat korang situasi ni?? Maksue banyak kali dah kena.  Rasa keciwa sikit kat diri sendiri hehehehhe..... itu ler orang kata... jangan suka siapkan kerja last minit. Hasilnya bukan saja boss yang tak puas hati, korang sendiri pun rasa nak ketuk je kepala sendiri kan tengok hasil kerja diri sendiri. hahahhaha

Nota Kakiku :
Jangan bila dah terhantuk baru nak tengadah!

08 September 2013

Lagu Cinta Lagu Jiwa

Assalammualaikum....

Maksue yakin semua kita suka dengar lagukan... lebih2 lagi kalau lagu yang liriknya begitu dekat dengan jiwa dan hidup kita. Banyak lagu yang dihasilkan menggambarkan luahan perasaan. Dan jiwa kita pasti terbuai mendengar lagu yang seolah2 menceritakan apa yang tersirat di dasar hati kita.

Maksue paling suka dengar lagu2 yang berentak perlahan. Lebih2 lagi kalau lagu tu melodinya mendayu2. Mesti tangkap lentoklah! Maksue salah seorang penggemar musik walau pun satu alat musik pun Maksue tak reti main. Masa zaman2 study dulu bila buka buku je pasti nak dengar musik. Walau pun peratus musik atau lagu yang meresap masuk lebih tinggi dari buku pelajaran yang dibaca. Tapi itulah hakikatnya, bila dengar musik ni ia jadi macam pemangkin untuk tekun baca buku. Walau pun hakikatnya mata je ngadap buku / nota tu tapi jiwa melayang entah ke mana.

Tapi sekarang ni lagu2 yang ada tak macam lagu dulu2. Sekali dengar terus melekat kat jiwa. Lagu2 sekarang banyak yang hanya jadi halwa telinga je tidak banyak lagu yang bila dengar tu dari telinga terus meresap ke jiwa. 

Banyak2 lagu yang Maksue dengar, ni merupakan salah satu lagu yang bila Maksue dengar pasti kan ulang2 banyak kali. Lagu Kehilangan nyanyian Firman dari jiran tanah seberang. Bila dengar lagu ni rasa perasaaan dibuai2. Walau pun liriknya takde kena mengena dengan hidup Maksue tapi liriknya 1st time dengar terus meresap ke jiwa.


Nota Kakiku :
Tiba2 teringat lagu Mawie berduet dgn M. Nasir... Lagu Cinta Lagu Jiwa! Layan....

Pendermaan Organ

Kita biasa didedahkan dengan pendermaan wang ringgit, makanan mahu pun keperluan asas. Di Malaysia, pendermaan organ bukanlah suatu perkara yang asing. Pendermaan organ merupakan salah satu kaedah perubatan yang boleh diterima dikalangan masyarakat kita walau pun masih ada segelintir yang masih tidak dapat menerimanya terutama pendermaan organ bagi mereka yang telah meninggal dunia.

Dari sudut Islam, pemindahan organ hukumnya adalah harus berserta dengan syarat-syarat seperti di bawah:
  • Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit 
  • Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima organ. 
  • Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah S.W.T.
  • Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.
Fatwa asas mengenainya telah dibuat sejak pada tahun 1970 lagi. Jawatankuasa Fatwa Bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam mesyuaratnya yang pertama pada 23 & 24 Jun 1970 telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung daripada orang mati kepada orang hidup hukumnya harus.


Sejak tahun 1999 kad Pengikrar Penderma Organ telah dilancarkan sebagai kad indikasi pendaftaran seseorang itu sebagai pengikrar penderma organ.  Bagi mereka yang mempunyai niat yang ikhlas untuk menderma, mereka boleh berdaftar sebagai penderma. Dan bagi yang telah mendaftar adalah penting untuk memaklumkan kepada ahli keluarga bahawa mereka adalah penderma organ yang berdaftar. 

Sebagai penderma, mereka boleh memilih organ atau tisu yang henda didermakan. Untuk organ, antara yang boleh didermakan adalah hati, paru-paru, jantung dan juga buah pinggang. Manakala untuk tisu pula adalah mata (kornea), injap jantung, kulit dan juga tulang.

Untuk pengetahuan, pendermaan organ terbahagi kepada 2 iaitu :-

Pendermaan organ kadaverik
Penderma Kadeverik adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat digalakkan dan diutamakan di negara kita. Ianya tidak memberikan risiko kepada penderma.

Pendermaan organ semasa hidup

Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan sum-sum tulang sahaja. 

Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada 2 jenis iaitu: 
•    Pendermaan ada pertalian saudara (Living Related
•    Pendermaan tiada talian saudara (non-living Related

Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri sahaja. Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang dan, atau sebahagian hati sahaja.

Terima kasih kepada mereka yang telah mendaftar sebagai penderma. Semoga niat murni anda itu dapat menyelamatkan nyawa bagi mereka yang memerlukan.

23 August 2013

Don't Look Back

Anda penggemar Korean Drama macam Maksue??  Kalau ngadap drama Korea berjam2 pun Maksue tahan.. lebih2 lagi kalo heronya jambu2 gitu kan... hahahhaa

Oh ya berbalik dengan drama Korea, salah satu drama yang Maksue sangat2 suka adalah drama Don't Look Back: The Legend of Orpheus atau kalau kat Korea yang dikenali dengan tajuk Shark. Selain dengan heronya yang hensem tu Maksue suka sangat dengan jalan cerita dia. Drama yang agak tragik skit. Penuh dengan dendam dan yang pasti ada diselitkan kisah2 cinta yang buat hati Maksue jadi cair seketika. Hero dia Kim Nam Gil memang sangat2 psiko le watak dia.  Muka pun kadang2 macam takde perasaan je tapi tetap maintain jambu hehehe.... geram tau Maksue tengok muka dia tu. Rasa nak geget2 je hahahaha


kredit : www.google.com

Maksue bukan nak cerita sangat pasal drama tu tapi yang Maksue nak kongsi ni adalah lagu tema drama tu Between Heaven and Hell. Lagu nyanyian BoA sangat2 menggigit2 jiwa Maksue bila layan lagu ni. Walau pun tak faham lirik dia tapi melodi dia sangat2 umph! Lagu dia sedih gile lebih2 lagi dengan suara BoA yang sgt2 syahdu tu. Kalau dengar tengah malam leh leleh airmata tau! hahaha sangat drama queen kan!!!



kredit : www.youtube.com

Bila cari kat youtube, nasib baik jumpa yang ada translet. Wahh memang syadis ler lirik dia. Cer tengok muka hero dia tu psiko kan?? Apa2 pun drama ni memang best lah!!!

Ketuk2 Keyboard!

Assalammualaikum...

Alhamdulillah syukur! Pejam celik pejam celik dah berada dipenghujung Ogos. Maksudnya  ada 4 bulan lagi nak melangkah ke tahun baru. Hehehe nampak gayanya janji Maksue nak menulis sekerap yang mungkin kat blog ni masih tidak kesampaian. Janji tinggal janji le gamaknye ye dak! Dah nak masuk bulan 9 ni baru masuk posting yang ke 10. Kalau dikira-kira macam sebulan sekali je menaip kat blog ni. Takpelah kan... asalkan tak ditinggalkan lansung blog ni. 

Apa cerita raya anda? Maksue macam biasa beraya dikampung halaman dengan ayahbonda dan keluarga tercinta pasti suatu yang indah yang Maksue tak mampu nak luahkan dengan kata-kata. Bila balik semula ke teratak buruk Maksue sendiri sunyi sepi mula menggigit2. Takpelah kan.. dah ketentuannya macam gitu. Dan kena terima seadanya kerana ini jalan yang Maksue pilih. 

Sampai bertemu lagi ye.... hehehe

29 March 2013

Manis

Orang kata kurangkan manis dalam minuman dan lebihkan manis dalam senyuman. Hihihi Maksue dah terbalik, tekak ni suka sgt makan benda manis2. Asak bendera jepun nak naik je mulalah ketagihan makanan yg manis2.

Dah berapa hari tekak teringin nak mkn sira pisang tapi asal balik kerja je rasa malas nak singgah beli pisang. Esok ni kena jugak carik pisang ni. Dah dlm tekak betul rasa dira tu. Nasib baik bukan mengidam, kalau tak mau meleleh2 air liyr anak dibuat eh hihihi...

Hrp mlm ni xde le sampai mengidam sira pisang ye dak :-)

23 March 2013

Musim mengawan



Hari ni beli udang dapat semua yang bertelur. Agaknye sekarang musim mengawan kot. Alhamdulillah rezeki Maksue agaknye. Memang suka sgt kalau dpt udang yang bertelur... Aduhh leleh air liur. Masak asam tempoyak. Manis isi udang bergabung dengan tempoyak memang mabelesss....
posted from Bloggeroid

22 March 2013

Senyum

Apa perasaan anda bila pagi2 bukak je mata tiba2 hidung terbau aroma masakan dari dapur? Lebih2 lagi bau itu adalah makanan kegemaran anda... Kalau Maksue tentunya senyum sampai ke telinga :-)

Pagi ni buka je mata sikenit Maksue duduk bersila dah tepi Maksue tunggu masa nak bagi morning kiss... Haaa bagus ko nak... duduk diam2 dulu tunggu ibu buka mata ye baru nak kiss. Sbb mak dia dah pesan jgn ganggu ibu tidur hihihi... Ok buka mata dpt morning kiss dari buah hati Maksue ni.... Dan bila buka pintu wahh hidung dah terbau aroma nasi goreng ikan masin... Alhamdulillah... Bangun pagi ni muka ada sinyummmm :-)

Bahagianya hidup dikelilingi insan2 tersayang... Lupa seketika masalah diri....
posted from Bloggeroid

19 March 2013

Voucher free



Free voucher daripada Astro... Sukeeee
posted from Bloggeroid

11 January 2013

T.G.I | FRIDAY

Haaa pejam celik pejam celik dah Jumaat. Kejapnya masa berlalu. Rasa  baru sekejap je dengar meriahnya bunyi  bunga api sambut tahun baru. Alih2 ni dah nak habis dah minggu kedua bulan Januari.

Maksue suka sangat Jumaat sebabnya esok tak kerja. Hahaha rasa semua org pun rasa macam tu kan. Tapi ada sesetengah orang hari ni pasti ada sesuatu yang istimewa berlaku. Contohnya birthday org tersayang ke. Dapat rezeki yang tak disangka2.... Tapi pagi tadi masa pergi kerja, biasalah mesti dengar celoteh Hot fm AMKrew kan. Haaa hari ni depa dok mainkan lagu2 Dato' CT, rupa2nya hari ni birthday Dato' CT. Lahai bestnya jadi orang fofularkan... Apa2 pun eppi birthday Dato' CT. Semoga bertambah sukses hendaknya...

Nota Kakiku : teringin nak makan kek Secret Recepi. Nyum!!

06 January 2013

Anugerah Juara Lagu vs Korean Drama

Nampak sangat Maksue ni dah tua, dah nak habis juara lagu baru Maksue perasan mlm ni dkt TV3 tengah berlansung anugerah Juara Lagu ke 27. Ni gara2 terleka melayan cerita Korea Swallow The Sun. Nasib baik Maksue ni bukan jenis yang fanatik dengan anugerah2 dunia hiburan ni kalau tak frust jugak terlepas byk persembahan.

Tadi buka2 je  TV3 Aizat tengah buat gaya ala2 lelaki zaman 60 an tgh nyanyi lagi Terukir di Bintang.  Terkesima sekejap Maksue tengok persembahan Aizat, nampak sangat klasik gaya beliau menyanyikan lagu tu. Nampaknya pilihan Yuna sangat bertepatan memberi kepercayaan kepada Aizat mengalunkan lagu beliau. Selain gaya persembahan Aizat yang memukau Maksue, penampilan beliau juga menarik perhatian Maksue. Sejak bermisai ni lain bebenor rupa dia. Nampak lebih matang Maksue rasa. Untuk persembahan malam ni, not bad jugaklah ye Aizat bawak lagu Yuna tu. Sedap jer alunan suara dia :)

Agak2 siapa lah ya yang bakal menjulang anugerah lagu terbaik malam ni?? Terlepas pulak persembahan lagu Ombak Rindu. Esok harus gigih tanya pakcik google utk persembahan tu. Baca kat facebook meriah dorang puji persembahan lagu tu  best gara2 Aaron Aziz muncul dalam persembahan tu... hehehe

Nota Kakiku : Teringat tahun lepas Hafiz berseluar track berkaki ayam nyanyi lagu Awan Nano

04 January 2013

Gaya Hidup Sihat

Antara azam setiap tahun yang susah sangat nak capai adalah nak kuruskan badan. Maksue ni bukanlah dari golongan manusia yang tinggi lampai, jadi bila badan naik skit mulalah nampak mcm nangka bergerak jadinya. Bila badan naik mulalah satu2 anggota badan ni mula memprotes. Lepas tu rasa malas pun menjadi2. Jadinya, macam tahun2 sebelum ni Maksue teruskan juga niat nak turunkan skit berat badan. Maksue tak nak berangan tinggi2 sangat. Kalau dapat kurangkan dalam 5 kg pun dah syukur alhamdulillah. Kalau boleh kurangkan berat lebih daripada 5 kg tu kira bonuslah ya.

credit : google.com


Bila nak kurus ni Maksue tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Nak kurangkan makan, mula2 ni memang payah skit. Dah lah perut Maksue ni memang perut Melayu sejati yang memang tak boleh jauh dari nasi. Kalau sehari tak makan nasi mahu menggigil kepala lutut Maksue ni haa... Tapi untuk permulaan ni mungkin boleh kurangkan jumlah makan kot ye.... hehehe  yang penting jgn cepat mengalah. Kalau boleh Maksue tak naklah tergoda dengan pelbagai produk untuk pelansing ni. Satu takut effect dikemudian hari. Satu lagi Maksue ni jenis kedekut nak keluarkan duit nak cuba perlbagai jenis produk pelansing ni. Setakat ni alhamdulillah lagi masih boleh bertahan walau pun byk jugak pujuk rayu member2 untuk beli produk tu produk ni. Biarlah dorang slim cepat. Maksue slim pelan2 takpe hehehe 

Satu lagi Maksue nak amalkan gaya hidup sihat. Nak bersenam paling tidak pun sekali seminggu jalan2 gedik kat padang UKM tu. Dapat berjalan setengah jam jadilah kan. Lepas tu nak kurangkan makan fast food, nak kurangkan mengunyah jajan. Yang penting stok sayur kena sentiasa ada dalam peti sejuk. Maksue akan pastikan yang ni akan bertahan. Tak nak hangat2 taik ayam dah. 

Maksue risau sebenarnya, semenjak badan naik ni tangan asyik kebas2 je. Risau aliran darah tak betul sebab lemak banyak sangat sana sini. Demi untuk hidup sihat, Maksue kena berkorban skit. Insya Allah boleh kan heheheh....

Nota Kakiku : Rasa lama dah tak makan Kenny Rogers... Nyummm!

03 January 2013

Welcome 2013

Hari ni dah masuk hari ke 3 tahun 2013. Maksue baru gedik2 nak update blog. Mood tahun baru tak sampai lagi. Kepala masih berserabut menyelesaikan beberapa perkara tahun lepas yang tak selesai2 lagi. Harap dalam minggu ni semuanya berjaya dilangsaikan.

Sempena menjelang tahun baru ni ramai orang bercerita  pasal azam. Maksue macam biasalah, azam setiap tahun tetap sama sebabnya setiap tahun azam tak pernah tercapai sepenuhnya. Jadi kenalah carry forward hehehehe...

Selain azam, ibu2 bapa2 sibuk menguruskan anak2 masuk sekolah. Yang lebih bestnya kalau ada anak2 yang 1st day nak masuk sekolah tadika.... 1st day nak masuk tahun 1. Masa ni lah ramai parents ambil cuti menguruskan anak2. Dan masa nilah kalau pergi ke sekolah2  macam2 ragam anak2 yang boleh kita lihat. Indahnya jadi ibu bapakan. Untuk adik2 yang baru menempuhi alam sekolah tu belajar rajin2 tau...

Apa2 pun Maksue nak ucapkan selamat datang tahun 2013. Semoga tahun ni menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Insya Allah :)


Nota Kakiku : dah 3 hari masih berjaya menahan nafsu dari bermesra2 dengan NASI.
 

Copyright Maksuee 2008 ~ 2014 | Designed by Rinda's Template | Inspired by Ipiet Template